/**/

Pages

Subscribe Twitter

Cable Car @ Awana Skyway, Genting Highland, Pahang

Jom terbang di awangan...


Percutian kali ni nak lepak mana ek? Apa kata kita ke arah pantai timur plak. Atau separa pantai timur. Jom kita ke Genting Highland, Pahang!

Plan kali ni nak naik cable car atau kereta kabel. Yuhuu...

Last aku jejak kaki kat Genting ni masa umur anak bungsu aku setahun lebih kalau tak silap. Lama giler kan uolls?

Dek kerana tak da tempat paling dekat nak merayap kali ni moh la kita mendaki. Genting ko tunggu aku datang. Ngeh-ngeh...



Genting Highlands
Jalan Major Philip Lim, Genting Highlands
69000 Genting Highlands, Pahang

Tel: +6011-17974118





Keadaan jalanraya semakin baik dari dulu. Besar dan luas. Nak berlumba beracing pun boleh. Sila..sila..hehe. Tak payah risau macam nak ke Cameron Highland.




Perjalanan ke puncak amat tenang dan damai dikelilingi kabus petang. Sejuk ja rasa. Tak payah buka aircond kereta ya. Sila hirup udara segar di luar.




Sampai genting pun dah hampir petang. Cuaca mendung dan nyaman. Tapi hati tu melonjak nak ke theme park. Jom kita redah.




Tapi terfikir sempat ke nak main segala benda..theme park katanya. Tapi alhamdulilah staf kat situ kata tak da theme park sebab sedang renovate. Maybe tahun depan baru dibuka semula.

Fuh lega..tak terbang duit. Tapi ya la nak ke mana kan? Tak kan nak duk dalam bilik atau masuk casino? Ceh...




Keadaan luar masih sama macam dulu cuma bahagian lobby canggih sket. Punya la ramai makhluk kat sini. Bila dah ramai tu macam-macam bau adoooo...pening ahkak..hehe.




Fikir punya fikir terus aku dan geng bas sekolah plan naik cable car? Apa.. hujan-hujan macam ni nak naik cable car? Aiyooo...

Tapi nak tak nak, kitaorang redah ja. Tambang pergi balik RM16. Tapi kalau korang pilih cable car glass sila bayar RM100 ya. Banyak giler beza kan? Hoho...







Korang nak beli kat kaunter tiket atau kat mesin, terserah kat korang. Mudah kan sekarang?

Ada 3 station perhentian (Awana Skyway - Chin Swee Station - Sky Avenue)







Tak faham la aku dengan orang Malaysia ni. Suka sangat berebut tak reti beratur. Macam la takut tertinggal gamaknya. Kalau pergi negara lain yang ada peraturan kena beratur bole plak folo. Takut kena denda la tu.

Macam ni memang patut pun kat Malaysia ni kena buat peraturan denda bagai ni. Baru merasa kan...sakai betol.

Kalau setakat berebut boleh terima lagi, ni siap bertolak. Hmmmm...




Kat luar nak masuk ke cable car pun tak tau beratur, apa lagi bila dah nak masuk dalam cable car, lagi la teruk. Adey...

Apa pun sempat lagi aku berposing. Haha...




Aku plan memang nak duduk belah tepi sekali senang nak tengok pemandangan. Muka tu ada cuak jugak la kan. Dup dap dup dap. Haha...




Dah la hujan, berkabus lagi, memang tak nampak pemandangan. Kecut jugak la perut sebab fikir licin la, itu la, ini la. Macam-macam bermain kat kepala. Geng bas sekolah relax je. Huhu...







Sebenarnya ok ja naik cable car ni cuma bila permulaan atau nak berhenti tu bila berada kat line tinggi ada sikit goyang. Tu ja, yang lain ok ja aku rasa.

Duduk ja la diam-diam jangan bergerak sana sini macam cik mon. Faham enggak?.

Nampak tak pelbagai ekspresi wajah bila duduk tinggi di awangan nih. Hehe...







Biasanya satu cable car muat untuk 10 orang atau 750 kg. So beware ok jangan lepas dari angka tu. Bahaya wei...








Sempat lagi aku singgah ke satu temple ni. Terasa macam kat China je. Gitew...

Nasib baik staff kat situ bagitau, kalau tak, rasa ruginya tak pergi. Lawa tempatnya. Citer temple ni nanti aku up kat entry lain eh.




Macam biasa lepas puas berposing setiap ceruk balik la semula naik cable car. Oh ya nak pergi ke temple tu korang kena berhenti kat station yang tengah dan kena redah 8 escalator. Kalau mendaki tangga ni bole pengsan aku rasa.




Sampai station bawah sekali korang akan nampak satu keadaan macam kat TBS. Silap aku tak sempat snap gambar kat bawah tu sebab dah kehausan mencari air.

Ramai giler pelancong Cina. Kebanyakan dah veteran. Mesti nak pergi berjudi kat Casino ni. Huhu...







Aku pun berangan sekali la ala-ala pelancong eh..hehe.







Cable car ni turun dan naik ambil masa 20 minit ja. Kejap ja you...jangan gelabah sangat hokay! Last operasi pukul 8 malam ya.

Masa ni duduk satu grup dengan pelancong China. Hambek ko gamat macam nak pecah cable car tu dengar suara gelak diaorang. Bau tak yah citer la kan. Kui-kui...

Masa pergi tadi sekapal dengan grup Melayu. Grup ni plak tak habis-habis bergosip. Haish...




Kat luar kabus tebal. Tak nampak apa pun. Seram jugak wei. Tefikir la licin ni risau jugak tergelincir ke apa ka. Nampak tak imaginasi meraban tu? Haha...




Turun ja dari cable car aka awana sky, mula la aktiviti meronda. Saja je nak lalu depan casino nak skodeng.




Guard bagitau kalau melayu warganegara tak dibenarkan masuk casino tu. Tapi kalau pelancong lain even melayu dibenarkan. Ello..teror wei korang bole tau melayu kita atau melayu celup. Hehe...




Sempat la berposing sekitar kawasan sebelum naik semula ke bilik. Kalau dah masuk bilik memang malas la nak keluar lagi dah.









Ok ni ja la nak citer pasal ronda kat genting ni. Xda aktiviti yang lain bole dibuat sebab semua sedang dibaiki.




Apa pun rasa enjoy jugak sebab jalanraya lagi besar dibandingkan cameron highland.

Jumpa lagi di lain keluaran jenjalan. Chow ching chong...!


Nak join Superman naik cable car...huhu
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai