/**/
Subscribe Twitter

Keunikan DC Super Heroes Cafe, Genting Highlands


Makan ditemani kartun impian...

Hai korang.. nak share kedai makan super duper wow kat Genting Highlands ni. Bukan nak story makanan sangat tapi lebih pada hiasan restoran ni. Superb sangat...!.


DC Comics Superheroes Cafe
Lot T2B-06, Level 2, SkyAvenue
Jalan Major Philip Lim
69000 Genting Highlands
Pahang

Setiap hari 10 pagi - 10 malam

Tel: +011-17974118




Dek kerana dekorasi kedai ni begitu memukau mata, sebab tu la kaki ni tetiba je masuk dalam tu. Dipenuhi dengan pelbagai karakter kartun komik dari DC Comic. Teruja pun ada sebab first time jumpa. Makan kat sini takkan boring, sebab kita ditemani oleh Superman, Batman, Robin, Green Lantern, The Flash dan Joker. Ngeh-ngeh....












Actually tak da la rasa nak makan kat kedai ni sebab ala-ala biasa ja makanannya. Tak da beza kecuali harga ja yang sama melampau mahalnya. Maklum nak bawak stok barang masak bukan senang tau nak naik gunung. Sebab tu mahal kot. Huhu....








Sementara tunggu order sampai aku berposing la segenap ruang kedai ni. Walau pun agak serabut sebab tak da satu tempat pun dibiarkan kosong, semua dikelilingi gambar kartun.




Tengok kek display kat situ pun dah rasa macam nak makan banyak jer. Nak rasa semua perisa. Huhu...






Aku pilih kawasan geng rapat kartun aku la, apa lagi kalau bukan Mr Superman. Mesti dia dah rindu nk jmpa Mrs Supermeed. Kih-kih...







Sempat lagi berposing pelbagai aksi dengan kartun yang lain. Seronok sangat ni mengalahkan budak-budak. Hahaha...






Masa makanan sampai tu, aku rasa macam sedap ja. Nasib baik memang sedap. Tak rugi rasa keluar duit berpuluh ringgit untuk makan ja. Sampai dua hidangan aku bedal.










Meja sebelah siap dapat bekas Superman. Ingatkan dapat free, rupanya bila kita oder burger, diaorang akan serve dalam balang bukan pinggan. Ada box Superman dan Batman. Pilihan ikut burger apa yang dipilih. Kalau nak beli box ja pun bole... lupa plak harga box tu berapa. Sori eh...




Siapa yang masuk kat situ baik tua atau muda mesti rasa teruja nak bergambar dengan kartun yang ada kat situ.




Keadaan kedai bersih dan teratur susunan. Kemas ja. Staf pun peramah. Walaupun semua staf lelaki tapi layanan tiptop. Melayan customer dgn baik dan makanan cepat sampai. Sedia ambilkan gambar customer sambil tersenyum. Kredit untuk boss dan pekerja.











Selain deko kedai yang cantik dan memukau mata, ilmu pun dapat jugak tau. Tapi ilmu mengenal watak kartun la. Sila baca di menu makanan. Hehe...












Ok lah sampai sini je kita borak pasal kedai makan. Nanti sambung citer kat kedai lain plak eh...




Tata titi tutu...!


Sanggup tak makan ditemani kartun hidup camni? Hehe...

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak