/**/
Subscribe Twitter

Kisah Sepasang Cermin Mata

Cermin mata baru jenama Hammer


Hai korang, apa khabar hari ni? Dah lama rasanya aku tak story pasal diri sendiri. Meh kali ni nak ajak korang dengar celoteh pasal cermin mata baru Meed Mickey uolls...!

Bab-bab cari cermin mata ni yang malas. Bukan apa, sebab terpaksa keliling bandar Johor ni semata-mata nak dapat yang berkenan di hati. Maklum akak ni cerewet sket dalam bab memilih cermin mata yang bole dianggap kawan baik seumur hidup. Huhu...



Season Optical
D102, A Mart Kempas, Jalan Persiaran Tanjung
Taman Cempaka, 81200 Johor Bahru

Setiap hari 10 pagi - 10 malam

Tel: +012 7389667





Nak cari cermin mata yang sempurna serta cantik dan sesuai dengan muka memang sedikit menguji kesabaran. Bukan tu ja, kena fikir jugak bab ketahanan dibuat lasak cermin mata tu. Paling penting dah tentu la harganya kan?




Perkara pertama yang aku utamakan adalah rangka atau bentuk cermin mata. Muka aku ni dah lah bulat, kang kalau salah pilih bentuk bole jadi lain plak muka aku ni.

Size dan ukuran cermin mata (tulisan di bahagian dalam tangkai cermin mata) pun penting untuk mengelakkan kelainan dan kembang bahagian tepi muka bila pakai shawl. Tak lawa la nanti...




Harga aku tak berapa kisah asalkan berpadanan dengan kualiti cermin mata tu. Rata-rata cermin mata aku memang akan jejak Rm2000 sebab tu la aku amat jarang bertukar cermin mata macam orang lain.

Biasanya 2 atau 3 tahun, tu pun kalau masih boleh dipakai, aku akan guna terus.

Nampak tak pelokeknya aku kat situ atau jimatnya aku tang cermin mata ni. Wakakaka...




Macam-macam kedai cermin mata masuk, macam-macam bentuk cermin mata dah cuba. Macam-macam keterangan yang aku dapat. Macam-macam pilihan diberi. Haish banyaknya macam-macam. Semua serupa ja pulak tu, sebab tu pening nak memilih.

Cuma satu macam ja yang selalu sama iaitu harga. Semua memang jejak ribu riban dan angka ribu tu adalah sama. Uwaaa...




Pusing punya pusing nampak la kedai ni. Hati tak nak singgah tapi kaki dah menuju ke kedai. Nak tak nak layan ja la. Mak ai banyaknya bingkai yang menawan hati. Tak tau nak pilih mana satu. Ada hikmah tu ikut kaki ni tuju kedai tu. Kui-kui...




Pertama sekali kalau nak beli cermin mata, kita mestilah pilih ikut kesesuaian bentuk muka. Kalau silap pilih bole merubah muka jadi Mak Dara mak mertua Kassim Selamat. Garang gitew...haha.

Kalau boleh ambil bingkai yang ringan sebab kita nak guna setiap waktu. Sekarang ni macam-macam jenis ada. Korang nak plastik, aluminium, titanium dan metal ringan semua ada.




Aku sarankan korang ambil titanium sebab lebih ringan dari plastik, tahan lasak, tahan karat dan lebih tahan dari bahan aluminium hard. Cumanya frame titanium ni tak banyak corak. Hampir serupa ja kalau tengok sekali imbas.

Kalau korang lebih pentingkan penampilan better pilih bingkai metal / besi. Nampak 'class' ala-ala sang Datin gitew. Kalau pilih titanium dah macam rupa barang murah, tapi pedulikan apa orang kata, yang penting untuk keselesaan sendiri dan tak menyusahkan.




Setel bahagian tu, tiba lah masa yang paling aku tak suka bila kena pilih lens cermin mata. Sekarang ni sibuk la brand hoya, essilor, zeiss dan macam-macam lagi la. Aduh jenuh dengar setiap kedai bagi penerangan berbeza.

