Kali ni aku nak story kat korang kisah makan kat area Bentong plak. Makanan yummy walau pun di kawasan pendalaman.
Ceo Syarikat MHAMSB belanja kami semua dari pelbagai grade agen yang menghadiri kursus yang dianjurkan syarikat kali ni.
Tanah Aina Restoran (Azareena)
Lot 4753 Jalan Lama Bentong-Raub
Bentung, Pahang
Tel: +60 16-962 5335
Restoran tu terletak ke dalam sikit dari jalan besar on the way ke Raub (ikut jalan lama). Kat sini semua nama restoran sama bermula dari Tanah Aina cuma nama belakang ja berbeza (Azareena, Fareena, Farah Soraya).
Kereta kena parking kat luar kawasan restoran sebab restoran tu terletak jauh ke dalam lagi. Kena jalan kaki hokay. Terkedek-kedek ahkak dengan tumit tinggi itew..huhu...
Tenang ja bila masuk dalam hutan. Kehijauan mata memandang, damai rasa hati dan syok menghirup udara segar. Rasa fresh sangat.
Memang cantik giler view kat situ dikelilingi pokok-pokok besar dan merimbun.
Jadi korang tak perlu bimbang bila nak menapak ke restoran tu sebab korang bole menikmati pemandangan yang cantik yang jarang bole dapat kat bandar.
Keadaan restoran macam biasa, sama ja dengan restoran yang lain. Memang kampung style habis restoran ni sebab beratapkan nipah yang jarang ada kat bandar.
Sebelah restoran ni ada anak sungai. Siap ada jambatan untuk seberang ke sana. Ada tangga batu disediakan untuk turun ke sungai. kalau budak kecik bole la mandi kat sungai tu. Orang tua tak payah berangan nak mandi eh, tak senonoh ja nampak. Hilang selera nak makan. Hahaha...
Restoran ni ada 2 tingkat. Dapur kat bangunan sebelah belakang, bila nak hantar makanan yang dah siap dimasak, diaorang akan guna tren. Siap ada landasan untuk tren lagi tau. Ko hado...?
Ni lah yang aku kata unik sebab lain dari yang lain di kawasan pendalaman plak tu. Sempat aku skodeng sampai dapur. Phewit..
kalau korang nak datang makan kat sini kena book awal sebab kalau main sergah ja nanti makanan lambat sampai. Jenuh menuggu wei. Silap-silap bahan basah tak cukup. Sapa yang rugi?
Masakan kat sini berbeza sikit dan dari segi rasa biasa-biasa je. Tak sempat snap gambar semua makanan sebab semua sudah kebuluran Afrika waktu tu. Haha...
Cumanya nak bagitau yang paling best sekali lauk sayur ni. Apa ntah nama sayur ni aku lupa plak. Nanti aku tanya semula boss aku tu ya.
Semua lauk menepati citarasa. Walla.. nyum-nyum... jangan la tertido dalam class sesi malam nanti. Adey..! Harap-harap Tn. Speaker pandai main peranan ceriakan suasana.
Kalau korang pergi Bentong, aku rekomen restoran ni. Tak menyesal punya. Sajian cepat disediakan walau pun tempahan tambahan lauk last minit dibuat. Sedap plak tu. Tiptop.
Last sekali aku nak ucapkan terima kasih atas kesudian Pn. Fazilah dan En. Edy belanja kami semua makan. Sayang MHAMSB ketat-ketat. Muah ciked..!