Holla.. Lama betul kita tak bersua di alam maya ek? Kebizian yang amat sangat katanyer. Kuang-kuang...
Kali ni nak citer kisah ringkas ja dulu. Review hotel kat bandar Bentong masa aku kursus hari tu.
Dari luar nampak kecil tapi dalam bole tahan besar jugak la biliknya.
Ada beberapa perkara yang tak puas hati. Tapi hal kecik ja tu. Meh folo story aku seterusnya !
EV World Hotel
No 107-108, Jalan Loke Yew
Bentong, Pahang
Check In 12 ptg
Check Out 12 tghr
Tel : 09-2229929
Deluxe Room - RM80.94 per night
Pertama, strika kat luar bilik. Leceh betol macam ni. I is tak suka sangat stay hotel macam ni. Sadis rasa. Huhu...
So sekarang ni aku dah pandai. Kalau nak stay hotel di pendalaman better aku angkut segala tok nenek yang diperlukan terutama strika. Tak payah susah keluar bilik lagi.
Kat bilik tak da hair dryer. Hanya disediakan jug dan cawan ja. Air panas dan air sejuk atau segala tok nenek air yang korang nak kena ambil kat lobby ya. Nak buat air sila keluar. Haish...
Towel pun satu hal. Tak da dalam bilik. Seb baik geng bas sekolah nak tolong mintakkan kat kaunter.. kalau tak, jenuh nak turun tangga naik tangga semata-mata nak ambil tuala.
Nasib baik bilik air bersih dan ada segala kemudahan. Kurang sikit rasa amarah.
Bilik kecik aircond kuat, Tak boleh nak buat apa sebab rosak. Kang tak pasal-pasal tak da aircond langsung baru padan muka.
Korang bole bayangkan tak betapa sejuk beku nya aku dalam tu. Adoyai mati la naaakkk...
Kat sini breakfast disediakan. Kalau korang rasa lapar atau haus bila-bila masa pun korang bole turun dan makan ja apa yang disediakan.
Ada nasi lemak, roti bakar, telur separuh masak dan macam-macam lagi. Di jamin korang tak kan lapar kat sini.
Kalau rajin lepas makan tu korang basuh la pinggan, kalau malas bole tinggalkan kat situ sebab ada pekerja yang akan bereskan. Senang je kan?
Hotel bersih walaupun hotel bajet. Teratur dan kemas. Thumb up untuk boss.
Sori ya boss sebab tercerita yang tak best dulu baru up citer yang best kat hotel ni. At least boss bole alert untuk penambahbaikan di masa akan datang. Cheerio...
Ni ja nak citer. Jumpa lagi. Bye..