/**/

Pages

Subscribe Twitter

Urutan Tradisional Di Eternal Beaute Life, Johor

Spa paling hampeh...


Pada mulanya aku ingat nak berehat dari berspa-spa pada minggu ni tapi memandangkan spa yang aku beli ni dah expired dan masih diterima maka aku pergilah juga untuk merasa kelainan.

Rawatan kali ni adalah sauna, scrub, musk dan urutan tradisional satu badan.

Hmmm...tapi tak seperti yang disangka, hampeh jer. Jom dengar celoteh aku seterusnya.



Eternal Beaute Life
18, Jalan Padi Emas 2, Bandar Baru Uda
81200 Johor Bahru, Johor

Setiap hari 11 pagi - 9 malam

Tel: 07-2323562





Sebenarnya aku dah pernah pergi ke spa ni tapi masa tu orang lain ambil alih sekarang dengar nya dah bertukar tangan sekali lagi. Hari tu layanan okay sebab kebetulan senior sekolah aku bertugas di situ. Sekarang kita tengok layanan macam mana pulak ek.

Sambutan dari 2 staf kat situ memang tak friendly langsung walaupun diaorang ni melayu. Tapi aku layankan jugak la.

Seperti biasa aku masuk ke dalam bilik untuk bersauna (jenis bilik kecik kayu). Dalam setengah jam duduk dalam tu. Nasib baik ada bahan bacaan kalau tak mesti bosan yang amat.

Tak rasa setengah jam tu berlalu sebab aku leka membaca, sesuatu tu, sampaikan aku ralit membaca...haha.

Bukan senang wei nak tengok aku duk taat membaca nih...kredit untuk Pn Blog ya waktu itu...waktu itu ja la...huhu...

Setel ja sauna aku diberi minum. Air teh bunga rasanya kot. Lepas tu aku diminta berehat dalam 15 minit, lepas tu masuk pulak ke bilik kecil yang disediakan untuk sesi scrub.

Selesai ja scrub seluruh badan aku pun di minta baring sebentar dalam 10 minit sampai krim tu kering sendiri. Adoyai mata dah tertutup-tutup mengantuk.

Tengah sedap-sedap baru nak tutup mata jap, dah kena kejut. Hampeh betol. Di suruh mandi pulak untuk musk dan urut lepas tu.




Korang tau apa yang aku fikir masa pertama kali masuk dalam bilik mandi aka toilet tuh?. Hmmm...terlalu teruk. Bayangkan aku mandi di atas tempat berak cangkung.

Kat situ ada baldi, gayung dan krim mandi aku rasa, sebab tak ada cover apa pun. Entah-entah sabun basuh bilik air tak? Huhu...

Tak pa kita fikir positif la ya. Sila gunakan itu sebagai sabun mandi. Dengan tak da shower, dengan toilet yg kecik, hmmm...daif betol. Tak serupa spa bai...micekin benor.

Tu la Spa orang melayu. Bukan nak mengondem, tak percaya korang pergi sendiri. Merasa la wei mandi dalam bilik kecik. Huhu...

Lepas mandi ja aku diberi tuala baru dan guna seluar dalam sendiri. Tak bagi seluar dalam pakai buang macam selalu dapat tu.

Seperti biasa aku diminta meniarap untuk diurut seluruh badan. Hmmm...dah la urutan tak seberapa, dengan staf yang senyap, tak rasa apa pun. Jadi nilaian aku untuk Spa ni adalah kosong kat situ.

Adoyai lambatnya rasa 1 jam nak habis. Kebosanan dan akhirnya aku terlelap dek kerana situasi macam tu. Sedar-sedar je bila staf tu kejut.

Lepas dah setel semua aku diminta keluar dan diminta bersiap sebab rawatan dah selesai. Hmmm...rasa lega beb setel cepat...



Masa nak habis tu mula-mula aku malas nak minta staf tu ambilkan gambar tapi bila fikir semula rugi la kan tak ambil gambar.

Sementara dia siapkan air teh lagi untuk aku, aku minta staf sorang lagi snapkan gambar aku. Bila minta penerangan tentang jenis rawatan lain yang ada kat situ staf tersebut tak dapat jelaskan dan suruh aku lihat sendiri kat buku yang disediakan. Mak ai...hmmm...pasrah ja la Meed Mickey.

Sempat jugak berborak dengan beberapa pelanggan yang ada kat situ yang baru selesai buat rawatan. Rata-rata kata benda yang sama. Hampeh ja datang spa ni.

Selesai ja minum aku pun keluar dan macam biasa pergi mensaunakan tekak la plak kan. Lapor beb, so aku singgah kat restoran arab sebelah spa tu namanya restoran apa ntah. Tapi nasi dan dessert dia terbaik la walau tak setanding nasi arab Melaka...





Kesimpulan kali ini, spa ini amatlah teruk dan tidak direkomen untuk datang dan buat rawatan di sini ya...Sori dear...!.


Tak faham maksud, abaikan ja...bye
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai