Selamat berhujung minggu uolls...! Nak habaq kisah Spa kali ni.
Spa ni agak terpencil sikit. Siap aku survey dulu tempatnya sebelum pergi. Sesuatu yang tak diduga terjadi di sini. Nak tahu apa yang jadi, jom baca cerita aku sampai habis.
Ortus Ease De Beauty
17A, Jalan Indah 8/13
Tamn Bukit Indah
Johor Bahru
Setiap hari 10 pagi - 7 malam
Tel: 07-2342684
Aku sampai tepat jam 3 petang seperti temujanji yang dah dibuat. Dua pekerja sambut ketibaan sang puteri gitew...hehe.
Sorang fasih bertutur bahasa melayu dan sorang lagi tak tahu cakap sepatah pun bahasa melayu. Nasib baik aku dapat yang pandai bertutur bahasa melayu so senang untuk berkomunikasi.
Aku ambil pakej Sauna, scrub, mask, shower dan guasa back shoulder massage. Bab guasa tu yang tak sabar nak try. Last buat guasa masa jadi ahli Elken. Lepas tu ke mana pergi nya batu guasa tu aku pun tak tau. Huhu...
Lepas letak barang-barang dalam loker, aku diarahkan bertukar baju dan seperti biasa aku diberi spender pakai buang dan tuala. Kemudian diminta masuk ke bilik sauna (kayu) selama setengah jam. Tak berapa panas duduk dalam tu.
Staf bagi aku minum air kat dalam tu. Dah la gelap, tak da bahan bacaan, tersengguk-sengguk aku kat situ nak tunggu masa 20 minit tu habis. Haish...
Selesai bersauna aku diarahkan ke bilik yang lain untuk di scrub belakang badan ja. Lepas tu mask dan kemudian disuruh bersihkan diri. Mandi dan masuk semula ke dalam bilik tadi untuk diurut full body belakang sahaja.
Mula2 staf tu urut kaki. Lepas tu aku rasa staf tu gunakan sesuatu yang agak keras seperti batu atau kayu. Mulanya aku diamkan ja tapi lama kelamaan perasaan ingin tahu tu semakin membuak-buak.
Biasa la aku ni kan pantang tengok sesuatu dan apa yang terlintas kat mata, kalau aku rasa nak tegur, aku akan tegur. Bila aku tanya, staf tu kata guna batu. Aku diamkan ja la.
Sampai kat bahagian urutan di belakang bahu, staf tu gunakan benda tu untuk urut dan dok menggesek-gesek kat belakang badan aku. Aku dah rasa mesti barang yang dia guna tu adalah guasa (sejenis batu) yang macam aku beli masa masuk MLM Elken.
Walau pun sakit tapi rasa sedap sebab badan tengah sakit waktu tu so bila diusik dan diurut-urut, apa lagi, rasa sedap la. Huhu...
Sambil berurut sambil tak lekang kami berborak sampai ketawa pun ada. Biasalah kan, itulah AKU...kah-kah...
Urutan amek masa 1 jam dan proses semuanya adalah 2 jam. Staf bagitau aku akan rasa letih dan badan akan merah-merah esoknya sampai 2 ke 3 hari selepas guna guasa tu.
Memang betol pun sampai aku tak larat nak berjalan even mengemas rumah semua. Duk la tersadai baring kat rumah. Rasakan nak sangat berguasa, hambek ko sekarang. Kuang-kuang...
Aku boleh bagi Spa ni 4 bintang. Selain layanan memuaskan, keadaan Spa yang nyaman dan bersih memang bole dipuji dan boleh direkomen pada orang lain.
Insahaallah kalau aku hendak urutan guna benda lain selain tangan aku akan datang ke sini lagi. Sangat puas hati !.
Ok chow dulu uolls...Babai !!!