/**/

Pages

Subscribe Twitter

Urutan Kepala Di Sothys Beauty Tots, Johor


Spa urutan kepala terbaik


Hai uolss...jumpa lagi untuk berkongsi Spa kali ini. Spa ni dah beberapa kali aku cancel sebab ada ja urusan lain pada masa appointment tu sampai. Ternyata tersangat la best dan syioknya di spa ni. Jom baca celoteh aku kali ni !.

Aku pilih buat rawatan Sauna, Champi Head Massage, Back Shoulder Massage dan Jacuzi Relaxing Milk Spa. Tengok senarai pun dah rasa teruja yang amat kan untuk dibelai? Hehe...



Sothys Beauty Tots
125, Jalan Sutera Tanjung 8/2
Taman Sutera Utama
81300 Skudai
Johor

Tel : 07-5623966

Setiap hari 11 pagi - 9 malam




Sampai ja kat muka pintu staf cina berbadan gempal sambut dengan senyum dan suruh aku duduk serta isi borang dan beri minum air. Teh bunga katanya. Layankan ja la walau pun tak da rasa pun bunga dan tehnya...lalalalala....




Masa masuk dalam bilik rawatan untuk bertukar pakaian, wah...aku rasa cam cantik la tempat nih. Aku diberi seluar dalam dan bra pakai buang. Eh...first time la aku g spa ada bagi bra pakai buang. Rupanya ada ya bra macam tu?. Terkesima jap, haha...

Kejakunan jelas terpancar kat situ...kui2. Kesian kan?. Uwaaa...!




selesai ja bersalin kulit tu aku diarah masuk ke bilik sauna. Seperti biasa 1 jam duk bertapa dalam tu. Tapi aku suka sebab bilik sauna tu bilik kayu yang cantik dan ada majalah serta diberi minum air. Tak perasan 1 jam berlalu kat situ. Ceh poyo je statement. Nak kata membaca la tu?. Owh...nahi...bukan membaca kali ni tapi berfikir...kah-kah...!




Selesai ja sauna aku diminta berehat 10 minit dan diarah masuk semula ke bilik untuk diberi urutan kepala yang diberi nama champi head massage. Aku diminta memilih haruman bauan yang akan digunakan untuk mengurut kepala dan urutan belakang badan nanti. Lavender di hatiku.

Masa staf tu mulakan urutan di kepala, waa...bestnya aku rasa. Syoknya sampai terpejam-pejam mata kesedapan. Wakakaka...overnya statement aku kat situ kan?. Tapi memang betol beb kalau korang tak percaya cuba lah pergi sana dan rasakan sendiri kenikmatannya...!




Selesai je urutan di kepala aku di minta berbaring pulak kat katil untuk di urut belakang badan dan bahu sahaja. Hmmm...best jugak rasa kali ni. Staf siap naik atas katil nak urut. Tapi betol memang best wooo....tak caya korang cuba la.

Selesai ja urutan tu yang ambil masa selama setengah jam, aku di minta berehat sebentar sementara menunggu staf lagi sorang tu penuhkan air untuk relaxing milk spa pulak. Wei, tak sabarnya nak berendam uolss....




Masa tengok jacuzzi tu, woo...hebatnya, kelasss tempat ko jah !. Itu la yang aku suka kalau pergi spa bangsa lain ni. Cantik, terpelihara dan harum. Up to date katanya. Apa lagi dengan selambanya aku masuk ke dalam tanpa periksa air panas ke idok. Haaa...merasa la kan terjah sembarangan, panas nya mak aii, ampun...!.

Bila dah sejuk sikit airnya aku pun masuk semula berendam dalam air susu tu. Kuatkan getaran dan warna warnikan suasana. Besar gilos bilik air itew, siap bole mandi sekali kat situ. Hmm...tak terasa satu jam masa berlalu. Best sesangat...!




Setel semua rawatan macam biasa la staf dah mula nak rekomen macam-macam. Layan kan ja la. Yang penting dah hepi dapat rawatan dan layanan yang berbaloi dengan harga.







Sempat lagi berposing bergambar bagai keliling Spa. Rugi kalau tak ambil gambar di Spa tu. Lepas diberi minum air teh bunga aku pun bergegas balik sebab perut dah kebuloq. Kuang2...

Apa lagi aku singgah ke Taman Sri Putri la untuk melantak merendamkan perut pulak...haha.




Ok la, untuk review kali ni, spa yang ni memang best dan direkomen pada kekawan ya. Terbayang-bayang lagi bestnya champi head massage tuh. Nanti nak datang lagi la. Yuhuu...




Jumpa lagi uolls...Tata titi tutu !.


Belajar sesuatu...


























Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai