/**/

Pages

Subscribe Twitter

Romantika Bayou lagoon Park Resort, Melaka


Rekomen tempat ni...


Macam biasa kalau ulang alik ke kuala lumpur mesti aku singgah Melaka. Jumpa Pak Mydin dan sewaktu dengannya. Kali ni lepak kat Bayou Lagoon Park resort plak.



Bayou Lagoon Park Resort
Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil
75450 Melaka

Tel: +60 6-2330888

Studio Apartment - RM137.41 per night





Tengok web macam best ada tempat mandi bagai. Tapi bila sampai sana hampeh. Tak sama betol. Tapi ya la bukan aku nak berkubang sangat pun cumanya bayangkan tempat mandi manda tu besar dan luas.










Nasib baik jauh dari bilik jadinya rasa ralat tu kurang sket la. Huhu...







Bilik besar dan luas. Kalau bawak famili ni best sangat. Bole bentang toto lepak ramai-ramai. Baru rombongan Cik Kiah sangat ni. Haha...




Masuk je dah nampak ruang tamu, bilik dan dapur. Tak da sekatan mana-mana tempat. Telus dan tirus gitew. TV bole dipusingkan ke arah mana yang korang selesa.







Ada koridor untuk jemur baju atau apa ja yang korang rasa bole sangkut kat situ. Asal jangan tayang sotong kering dah la eh. Hehe...




Selain kemas dan semua keperluan complete, rasa macam hotel mewah sangat sebab tak berpatutan dengan harga yang murah dan mampu milik.




Suka sangat ada strika. Papan strika pun tiptop tempatnya. Hair dryer ada. Hose bilik air ada. Yey....




Bahagian dapur pun best, semua barang basic tersedia.




Bilik air dibahagi 2 tempat. Tak lah berkecah sangat. Ada tingkap bole buka dan bole terus skodeng katil. Huhu...













Cuma breakfast ja yang tak best. Semua ke laut. Tolong la chef ya masak sedap sikit. Bayangkan tekak korang yang telan waktu tu.










Kawasan lain tip top dan bole dipuji bau dan kekemasannya. Staf pun baik dan ramah.













Ni ja nak bagitau. Last sekali kalau datang Melaka jangan lupa singgah hotel ni tau.




Apa pun memang aku rekomen la hotel ni. Arah balik tak sempat singgah Magic Art Museum sebab nak cepat. Lain kali ja la ya.




Bye...jumpa lagi di lain entry...!


Apa kejadahnya...bhahahaha....



















































Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai

Dinner Di Tanah Aina Restoran (Azareena), Bentong, Pahang


Rekomen restoran ni...


Kali ni aku nak story kat korang kisah makan kat area Bentong plak. Makanan yummy walau pun di kawasan pendalaman.

Ceo Syarikat MHAMSB belanja kami semua dari pelbagai grade agen yang menghadiri kursus yang dianjurkan syarikat kali ni.



Tanah Aina Restoran (Azareena)
Lot 4753 Jalan Lama Bentong-Raub
Bentung, Pahang

Tel: +60 16-962 5335





Restoran tu terletak ke dalam sikit dari jalan besar on the way ke Raub (ikut jalan lama). Kat sini semua nama restoran sama bermula dari Tanah Aina cuma nama belakang ja berbeza (Azareena, Fareena, Farah Soraya).




Kereta kena parking kat luar kawasan restoran sebab restoran tu terletak jauh ke dalam lagi. Kena jalan kaki hokay. Terkedek-kedek ahkak dengan tumit tinggi itew..huhu...




Tenang ja bila masuk dalam hutan. Kehijauan mata memandang, damai rasa hati dan syok menghirup udara segar. Rasa fresh sangat.




Memang cantik giler view kat situ dikelilingi pokok-pokok besar dan merimbun.




Jadi korang tak perlu bimbang bila nak menapak ke restoran tu sebab korang bole menikmati pemandangan yang cantik yang jarang bole dapat kat bandar.




Keadaan restoran macam biasa, sama ja dengan restoran yang lain. Memang kampung style habis restoran ni sebab beratapkan nipah yang jarang ada kat bandar.




Sebelah restoran ni ada anak sungai. Siap ada jambatan untuk seberang ke sana. Ada tangga batu disediakan untuk turun ke sungai. kalau budak kecik bole la mandi kat sungai tu. Orang tua tak payah berangan nak mandi eh, tak senonoh ja nampak. Hilang selera nak makan. Hahaha...







Restoran ni ada 2 tingkat. Dapur kat bangunan sebelah belakang, bila nak hantar makanan yang dah siap dimasak, diaorang akan guna tren. Siap ada landasan untuk tren lagi tau. Ko hado...?




Ni lah yang aku kata unik sebab lain dari yang lain di kawasan pendalaman plak tu. Sempat aku skodeng sampai dapur. Phewit..




kalau korang nak datang makan kat sini kena book awal sebab kalau main sergah ja nanti makanan lambat sampai. Jenuh menuggu wei. Silap-silap bahan basah tak cukup. Sapa yang rugi?




Masakan kat sini berbeza sikit dan dari segi rasa biasa-biasa je. Tak sempat snap gambar semua makanan sebab semua sudah kebuluran Afrika waktu tu. Haha...

Cumanya nak bagitau yang paling best sekali lauk sayur ni. Apa ntah nama sayur ni aku lupa plak. Nanti aku tanya semula boss aku tu ya.




Semua lauk menepati citarasa. Walla.. nyum-nyum... jangan la tertido dalam class sesi malam nanti. Adey..! Harap-harap Tn. Speaker pandai main peranan ceriakan suasana.

Kalau korang pergi Bentong, aku rekomen restoran ni. Tak menyesal punya. Sajian cepat disediakan walau pun tempahan tambahan lauk last minit dibuat. Sedap plak tu. Tiptop.










Last sekali aku nak ucapkan terima kasih atas kesudian Pn. Fazilah dan En. Edy belanja kami semua makan. Sayang MHAMSB ketat-ketat. Muah ciked..!


Bestnya kalau dapat makan kat tempat ni...


Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai

Kursus Leadership Guerilla MHAMSB 2.0 Di Bentong


Retis katanyer...kihkih...


Sebelum Hari Raya yang lepas, aku join kursus yang dianjurkan oleh MHAMSB selama 2 hari di Bentong, Pahang. Merasa la jugak datang ke Pahang ni lagi sekali. Explore segala tempat yang ada.



MHAMSB
P1-1, P1-2, Medan Desa Pertiwi
Jalan Tras
28700 Bentong
Pahang








Hari pertama class bermula dari pagi sampai malam. Hari kedua pagi sampai petang.




Hari pertama sifu Tn Syamsul mulakan tugas untuk hari yang bertuah tu. Seronok rasa jumpa sifu lama ni lagi sekali.




Sempat aku dan Superstokis dari negeri lain berbincang dan buat besday surprised untuk Pn CEO. Alhamdulilah semuanya menjadi seperti yang dirancang. Terimakasih diucapkan pada staf MHAMSB yang terlibat tolong uruskan kek dan sebagainya.




Kalut punya pasal sampai sorang SN terbeli salah kad. Tak pa la kad wish wedding pun jadi la..2 in 1 katanya. Hehe...










Sempat jugak masuk sesi rakaman video untuk testimoni produk syarikat. Rasa macam retis ja gitew bila buat rakaman. Muahaha...







Terpandang amaran keras ni. Walla...huhu




Petang plak CEO belanja makan ramai-ramai. Seronok wei, meriah rasa. Kenyang perut suka hati. Citer makan ni nanti aku up kat entry lain ya. Sila tunggu kalau tak tunggu rugi. Entry tu best tau. Hehe...




Hari kedua aku wat lawak pagi. Orang lain belum sarapan, aku bole bawak makanan dalamm kelas dengan selambanya. Padahal dah breakfast berat kat hotel. Mana la aku tau semua belum makan. Patut la makanan masih banyak lagi. Hoho....




Perkongsian hari kedua lagi best dengan ceramah rompak wang bisnes sendiri. Haa.. camna bole jadi macam tu? Nak tau lebih lanjut kena la daftar jadi ahli keluarga MHAMSB baru bole share semua benda lebih detail. Kui-kui...




Sempat juga para Superstokis Negeri (SN) buat mesyuarat tergempar sekejap terlanjur dapat berjumpa. Bukan senang nak jumpa semua dari negeri yang berlainan, ada yang datang dari Sabah dan Sarawak. Hebat tuh...




Paling win sekali adalah biskut ni. Sedap sangat. Eh tetiba plak bole tukar topik haha...




Petang tu jugak ada perasmian produk baru, produk Kosmetik Kaisa dan Superstokis Negeri diberi penghormatan untuk merasmikan produk baru ni. Next aku up entry produk Kaisa ni yang berslogankan 'menjadikan wajahmu lebih baik'. Nak tau detail kena tunggu entry seterusnya dari aku ya.




Aku diberi peluang mewakili semua SN yang ada untuk memotong riben tanda perasmian produk. Tocey uolls...!




Sempat beramah mesra dan bertepuk tampar dengan staf MHAMSB yang peramah semuanya. Comel adik-adikku...




Tak lepaskan peluang posing lagi sekali untuk kenangan. Hehe...




Malam pulak aku dan sorang lagi SN join Pn CEo & famili makan malam kat kedai makan Lemang Tok Aki. Tak dapat nak review tempat ni sebab tak banyak dapat snap gambar. Lain-lain kali la ek. Hehe...











Akhir kata, ececeh skema nya ayat...salam sayang untuk semua warga MHAMSB semuga kita sama-sama berjaya membina kejayaan dalam bisnes yang diceburi. Amin...!


Tak da kaitan rasanya ni...hehe

















































Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai