Sebut pasal jemputan kawin, lupa nak selit citer perjumpaan rakan kolej di hari persandingan anak salah sorang kawan seperjuangan dalam menuntut ilmu nun jauh di utara.
Walau pun pada awalnya tak pasti bole join atau tidak, tapi dalam hati tetap nak pergi jugak semata-mata nak jumpa kekawan kolej.
Perkahwinan puteri sulung En Yusri
Kuala Selangor
Kami berjanji untuk bertemu di salah sebuah rumah sahabat yang menetap di Shah Alam. Sempat dihidangkan dengan nasi dagang dan laksa johor sebagai sarapan pagi aka masih di bulan raya. Sedap sangat, tq kak Ga.
Bila sahabat baik sorang lagi dah sampai, maka kitaorang pun gerak berkonvoi dua kereta. Tapi sebelum keluar rumah tu sempat la berwefie kejap. Huhu...
Perjalanan ambil masa hampir satu jam. Perut dah keroncong, tekak dah haus sebab cuaca panas terik. Jalan ke area rumah tu plak bengkang bengkok dah macam roller coster. Best jugak sekali-kali kena berpusing-pusing macam tu. Hehe...
Sampai je apa lagi, rombongan Cik Kiah ni pun disambut mesra oleh mak bapak pengantin yang mana bapak pengantin tu adalah rakan kolej kitaorang yang nakal. Haha...
Seronok dapat jumpa lagi selepas dua tahun berjumpa dulu.
Suasana ramai dan padat. Makanan ala jawa disediakan. Apa lagi, bedal la jangan tunggu lama. Sambal goreng tu sedap sampai lupa nak snap gambar. Dari jauh nampak macam mee hoon je dah dekat rupanya sambal goreng jawa. Huhu...
Dah setel bergambar bagai kat situ, kitaorang decide nak balik. Tapi terbantut bila dapat call dari abang senior ni dan kitaorang join sekejap semata-mata nak bergambar.
Tak habis kat situ, sempat lagi kitaorang beraya kat rumah abang senior ni. Tq untuk abang Chon & isteri sudi menerima kunjungan kami ke teratak kalian.
Hari dah hampir petang, meh la kita balik sebab perjalanan aku masih jauh lagi. Selepas subuh gerak ke KL, lepas maghrib balik JB. Sehari perjalanan, maklum la dekat dah macam Pontian je. Muahahaha...
Sebelum tu sempat lagi singgah kat seksyen 7 nak cari cendol durian dan makanan. Alhamdulilah dapat jugak akhirnya.
Perut dah kenyang, apa lagi, moh la kita berangkat balik ke Johor.
Semuga jumpa lagi kekawan sejatiku. Sayang korang ketat-ketat. Muah sket...!
Miss uolls...!!!