/**/

Pages

Subscribe Twitter

Enjoy Rakaman B'Frenz TV Alhijrah


Pengalaman manis...


Nak share sket kali ni pengalaman manis sepanjang hidup bila dapat buat rakaman di TV AlHijrah pada bulan puasa yang lepas. Belum lagi basi ya sebab masih dalam tahun yang sama lagi ni. Hehe...


AL HIJRAH MEDIA CORPORATION
Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur
(berhadapan dengan Masjid Negara)

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 6.00pm)

Tel: +603-2260 1600
Fax: +603-2260 1566





Sebagai Super Stokis Negeri Johor, aku diberi kesempatan oleh pihak HQ MHAMSB untuk sama-sama terlibat dalam mempromosikan beberapa produk keluaran syarikat.

Pada awalnya kami diundang untuk slot Assalamualaikum di TV AlHijrah tapi kami terpaksa menolaknya memandangkan tarikh diberi adalah sehari sebelum hari raya puasa yang lepas.




Tak lama lepas tu CEO syarikat mempelawa aku untuk turut serta bersamanya menghadiri rakaman Bfrenz untuk slot TV AlHijrah jugak. Aku memberi persetujuan dan bergerak ke Kuala Lumpur pada hari yang ditetapkan.




Aku tiba dulu dari CEO sebab kenderaan yang dinaiki beliau mengalami kerosakan tayar. Sementara menunggu, sempat jugak la aku membelek semula info yang ada di setiap produk terutama pada produk yang aku nak sampaikan.

Bila CEO dan suami sampai je, kami bersama-sama naik ke bangunan AlHijrah dan menuju ke bilik rakaman. Boleh tahan besar jugak bilik rakaman ni. Terdapat beberapa bilik lagi untuk berehat sementara menunggu giliran rakaman dijalankan.




Sebelum memulakan rakaman, kami diarahkan ke bilik solekan untuk di mekap oleh jurumekap yang dikhaskan. Setel ja, kami menunggu di luar bilik rakaman sementara rakaman dari syarikat sebelumnya dijalankan.










Yang peliknya, bila diumumkan untuk masuk ke blik rakaman, aku tak rasa sikit pun perasaan berdebar atau sebagainya. Padahal dalam kepala ni kosong tak tau nak cakap apa. Terjah ja la nanti kan. Harap-harap rakaman berjalan lancar dan tak diulang berkali-kali.







Setel ja staf pasangkan mikrofon kat badan aku, mula lah kami mengorak langkah ke depan untuk memulakan acara interview produk dan sebagainya.







Rakaman dijalankan selama 10 minit sahaja. Maknanya aku mesti bercakap selaju yang boleh. Macam biasa, kalau aku ada, memang acara tak akan jadi formal bila gelak tawa menghantui ruang. Tapi keadaan masih terkawal ya. Hehe...

Mata di arahkan untuk melihat kamera dan mengikuti ke mana sahaja kamera itu digerakkan. Eh, macam berbelit plak aku citer ni kan? Apa-apa la, janji korang faham ek.

Senang citer kalau mata korang ikut kamera tu, confirm kat TV nanti mata korang macam pandang ke depan tengok penonton. Gitew kekdahnya.










Tamat je masa 10 minit tu, rakaman pun dihentikan dengan jayanya tanpa perlu di ulang. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Sesiapa yang nak tengok hasilnya bole la rujuk kat www.meedys.com sebab aku malas nak tepek kat sini.










Macam biasa acara bergambar bersama pengacara harus lah ada kan. Haaa...yang ni aku rajin tepek sekali kat sini.













Sebelum balik, sempat lah snap gambar sekitar kawasan bangunan. Nak pergi makan tak boleh sebab sedang berpuasa. Telan air liur ja la eh. Huhu...










Ok ni ja nak kongsi pengalaman menjalani rakaman BFrenz di TV AlHijrah tempohari.




Jumpa lagi sayang-sayang semua. Daaa....!!!


Soalan apakah ini...??






Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai