Untuk kesekian kalinya dalam bulan Ogos, tepat jam 12 malam 30 Ogos 2017, genaplah usia anak bujang ke dua berusia 20 tahun. Ibu doakan semuga anak ibu, Muhammad Hazim Fahami dipanjangkan umur, dimurahkan dan dimewahkan rezki, berjaya dalam hidup, jadi anak yang soleh dan berbakti serta menjadi pelindung pada ibu, ayah, abang dan adik. Amin...!
Muhammad Hazim Fahami bin Poad
20 tahun
Kali ni restaurant yang dipilih oleh besday boy ialah Contena Concept. Bole tahan la tempat makan ni. Ada dua tempat berasingan. Tingkat bawah untuk hidangan seperti biasa dan tingkat atas ada bilik berhawa dingin disediakan.
Biasanya bilik ni kena booking, tapi dah rezki anak kali ni, dapat lah merasa tempat beraircond. Citer selanjutnya berkenaan restaurant ni aku akan bagitau kat entry lain ya. Tunggu...
Sambutan kali ni diberi keistimewaan pada kek. Ia bukan sekadar kek berharga tapi disertai dengan percikan bunga api lilin. Eh betol ke apa aku cakap ni? Hahaha...
Sebelum makanan sampai, kitaorang dah raikan besday boy dulu, cuma tak dapat la nak letak kek kat merata muka atau sebagainya sebab belum makan lagi. Nanti tak ensem. Huhu...
Makanan sampai ja terus makan, lepas tu macam biasa, acara potong kek, suap dan birthday kiss dijalankan. Hadiah berupa wang tunai pun macam biasa diberi sekali harung pada waktu tu. Pandai-pandai lah berbelanja dengan wang yang diberi tu ya anak.
Cumanya kali ni aku tak order untuk aku sebab aku share nasi dengan cousin sebab kitaorang dah kekenyangan bedal durian superking. Muahahaha...
Satu ja aku nak bagitau, bole datang makan kat sini lagi sebab harga murah, makanan banyak dihidang dalam pinggan dan yang penting sedap.
Ok la ni ja nak up kali ni. Jumpa di lain entry, bye...!