/**/

Pages

Subscribe Twitter

Urutan Bahu Di Spa Cos Beauty Suite, Johor

Manyak syok kena urut


Yuhuuu...jom rehatkan diri dan tenangkan minda dengan belaian manja. Apa lagi kalau tak bersantai di Spa yang aku landing baru ni.



Cos Beauty Suite    
No. 107-01, Jalan Bestari 1/5
Taman Nusa Bestari
81300 Johor Bahru, Johor

Tel: 07-5575177





Kali ni temu janji selama 2 jam. Tempatnya agak suram, seram jugak masa masuk tu, dah la staf tak berapa nak friendly. Jangan dia henyaknya badan aku teruk kali ni sudah.

Tapi aku suka sebab rasa selesa sikit bila cahaya suram-suram ni. Mata kejap ja bole kuyu beb...!







Macam biasa, bila masuk dalam bilik rawatan, staf bagi panties dan bra pakai buang. Baring ja badanku terus disapu dengan lotion sambil tu aku diberi rawatan ear candling (lilin berapi diletakkan dalam telinga). Eh betol ke ayat tu? Haha...

Sambil staf memusing-musing lilin tu sambil dia mengurut leher, tengkuk dan kepala aku. Fuh sedapnya ku rasa, memang best dari spa hari tu.

Setelah selesai rawatan tu selama 1/2 jam, staf sapu krim sejuk tapi lama kelamaan rasa panas di badan. kemudian dia selubungkan aku dengan hot blanket untuk buang toksid dan sebagainya. Rawatan ni ambil masa 30 minit. Berpeluh satu badan aku dalam blanket tu.

Nak tido lelapkan mata macam takut sebab gelap sangat. Huhu...

Last-last aku terlelap jugak, tu pun sekejap ja, sedar-sedar staf tu yang kejutkan.




Selepas habis rawatan staf suruh aku bersihkan diri, mandi, lepas tu baring semula. Staf sapu seluruh badan aku ni dengan lotion penyegar. Hmm...wangi, rasa nyaman ja.

Tak sedar dua jam masa berlalu begitu pantas. Rasanya urutan kat Spa ni lagi best berbanding yang hari tu.




Sambil minum, staf rekomen juga pakej slimming kat situ. Harga macam murah la. Best jugak ek? May be next time aku cuba la rawatan ni.




Ok aku rekomen korang Spa ni. Tersangat best urutan walaupun layanan tak berapa nak best dan tempat tak berapa nak menarik!

Singgah la ke alamat yang aku bagi kat atas atau roger je diaorang tu.




Chow ching chong dulu....!


yeyeks....










Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai