/**/
Subscribe Twitter

Pelbagai Produk Di Halal Fiesta Malaysia 2017


Caaakkkk...


Tak tau macam mana terjebak nak pergi tengok Halfest Msia kat Seri Kembangan hari tu. Tup-tup dah sampai depan pintu The Mines. Itu lah aku, tak da perancangan pun bole sampai ke mana ja.



Halal Fiesta Malaysia (Halfest)
Malaysia International Exhibition & Convention Centre (Mines)
Seri Kembangan, Selangor

23 - 27 Ogos 2017





Lecehnya kat sini adalah parking kereta. Siap ada mamat India tolong bagi jalan nak parking lepas tu kata Rm6 ya kak. Poyo sangat nih.




Sebelum masuk dalam dewan, korang dikehendaki pergi customer services dan daftar, isi segala maklumat yang diaorang nak. Lepas tu staf bagi aku stiker pink yang cute untuk letak kat mana je tempat yang korang suka. Aku letak kat bahagian lengan semata nak tunjuk lengan akak sadoooo...huhu.









Sebelum masuk sempat lagi berposing snap sana sini sebab tau kalau masa balik nanti mesti dah kepenatan berjalan. Apa lagi, meh folo instagram ahkak. Kui-kui..







Jangan lupa ambik troli. Jangan cakap tak nak membeli, tau-tau sebakul penuh troli tu nanti. Siap bagi nombor troli tu takut tak pulang semula. Walla...




Tak tau apa yang aku cari kat situ tapi yang aku perasan aku suka dengan susun atur booth kat situ. Tak berterabur dan selesa serta bersih. Tak la berlanggar punggung dengan orang sebelah kalau dah ramai sangat yang datang.




Macam-macam booth yang korang bole nampak kat sini promosi barang jualan masing-masing. Toiletries, kosmetik, coklat, pakaian, produk berunsurkan herba, makanan dan minuman. Meriah sangat uolls...







Paling best dapat jumpa Ustaz TV9, Chef Wan, Chef Ammar dan ramai lagi. Yang paling syok sekali adalah dapat makan dan minum free setiap booth bile staf bagi masa lalu depan gerai diaorang. Berebut-rebut nak rasa itu ini. Hai la geng bas sekolah ku.







Booth pelaburan dan booth yang tak da retis memang tak berapa nak ramai la. Moral of the story kalau nak bisnes cepat naik, bayar la artis, jangan bayar retis plak, nanti semua ke laut. Ngeh-ngeh...




Kalau korang ada syarikat, boleh lah join Halfest ni sebab diaorang hanya perlukan profil syarikat, logo syarikat dan senarai produk. Hantar ke www.halal.com.my.

Mudah-mudahan kalau korang dah join, produk keluaran korang akan diberi peluang untuk diniagakan di seluruh Malaysia dan Asean.




Sempat lagi aku skodeng booth Minyak Herba Asmak kat situ. Bertambah seronok siap jadi model pegang minyak lagi. Haha comel tak ahkak...? Muah ciked...




Ok ni ja nak story. Jumpa lagi di Halfest 2018. Bye...!!!


Kalau booth ni ada, mesti ramai serbu...


































Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak