Sekarang ni kan sana sini tengah sibuk cerita pasal durian. Kat Johor ni boleh pulak diadakan festival aka pesta durian ni. Apa lagi aku pun terjebak sama la nak skodeng durian kat sana.
Festival Sajian Makanan
(Pesta Durian)
Plaza Angsana
Johor Bahru
27 - 30 Julai 2017 (10 pagi - 12 malam)
Setel ja masak dan makan, macam biasa berehat sekejap sambil tengok TV. Tetiba anak-anak bujang ajak pergi merayap. Apa lagi kalau tak ke Plaza Angsana tengok festival buah-buahan.
Ikut hati malas nak keluar tapi dah ada yang drive apa lagi, jangan lepaskan peluang keemasan menjadi Datin duduk je dalam kereta dan sampai destinasi. Muahahah...
Aku malas nak bersiap dan tukar pakaian. Bila tanya anak-anak, ok tak baju yang ibu pakai ni? Diaorang kata ok ja ibu. Apa lagi, capai handbag terus keluar la.
Haa...tu la sebab pentingnya orang perempuan ni kena berhias bagai, even kat rumah pun. Bila rasa nak keluar merayap je, terus lah keluar. Tak payah la orang lain tunggu ko bersiap yang confirm akan amek masa berejam depan cermin. Huhu...
Bila kita dah siap, just sembur ja perfume lagi sekali terus bole keluar. Haaa...cepatkan uolls...!.
Kalau tengok komen kat FB, semua kata durian kat sana mahal, tak sedap dan kena pandai pilih. Nak buat macam mana, dah keluar rumah, so teruskan je lah perjalanan. Pasrah pada kemungkinan yang akan diterima.
Sampai je, memang ramai manusia. Dah la panas terik, berlaga-laga nak bergerak. Seperti yang dijangka, memang betol semua harga durian tu mahal. Sekilo Rm25. Beli 2 biji RM77. Kalau rasa sedap tak pa, ni hampeh je. Nak marah betol.
Mr right aku beli buah longan, mata kucing dan mangga. Sila la menjamu selera di meja yang disediakan.
Dek kepanasan, tekak rasa nak minum air. Terbelilah cendol durian berharga RM10. Uwaa...
Tak puas lagi minum, tambah plak dengan aiskrim berasap harga RM12. Fuyoo..bila makan kuar asap di mulut. Diva la vida...!
Dah kenyang perut, kitaorang berpusing lagi sekitar kawasan. Sedap semua nampak buah-buahan kat situ. Tekak pun dah haus balik.
Paling ngeri sekali bila tengok buah durian belanda yang bapak besar. Ok ke tak tu buah besar macam tu? Takut plak nak telan. Hehe...
Lepak dalam shoping mall, biasa la terjebak plak dengan eskrim McD. Ngap lagi kat situ. Sebelum balik sempat singgah kat mamak melayan tekak anak beranak ni. Aku pilih roti canai banjir. Jemput makan dulu ya.
Ok la, ni ja nak cerita pasal festival durian yang indah khabar dari rupa ni. Apa pun jadi lah untuk aktiviti santai hujung minggu famili. Jumpa lagi uolls...bye !!!