/**/

Pages

Subscribe Twitter

Naelofar Hijab Perfume


Spray jangan tak spray...


Dah namanya perfume kan, harus lah sesuatu yang wangi. Bila kawan dok promot, mula lah aku terjebak dengan hasutan diaorang untuk mencuba hijab perfume ni.

Harga pun mampu milik jadi tak salah nak mencuba. Jom beli...



Chic
(Floral & Romantic)

30ml

RM10.00





Ada empat haruman berbeza. Semua best dan fresh tapi harus lah yang paling best yang aku pilih. Lembut ja bauan tu sesuai dengan aku yang nampak ganas tapi dalam hati ada taman ni. Muahaha...

Kali pertama diperkenalkan dengan kawan, rasa pelik jugak. Ada eh pewangi tudung ala-ala febreeze? Adoyai ketinggalan zaman sungguh akak korang sorang ni.

Bila diaorang sembur kat tudung masing-masing, memang wangi tu melekat la. Jangan risau semburan tu tak kan nampak kat tudung plain sebab akan hilang sendiri tapi meninggalkan bau wangi ja.

Fikir jugak, nak buat apa aku beli ek? Bazir duit ja la. Kan dah spray perfume kat baju jadi kenapa plak nak sembur kat tudung lagi?. Confuse kejap aku dibuatnya.




Rupanya ada jugak yang jenis pakai tudung berkali-kali sebelum basuh. Contoh bila dah pakai tudung hari ni untuk pergi kerja, balik rumah sangkut. Next akan pakai balik walau pun belum dibasuh. Alasan tak kotor dan sekejap ja pakai.

Memang tak kotor tapi kan dah kena peluh seharian pakai. Alamak tak rasa geli ke? I is cannot u...even pakai sekejap tak kotor dan tak kena peluh pun aku akan basuh. Dah perangai semulajadi nak buat macam mana kan?

Buat yang malas basuh tu lagi la bertambah malasnya bila dah ada hijab perfume ni. Spray...spray...terus keluar rumah. Hehe...




Nak ambil hati kawan punya pasal, aku beli lah jugak sebotol. Tapi selalu lupa pakai sebab aku rasa tudung aku memang dah wangi. Bhahaha...

Aku rasa berbaloi jugak kot kalau korang nak beli hijab perfume ni sebab bau dia memang best dan fresh. Boleh letak dalam handbag sebab botol comel dan ringan.

Apa lagi, bagi yang rasa diri tu agak malas bole la grab pewangi ni cepat so bole setel masalah korang dengan pantas. #jangankecamaku.

Ok lah ni ja yang aku dapat review. Cepat dapatkan selagi stok masih ada. Semuga korang bukan sahaja nampak hebat tapi lebih wangi dari biasa bila guna spray hijab perfume ni.




Jumpa lagi. Daaa....


Faham ke idok...?

















Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai