Tepat jam 12 malam 2 Ogos 2017, genap lah usia anak bujang sulongku 24 tahun. Ibu doakan semuga anak ibu, Muhammad Haziq Fahami dipanjangkan umur, dimurahkan dan dimewahkan rezki, berjaya dalam hidup, jadi anak yang soleh dan berbakti serta menjadi pelindung pada ibu, ayah dan adik-adik. Amin...!
Muhammad Haziq Fahami bin Poad
24 tahun
Macam biasa, besday boy akan pilih tempat makan ikut selera yang dimahukan. Pusing punya pusing, akhirnya R&R Bistro menjadi pilihan sebab kat sini ada pelbagai menu masakan.
Lepas ni kalau anak-anak yang lain, sila cari tempat segera untuk dipilih waktu majlis harijadi seterusnya, tak mo terkial-kial macam malam tu ya.
Semua order nasi arab, aku dengan anak no 2 ja order western. Maklum ada saki baki omputih...jangan muntah hijo eh korang. Bhahaha...
Bila kek dikeluarkan, semua macam terpukau sebab ada wang diatasnya. Bole makan ke idok duit tu? Alahai sayangnya nak telan, mahal tu. Hahaha...
Sempat lagi diaorang usik aku, kata memang dasar mata duitan, sampai kat kek pun nak letak duit. Tu maksudnya duit dah berlebih-lebih la kan? Muahahaa...
Disebabkan masa tu anak no 2 dah mengantuk sangat, so kitaorang decide nak balik awal dan tiup lilin dan potong kek semua kat rumah pulak. Bila dah dewasa ni memasing malu kalau nak tiup dan nyanyi bagai kat luar.
Tengok la gambar ni, kalau disuruh buat style bebas, macam ni la jadinya. Hai la panglima bungsu...
Macam biasa, lepas habis makan semua akan teka berapa total keseluruhan. Saat ni la yang memang selalu akan jadi bahan kelakar antara kitaorang.
Lain kali aku up citer kedai R&R Bistro ni eh. Hari tu tak sempat nak snap banyak sebab semua dah kelaparan dek kerana berpusing cari tempat makan.
Sampai rumah macam biasa, acara tiup lilin, potong kek dan suap menyuap dijalankan dengan teratur.
Sejak tahun lepas, aku tak sediakan hadiah macam selalu sebab masing-masing dah ada taste sendiri untuk pilih hadiah yang dioarang nak. Bagi duit ja la sebagai hadiah, nanti pandai la diaorang beli hadiah sendiri. Senang citer.
Last but not least, semua tak sanggup makan duit ni, sayang katanyer. Kihkih...
Ok ni ja nak story kali ni. Semuga anak ibu maju jaya selalu dan menjalani hidup dengan gembira disamping keluarga dan teman-teman.
Sayang anak ibu Muhammad Haziq Fahami ketat-ketat. Muah ciked...!