Semua orang suka makan tomyam kan?. Dapat hirup kuah tomyam ni lagi la nyum-nyum. Mak mertua lalu belakang pun tak perasan.
Macam-macam jenis resepi masakan tomyam yang ada. Tomyam ayam, tomyam campur, tomyam yum-yum (tipu ja ni), semua jadi masakan kegemaran yang kononnya berasal dari Thailand.
Ada plak warna tomyam putih, tomyam merah, macam-macam lagi la. Masak pun mudah. Campak-campak je dah siap. So simple.
Meh sambil tengok aku masak tomyam sambil aku bagi petua seadanya.
Tomyam Ayam
BAHAN-BAHAN
Ayam seekor
Pes tomyam 3 sudu besar
Garam secubit
Kiub ayam 1
Daun limau purut 3 atau 5 helai (pilih warna gelap)
Serai 5 batang (titik)
Limau nipis 3 biji (perah ambil air)
Tomato 3 biji
Carrot 2 biji
Kobis bunga separuh
BAHAN HIRIS
Bawang putih 3 ulas
Bawang merah 2 ulas
Bawang besar 1 ulas
Cili padi 15 atau 20 batang (ikut nak pedas mana)
Pertama sekali korang mestilah potong semua bahan biar senang dicapai dan mudah dimasak. Tak la terkial-kial masa tu nak rebus segala tok nenek benda, masa tu la terkulat-kulat nak potong semua bahan.
Ingat tu tau. Tiru macam akak ni haaa rajin dan pantas sentiasa. Kihkih...
VIDEO
CARA MEMASAK
Pertama
Rebuskan bawang merah dan bawang besar serta bawang putih.
Ada yang kata kalau masak tomyam jangan letak bawang putih nanti rasa payau tapi aku ok je. Sila ikut arahan ya. Hehe...
Kedua
Bila bawang dah agak layu sikit, korang campak lah ayam, serai dan carrot. Senang citer bahan yang agak lambat nak lembut la.
Ketiga
Masukkan pes tomyam, garam, perasa, kiub ayam sekali harung. Tunggu sampai mendidih.
Kalau nak pekatkan kuah tomyam tu, korang masukkan la sikit sos tomato, sos tiram. Ni rahsianya tau.
Keempat
Bila bahan dah agak lembut, boleh lah letak cili api, daun limau purut, bunga kobis dan perahan air limau nipis.
Tips lagi untuk tomyam korang rasa sedap, korang bole letak susu pekat atau susu cair 1 sudu besar. Biar ada rasa lemak dan keruh sikit. Baru mabeles gitew.
Jangan banyak sangat nanti jadi tomyam manis plak. Hehe...
Kelima
Tomato letak akhir sekali sebab tak nak hancur sangat. Tak cantik nanti nampak tomyam tu bila sayur semua dah layu.
Wokey, siap sudah tomyam hakak uolls. Yummy...dah terasa kemasaman tomyam tu masa tulis ni. Sila telan air liur sekarang ya. Kui-kui...
Jumpa lagi di keluaran resepi akan datang. Selamat menjamu selera.....