/**/
Subscribe Twitter

Urutan Ala Jawa Di Family Spa & Massage, Johor Bahru


Kriuk kriuk tulang kena urut


Hai korang, hari cuti mesti nak relax kan? Meh folo aku skodeng Family Spa & Massage pulak. Kali ni aku book untuk Jacuzzi dan Javanese Massage.



Family Spa & Massage
No. 23, Jalan Rosmerah 4/13, Taman Johor Jaya
81100 Johor Bahru, Johor

Setiap hari 11 pagi - 12 malam

Tel: 07-2333333





Pertama kali aku pergi Spa sejauh ni. Kat Taman Johor Jaya, nun tempat jin bertendang katanyer. Pepatah orang tua dulu la kalau tempat tu terpencil.

Keadaan Spa ni bukan macam kedai yang selalu aku pergi tu. Tapi lebih pada sekitar rumah penginapan dua tingkat. Terasa jugak macam kat Bali gitew sebab dikelilingi pokok merimbun.

Sebelum masuk tu sempat la aku snap kat bahagian luar dulu sebab nanti bila snap waktu balik muka dah berminyak bagai. Huhu...










Masuk je rumah suram ja cahaya. Menakutkan jugak, lagi la owner tu berlagak dan muka garang. Ala-ala Mona Fendi. Terus teringat ada kang tak keluar ni kang sebab kena kerat 18. Ngeh-ngeh...







Tapi memandangkan hati membuak-buak nak merasa urutan ala-ala Jawa kononnya tu, jadi aku teruskan ja la niat nak berspa tu.

Staf suruh bersihkan diri dulu, sambil tu aku snap la gambar toilet ni, mana tau bole jadi inspirasi deko. Haha...







Setel kat situ, staf suruh aku masuk dalam bilik gelap. Adoyai ngerinya rasa. Bila dia suruh aku berendam dalam jacuzzi tu, mak ai rasa macam lama bebenor kat dalam tu.

Bosannya rasa duk berendam lama-lama. Nak kuyukan mata pun tak sampai hati sebab kuatnya rasa takut tu. #akumemangpenakut...Hehe...







Macam biasa, staf suruh berkemban dengan berkain batik ja untuk sesi mengurut pulak. Sambil tukar pakaian sambil mata aku melilau tengok keliling bilik. Nampak dari dalam keadaan taman kat luar rumah tu manghijau dah macam betol-betol kat bumi Indon.




Tak lama lepas tu, datang seorang perempuan muda dalam 30an dan suruh aku tiarapkan badan. Wow...sedap betol urutan stail Jawa dia ni. Best sangat tapi terlalu kuat sampai aku mintak slow kan sikit urutan tu.

Sakit jugak badan aku dihentaknya. Ko ingat badan aku ni span ke? Huhu...

Kalau selalu aku rasa nak je masa tu bergerak perlahan. Tapi kali ni biarlah bergerak pantas biar cepat habis sebab tak tahan di henyak kuat. Adoyai tak larat rasanya nak hadap keadaan macam tu.

Budak urut tu ada jugak bagi no telefon personal dia kalau minat nak urut dengan dia lagi sebab dia bole datang buat urutan di rumah. Tapi memang tak la aku nak ambil sebab kuat kot ko urut. Haha...




Selesai sesi mengurut, sebelum keluar, owner bagi aku beberapa cadangan dan servis lain yang ada. Hmmm...tak tau la nak cuba ke tak?







Sempat lagi berposing dalam rumah plak. Gelap gelita pun jadi la semata-mata nak amek gambar segala ceruk rumah untuk kenangan sendiri dan tatapan korang.







Aku tak akan datang lagi ke Spa ni dan tak rekomen korang datang sebab selain owner yang sombong, urutan pun terlalu kuat dan menyakitkan. Esoknya aku demam urat tak boleh nak bangun. Haish...




Siapa yang suka diurut kuat-kuat aku rekomen la datang sini. Sedap bunyi tulang tu, kriuk...kriuk...huhu.!!!

Daaa...


Patah riuk tulang temulang. Huhu...
















Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak