Lagi satu tempat yang aku selalu ke hulu kehilir tapi tak pernah nak singgah, mana lagi kalau bukan Planetarium Melaka. Padahal duk dekat benor dengan rumah Pak Mydin...
Kalau dah dasar kaki shopping memang tak nampak la tempat kaki belajar. Poyo sangat statement nih haha...
Planetarium Melaka
Hang Tuah Jaya
Kompleks Mitc
75450 Ayer Keroh
Melaka
Setiap hari 9 pagi - 5 petang
Tel: : +60 6-232 2122
Planetarium Melaka ni betol-betol terletak kat tengah-tengah roundabout MITC Melaka tu. Terkial-kial jugak cari jalan masuk sebab banyak sangat lorong tapi info tak da. So redah ja la belah mana nampak banyak kereta.
Lawa sangat deko ala-ala pintu gerbang nak masuk ke Planetarium Melaka ni. Macam gah je gitew...
Cuba korang tengok anak tangga tu? Agak-agak korang berpeluh tak nak mendaki tu? Ko rasa...?
Bayaran masuk masa tu dikurangkan sebab tak da teater dijalankan. Rosak dan sedang dibaiki serta penambahbaikan moden sedang dijalankan katanyer.
Mula masuk tu seram jugak sebab tak da orang. Kami bertiga ja yang ada. Tapi bila dah lama kat situ rasa seronok pulak. Pasal apa aku cakap seronok?
Bila dah masuk kat situ, secara tak langsung atau tak atau tak nak korang kena hadap apa yang dipamirkan kat situ. Bila korang dah baca, akan datang lah minat pada apa yang dibaca tu.
Masa sekolah dulu aku minat jugak ilmu Sains ni tapi disebabkan banyak main dalam kelas jadi macam ni la aku sekarang. Cita-cita ke laut. Apa pun bersyukur tetap jadi orang yang berilmu dan berjaya sekarang.
Terimakasih pada kedua arwah orang tua ku kerana menyekolahkan aku dan memberi pelajaran untuk bekalan masa hadapan. Al-fatihah untuk keduanya. Amin...
Senang citer kat sini paling sesuai bawak kanak-kanak sebab kebanyakan info kat sini agak basic. Tapi macam aku cakap tadi la, korang yang dah tua bangka ni pun akan rasa seronok kalau dah masuk sini.
Korang akan rasa teruja nak tau tiap citer yang dipaparkan kat situ berdasarkan gambar dan objek yang disertakan sekali. Sure menarik. Tak caya, korang pergi la.
Macam-macam info korang boleh dapat kat sini antaranya mengenai planet, bintang, galaksi dan angkasa lepas. Pada siapa yang minat sains lagi akan rasa seronok sebab enjoy baca sejarah dan mencuba peralatan yang ada kat situ.
Tempat yang aku paling suka sekali adalah info berkenaan angkasawan dan roket pertama.
Tak lupa jugak gambar deretan planet yang comel dan pelbagai bentuk. Dulu aku cukup suka planet zuhal sebab lawa, ada gelung keliling planet tu...haha.
Paaaling best sekali sebab dapat jumpa dengan angkasawan pertama kita iaitu Dr Sheikh Muzaffar. Siap pegang dagu lagi beb. Tapi berposing dengan gambar dia ja la. Hehe...
Nak beli cenderahati pun ada. Macam-macam dan aneka cenderahati bole korang dapat kat situ. Murah je.
Ok la ni je nak citer pasal Planetarium Melaka ni. Aku rekomen korang datang sini sebab banyak benda yang boleh korang dapat pelajari dan hayati.
Jumpa lagi di Planetaium Kuala Lumpur nanti. chow dulu...bye !!!