Korang...korang...korang pernah rasa bengkek tak, kalau orang tutup pintu jamban kuat-kuat?. Kalau korang ada rasa macam tu kita geng.
Entry kali ni aku nak bebel jap eh. Sila baca dengan khusyuk sebab korang pun hadapi benda yang sama.
Tandas swarovski idaman...muahaha
Sakit hati kan kalau ada makhluk yang kurang kasih sayang yang bila tutup pintu toilet kuat-kuat. Dah la buka dan tutup pintu setengah batu pun bole dengar, belum masuk lagi yang hempas penutup toilet duduk tu kuat-kuat. Haish memang malaun la orang macam ni.
Tau la korang jenis dari spesis gergasi hijau, tak payah la tunjuk sangat kat orang lain yang korang tu ganas. Tak tau ke dengan cara korang tu, secara tak langsung akan merosakkan harta kerajaan dan sewaktu dengannya? Memang betol-betol poyo.
Cer harta rumah korang, korang buat macam tu tak? Mesti korang sayang kan? Kecuali harta tu dibeli bukan guna duit korang, so bole la korang buat dek jer.
Tapi aku yakin sangat memang kalau dah style gergasi macam tu, mana pergi pun macam tu la jugak perangainya. Kasar dan ganas. Elok duduk kat gua je orang macam ni. Hmmm...berbulu betol aku dengan perangai orang macam ni. Rasa nak tumbuk-tumbuk ja.
Tu belum lagi bab yang kalau dah melabur tu tak reti nak flush. Belum lagi bab yang buang pad atau panty liner tu merata-rata. Tisu bersepah-sepah. Memang pengotor tahap gaban.
Lagi teruk kalau yang tak reti nak pam jamban tu lepas kencing. Biarkan kuning macam tu. Hancing jangan cakap la. Eeee...kembang tekak aku bila tulis ni. Yeks...
Aku prefer masuk tandas cangkung dari tandas duduk. Kalau tandas duduk tu aku make sure lap keliling tu baru duduk. Ada jugak aku beli alas kertas untuk letak atas temapat duduk tu tapi dah habis.
Kalau tak da yang bersih, memang aku sanggup tahan dari buang air. Tak kuasa la nak tolong flushkan. Tengok pun dah nak muntah. Yeyeks...
Kesian la sikit pada cleaner kan? Tak bole fikir ke korang ni ek? Bayangkan la kalau cleaner tu mak bapak korang? Sanggup tak korang tengok diaorang kerja kutip sampah kotor yang korang longgok kat tandas tu merata-rata. Mesti tak nak kan?
Sapa yang baca aku bebel ni kalau korang buat benda yang sama, tolong lah berubah ya. Penat je kerajaan buat papan tanda dan macam-macam ayat lagi dibuat untuk menyedarkan rakyat. Tapi sudahnya terabai macam tu ja dan membazir duit rakyat.
Aku setuju sangat kalau dibuat peraturan macam kat Singapore tu, salah sikit denda, saman, haa... macam tu baru betol. Sesuai dengan jiwa pengotor macam orang yang tak bertamadun. Baru padan dengan muka si pengotor dan si ganas.
Haa...cer korang tengok gambar ni? Kalau la dapat duduk kat tandas yang lawa dan wangi macam ni sure nak dok dalam toilet tu lama-lama kan?. Bhahaha...
Ok la nak stop dari bebel ni. Puas rasa dapat lepaskan kat sini. Hahaha...Chow ching chong !