Selamat petang uolls...disebabkan belum sempat mengarang yang lain, aku up la story ni dulu. Lagi pun dah lama beno rasanya tak buat review produk. Ok meh teruskan bacaan seterusnya.
Pembersih Wanita Daun Sireh Sumber Ayu Whitening
(Kayu Rapet & Manjakani)
RM5.90 (90ml), RM10.90 (200ml)
Tak da niat pun nak beli pembersih wanita sebab yang ada tu masih banyak lagi. Tapi dah rezki Pak Mydin agaknya, masa lalu kat rak tu boleh plak mata aku terpandang satu jenama pembersih wanita ni.
Bukan lah jenama sangat yang aku tengok, tapi terpana dengan keunikan bentuk botol yang comel dan warna botol yang memikat. Simple dan menarik. Tulisan pun tak serabut.
Haaa...tu dia, bukan sekadar kebaikan dan harga ja tau orang pentingkan, tapi pada rupa bentuk juga ya. Marketing...marketing...!
Bila belek dan baca info kat kotak, rasa macam tertarik menarik nak cuba. Harga pun murah berbaloi dengan botol kecil tu. Senang citer harga mampu milik la.
Ada dua jenis pembersih wanita ni. Whitening dan biasa. Tak pernah lagi cuba yang whitening, harap-harap serasi la kan. Paling penting halal dan selamat digunakan.
Bahan-bahan yang digunapakai dalam tu semuanya herba semulajadi so korang tak payah lah risau pasal tu semua eh.
Cara pakai macam biasa la kan, basahkan dulu area sepatutnya, tuangkan pembersih tu dalam anggaran duit 50 sen atas tapak tangan lepas tu sapu lembut kat tempat sepatutnya. Faham kan maksud aku?. Jangan korang tenyeh kat tempat lain plak. Hehe...
Dah puas tenyeh tu, korang bilas lah dengan air biasa. Selesai...mudah kan?.
Walau pun tak berapa banyak buih (lagi bagus), tapi memadai la untuk disapu kat situ. Bab buih ni, kalau banyak buih tu, maksudnya ada banyak bahan kimia dicampurkan. Tak tau la betol ke tidak sebab aku tau pun dari pakar kecantikan jugak info ni.
Bau wanginya tu buatkan korang rasa relax je tau. Aku macam suka plak dengan pembersih ni sebab apa yang dibagitau tentang kebaikannya di kotak memang terbukti.
Tak bole citer lebih-lebih kat sini, nak tau resultnya, korang beli dan cuba sendiri eh. Takkan menyesal punya. Harga pun murah, tak serasi pun tak kan rasa ralat.
Semakin usia bertambah, semakin banyak perubahan diri yang berlaku baik luaran mahu pun dalaman. Sebagai wanita kita mesti menjaga aset yang ada agar proses penuaan tu tak cepat berlaku. Setuju tak korang?.
Ok la jumpa lagi di lain siaran. Tata titi tutu...!