Kalau dengar perkataan karaoke, mesti ramai yang pandang sebelah mata atau salah faham. Mesti akan fikir buat aktiviti tak senonoh atau tak sesuai terutama untuk yang dah berumur.
Majoriti kita ni perlukan hiburan. Jangan tipu la kalau ada yang kata tak perlu. Cumanya kita kena pilih hiburan yang macam mana. Adey...panjang plak aku melalut. Padahal nak citer pasal aktiviti semalam je.
Ali Baba Karaoke
B17 & 18, Lot 54, Jalan Skudai
Tampoi, Johor Bahru
81200 Johor
Setiap hari 11 pagi - 3 pagi
Tel: : +60 7-239 1888
Tengah dok lepak dalam kereta sementara panglima semua menyusun barang shopping kat bonet, aku terima whatsap dari kawan sekolah. Diaorang ajak join berjimba ria berkaraoke. Memandangkan ada jugak geng sekolah yang akan join, so aku terima ja la.
Tak pernah plak aku pergi tempat macam tu sebelum ni. Lagi pun dah tak da aktiviti lain malam tu. So aku on ja la. Paling penting nak jumpa kekawan.
Sebelum keluar malam tu sempat lagi aku masak untuk makan malam tau. Terer tak akak bole masak sekejap ja? Ya la nak bersuka ria sekali pun tanggungjawab jangan lupa eh. Baru la senang hati nak bergelak tawa.
Bila berkumpul ja, macam biasa la, hiruk pikuk sekejap tempat temujanji tu dek pekikan dan muah sana muah sini. Maklum la jumpa kawan sekolah katakan. Huhu...
Meh aku story sket tempat karaoke ni, sempat aku korek dengan staf kat situ masa tengah tunggu giliran nak pilih bilik persembunyian. Gitew...
Alibaba karaoke ni berkonsepkan tema Arab, ala fadang fasiiir berdebu bak kata P.Ramlee...hahaha.
Erti kata lain pusat hiburan yang bebas dari hidangan alkohol dan yang tak sepatutnya. Pakaian staf pun sopan. Sekeliling ceruk dihias dengan gambar dan perhiasan Arab.
Kalau nak tengok kawasan keliling bole tengok kat entry buka puasa aku sebab kali ni tak sempat nak berposing segala ceruk tempat.
Ada 3 kategori bilik kat sini. Superior untuk 4 orang, Executive untuk 8 orang dan Suites untuk 16 orang. Bilik-bilik tu pulak dinamakan bersempena nama artis tempatan yang terkenal.
Harga bergantung pada bilik yang ditempah dari RM19.90 hingga RM109.70. Ada disediakan makanan dan minuman tapi sila bayar ya, kalau bagi free nanti bangkrap plak tokey. Kui-kui...
Kalau pergi hujung minggu memang ramai la. Siap beratur panjang tunggu giliran. Kena yang masa tu baru terkial-kial nak pilih bilik, maka lagi lama la korang tunggu. Jadi pandai-pandai la cari masa sesuai kalau nak berjimba lebih lama.
Bilik yang kitaorang pilih besar dan selesa. Makanan dan minuman pun best. Lupa nak snap gambar makanan. Sori ya. Sound system awesome cumanya keadaan bilik tu tak berapa nak menarik sebab tak da lampu ala-ala disco yang berkelip-kelip tu yang macam kita selalu tengok disco kat TV.
Bila nak snap gambar terpaksa buka lampu jap, lepas tu gelapkan semula. Tapi tak kisah lah, yang penting sekali kitaorang happy dan enjoy.
Puas giler menyanyi dan menari dalam tu, maklum bilik tu 3 jam kitaorang yang punya. Macam-macam gelagat bole buat. Bertukar-tukar lagu, nyanyi sampai hilang suara. Berpeluh-peluh macam berzumba plak. Ni kalau anak dan laki masing-masing tengok ni memang terkejut ni tengok tanduk bini masing-masing keluar. Kih-kih...
Apa pun kitaorang bukan buat keja tak senonoh, setakat hiburkan diri dan raikan kawan seperjuangan ja. Tak pernah buat pun sebelum ni, yang ni pun entah macam mana bole terjebak nak join. Wakakaka...
Awalnya nak tong-tong bayar tapi kawan aku sorang ni nak belanja katanya. TQ kawanku awek tudung merah yang comel...muah ciked !!!
Setel ja berpoya-poya dalam tu, plan awal nak pergi mengeteh plak, maklum tenaga dan suara dah habis dikeluarkan. Tapi tak jadi sebab dah lewat malam lagi pun aku kerja esoknya.
Ok uolls, ni ja la nak habaq kisah semalam yang rare. Seronok sekali sekala dapat join gugurl yang sporting dan gorgeous. Jumpa lagi di lain entry. Babai...!