Holla... nak citer pasal First World Hotel kali ni. Hakikatnya first world sangat ke? Hmmm.....meh baca terus aku ngomel ni.
First World Hotel & Plaza
Genting Highlands, 69000 Genting Highlands
Pahang
Setiap hari 10 pagi - 10 malam
Tel: +60 3-2718 1118
standard room - RM134.24 per night
Hotel ni banyak bilik. Beratus2 bilik dalam setingkat. Korang boleh bayangkan bila tengok gambar aku kat bawah ni. Panjang sedepa beb lorong dia.
Korang jangan risau bab nak cepat ke bilik sebab lif memang banyak disediakan. So tak payah nak rebut-rebut macam jakun eh.
Ada beberapa tips yang aku nak bagitau kat sini.
Masa korang check in, staf akan tanya korang nak bilik dekat dengan lif tak? Kalau nak korang kena tambah rm5. Tapi aku suggest korang bayar ja la, bukan mahal pun. Sebab kalau korang tak bayar, korang akan dapat bilik yang jauh dari lif. Sila menapak ya. Kat genting ni memang keja korang akan mengira tapak kaki yang korang tinggalkan.
Dalam bilik tak da aircond ya. Kipas sajok. Nak sejuk sila buka tingkap. Huhu...
Kalau beg korang kosong sila bawak strika sendiri sebab strika tak mencukupi. Kalau nak jugak guna strika hotel, korang kena bayar deposit rm100. Nanti bila check out korang bole dapat semula duit tu kat kaunter. Kalau rajin nak bawak baju keluar dari bilik bole la pergi menapak gosok baju di tingkat 11. Sila bersenam... hehe.
Tapi hairdryer disediakan so jangan bimbang eh.
Dalam toilet hanya ada shampoo 2 in 1 macam biasa. Sila tekan sekuat hati kalau yang dapat bilik yang agak kokak dan tak berbau harum. Hahaha....
Sila bawak termos, sudu, bekas air sendiri. Dalam bilik tak disediakan jag air panas. Hanya jug plastik yang ada kesan gincu (orang ulu kot minum kat situ) dan 2 gelas palstik.
Kalau bole bawak sekali minuman 3 in 1 sebab tak disediakan dalam bilik. Peti ais dan air mineral pun tak da. Jangan berharap ya.
Korang bole ambil air panas dan sejuk kat luar bilik (ruang berhampiran lif). Tapi air panas tak berapa nak panas dan air sejuk ada rasa klorin. Fuh... daif sungguh rasa. Belum lagi di kira kebersihan kat tempat ambil air tu. Ada beberapa helai mee maggi yang tumpah. Haish ulu betol...
Tapi jangan risau kalau korang terlupa bawak, korang bole beli shampoo n segala minuaman tu kat mesin yang diletakkan di lobi hotel. Rm5 paling mahal. Ok la tu kot.
Menu pun sedia ada kalau korang malas nak keluar bilik. Keluarkan duit ja la ya...!
Aku citer ni bilik kecik ja tau. Kalau bilik besar aku tak tau la plak kekdahnya macam mana. Tapi setakat genting korang ambil murah ja la sebab korang bukan nak duk memerap dalam bilik pun. Mesti meronda keliling kan?. Lagi la kalau ada theme park nanti, mesti tak lekat kat bilik punya. So jangan membazir sangat eh kekawan.
Lagi satu make sure korang naik lif yang betol untuk ke bilik. Make sure mata korang meliar kat situ sebab orang tersangat ramai dan kepala bole tingtong. Haha...
Ok ni ja la nak citer bab review hotel kali ni. Harap- harap pihak pengurusan bole upgrade skit keadaaan dalam bilik tu.
Dada didi dudu...!