Setakat ni ramai suggest Hoya sebab murah dan ada waranty yang agak lama. Harga frame lagi murah dari lens beb!

Aku ni dah dapat dua jenis rabun. Rabun jauh dan dekat sekali harung aku sebat. Tapi kira lewat jugak aku dapat waktu aku umur 45 tahun. Rata-rata ada yang lebih awal dari aku.

Terpaksa lupakan niat untuk pilih cermin mata frameless sebab dikhuatiri tak tahan lasak dan mudah retak memandangkan aku guna dua power sekaligus. Kecuali korang banyak duit dan sanggup tanggung risiko, boleh lah guna frameless. Kecewanya rasa hati tak dapat melaram dengan cermin mata frameless. Huhu...




Sebenarnya aku suka frame jenama DKNY atau EA. Tapi yang tersangkut kat hati masa tu jenama Bonia (bingkai besi) dan jenama Hammer (bingkai titanium). Ikut hati nak je ambil dua-dua tapi buat apa nak buang duit kan?

Akhirnya jenama Hammer menjadi pilihan sebab lebih ringan. Harga bingkai siap offer 50% dari harga asal jadi Rm350. Bole lah dah berkenan punya pasal.

Last aku pilih kanta untuk rabun jauh dan dekat (rabun dekat tu aku pilih yang premium). Mahal tu...!.


Motif..? Nak tunjuk transition...


Selain dua jenis kanta tu, aku pilih jugak yang transition (bertukar warna gelap bawah matahari), UV protection (bluecot) untuk yang selalu berdepan dengan komputer, silau, anti calar dan banyak anti-anti lain la. Kih-kih...

Aku perlukan transition ni sebab senang nak drive tak payah tukar-tukar dengan sunglass kecuali aku jadi mak datin ada driver yang bawak baru aku guna sunglass tu.

Sunglass aku pun ada power tau. Jenama CK harga RM800 untuk rabun jauh saja sebab tu agak murah sikit. Hadiah besday tahun 2008 katanyer...! Dah berzaman tu, dah patut tukar yang baru. Nak bodek semula si pemberi hadiah. Haha...




Kira punya kira total yang perlu aku bayar melebihi jangkaan. Bajet RM2000 ja sekali kira RM2350. Aduh nak buat macam mana, redha ja la naaaakkkk...!

Kita bayar la deposit dulu ya...




Sebab tu aku jarang tukar cermin mata sebab harga mahal. Tapi ada jugak aku buat cermin mata jarak jauh dan lens hoya sensity je semata-mata berkenan dengan frame tu.

Last sekali letak je dalam kereta, malas guna sebab bila pakai, nak baca dekat je, kena buka. Lepas tu pakai balik. Tak kuasa nyah..!




Nak selit sikit, masa buat cermin mata rabun jauh ni kat kedai Nice, ada cabutan bertuah sekali dan alhamdulilah dapat RM20. jadi lah kan, lepas duit makan. Hehe...




Cek mata guna bendalah ni aku suka sebab macam main silap mata. Al jakun dekat situ. Wakakaka....




Bila cek mata aku, rabun jauh berkurang, rabun dekat dan silau bertambah. Apo nak di kato...terima ja la !.




Aku rekomen korang pergi kedai ni sebab staf dia semua peramah dan sedia melayan karenah korang even korang banyak songel.




Boboboi yang layan aku tu, siap bagitau tarikh besday dia sama dengan aku cuma tahun ja lain. Waaaa..Sagittarius kitew...!




Paling best sekali, bila beli cermin mata kat kedai ni korang layak masuk lucky draw yang rata-rata hadiahnya lumayan. Paling win sekali hadiah utama sebuah kereta. Mudah-mudahan rezki berpihak pada aku dapat kereta lagi. InshaAllah...amin!.




Ok la ni ja nak celoteh untuk minggu ni. Busy sket minggu ni sebab terlibat dengan Konvokesyen 58 UTM.


Hepi me...


Sampai jumpa lagi, jaga lah mata anda sebab dia kurniaan paling berharga untuk kita.




Dada didi dudu...!!!


Mickey pun nak pakai spek baru tau
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak