/**/

Pages

Subscribe Twitter

Aroma Koko Di Muzium Coklat, Kota Damansara


Peminat tegar coklat katanyer...


Siapa suka makan coklat? Kalau suka, kita geng. Nanti jumpa aku bagi korang coklat eh.

Ada yang kata kalau makan coklat akan keluar jerawat dan menggemukkan. Ada yang kata tak bagus untuk kesihatan. Macam-macam lagi la yang kata itu..ini...bla..blaa...

Aku tau kalau aku makan coklat aku akan rasa tenang dan hilang stres. Nak pujuk aku senang ja, hulur coklat hilang lah rajuk tadi. Sebekas besar pun aku bole habiskan sekali hadap jer. Huhu...

Eh..eh...nak citer pasal Muzium Coklat ke atau nak bebel pasal coklat ni? Haha...

Ok jom folo citer akak seterusnya.



Muzium Coklat
2, Jalan Teknologi 3/5, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi - 5 petang)

Masuk Percuma

Tel: +60 3-7490 4260





Untuk penggemar coklat, aku sarankan korang pergi lah ke Muzium ni. Bayangkan, masuk je kat dalam Muzium ni, aku dah bole bau aroma coklat yang segar. Fuh...rasa tak sabar nak makan coklat tu semua. Dah terliur dah rasanya. Tak sabaq dah nak jumpa coklat-coklat ni.

Sebelah Muzium Coklat ni ada Cafe Muzium tapi masa aku datang tu Cafe tu tutup plak. Adoyai...










Sebelum tu harus lah bergambar dulu dengan lembu Hershey's yang kejung tu. Tak sabar nak masuk ke dalam lagi untuk tengok semua coklat yang ada.




Sepanjang perjalanan ke area belakang tu, aku nampak pelbagai pameran berkisahkan coklat segala. Banyak info menarik mengenai coklat yang korang boleh dapat kat sini.




Bermula dari kewujudan coklat dan asal coklat.
















Cara pembuatan dan proses, rahsia kehebatan dan khasiat coklat.










Ranking coklat seluruh negara dan pelbagai lagi info menarik.




Paling best sekali shopping coklat. Ngeh-ngeh...




Ada satu mesin ni aku tak ingat mesin apa tapi yang aku nampak kat dalam tu ada coklat cair. Nanti korang pergi korang cek semula ya. Sori...




Sample bahan-bahan yang digunakan untuk membuat coklat seperti buah-buahan, kopi dan kacang.




Korang bole nampak chef sedang menyediakan coklat melalui cermin besar yang ada kat situ. Macam-macam replika dan jenis coklat ada ditunjukkan sekali untuk tatapan korang. Mesti korang akan sebut perkataan 'Wowwww'...










Sebelah bilik penyediaan coklat tu, ada store menjual pelbagai jenis coklat. Macam-macam jenama tempatan dan antarabangsa ada dijual kat sini. Lebih dari 30 jenama kot kalau tak silap aku jurujual tu bagitau.

Jenama tempatan seperti Farells, Fidani, Danson dan Millton. Jenama antarabangsa pulak seperti Hershey's, Daim, Cadbury, Nestle, Lindt, Mars, Ferrero.




Tak berkelip mata tengok coklat yang pelbagai bentuk, warna, saiz dan tekstur tu. Terkesima kejap aku dibuatnya.

Walau pun harganya agak mahal, tapi aku tetap nak beli jugak beberapa jenis coklat. Rugi wei kalau tak rasa, dah la datang dari jauh kan. Gitew...







Pilih punya pilih terjebak lah jugak dengan beberapa ketol jenama coklat yang ada. Korang jangan risau sebab semua coklat import kat situ ada status halal yang telah disahkan. Apa lagi, beli la banyak-banyak ya.




Paling best sekali sebab coklat kat sini semuanya bila dikeluarkan dari peti sejuk, bole terus dimakan, tak perlu tunggu lama atau lembek sikit baru bole makan macam sesetengah coklat yang ada dijual sekarang ni.

Korang mesti datang ke Muzium Coklat ni sebab korang akan dapat pengetahuan luas berkenaan coklat, pengalaman melihat sendiri cara pembuatan coklat dan yang penting korang enjoy bershopping sakan pelbagai coklat kat sini.




Ok la, ni ja yang dapat aku share. Jumpa lagi korang. Daaa....!


Susu mana pilihan kalbu...huhu

















Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai