/**/

Pages

Subscribe Twitter

Cupping Therapy Di Perfect Care Facial & Slimming Centre


Jom berbekam angin...


Meh lepak dengan aku kat Spa yang lain plak minggu ni. Kali ni aku nak ajak korang berbekam angin guna alat dan teknologi moden.

Rawatan kali ni 2 in 1. Berbekam angin dan urut satu badan. Meh folo story dari awal sampai akhir.


Perfect Care Facial & Slimming Centre
G14, jalan austin perdana 3/4
Taman austin perdana
81100 Johor Bahru
Johor

Tel: +60 7-354 0444





Aku sampai lewat setengah jam dari masa yang ditetapkan. Tapi staf kat situ okay jer maklum spa tu terceruk dan terperuk, so dia faham. Hehe...

Masuk je pintu aku rasa selesa sebab staf sambut dengan senyuman dan selepas isi apa yang perlu di borang yang diberi, aku di tanya samada nak ke toilet atau tidak. Macam tau-tau aje memang aku dok menahan shishi je dari dalam kereta tadi, kuang2...




Lepas tu aku diberi munuman, air teh bunga katanyer, dalam gelas kecik dan lepas tu diarahkan masuk ke bilik untuk bersalin pakaian dan mulakan sesi rawatan.




Aku diberi pakai panties pakai buang. Macam spa-spa biasa la, tak da beza pun. Keadaan spa pun tak berapa menarik sangat. Ops lupa sebelum tu aku diminta untuk timbang berat badan. Jeng-jeng...korang agak berapa? 65 kilo u...haha, tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya kembangkan badan.

Aku diminta berbaring meniarap dan dimulakan dengan urutan badan di bahagian belakang dan hadapan. Seperti biasa amat lah seksa nya nak meniarap. Serba tak kena, maklum la kan, yang mengerti ja akan faham. Hehe...




Aku bayangkan dia gunakan tangan rupanya dia gunakan berus besar ala-ala guasa untuk mengurut. Aduh, sakitnya badan kena sental. Ello... ko ingat badan aku ni macam papan je ke ikut sedap ko je gasak & gosok sekuat kudrat ko. Haish...

Alasannya untuk buang lemak. Ya ka...bole caya ke? Ok tak pa, teruskanlah ya amoi. Lepas dia gosok dari kaki sampai bahu mula la merah-merah badan aku sambil aku menahan sakit, kekadang meraung kecik dibuatnya. Cuba ko yang kena amoi, mesti ko nanges. Walla....

Selesai gosok di belakang badan, staf tu ambil pulak cup yang digunakan untuk bekam angin. 9 cup dari pinggang sampai bahu diletaknya. Hmmm...tahan je la ya...




Lepas tu badan aku ditutup dengan selimut selama 20 minit dan diminta berehat. Tepat 20 minit aku diminta untuk terlentang pulak dan mula la staf tu menggosok bahagian depan pulak. Selesai je rawatan tu aku dibekam lagi gunakan cup yang sama.

Kena tunggu lagi 20 minit dan badan ditutup selimut, lampu dikecilkan dan apa lagi aku pun zzzzz laaaa....yahooo....

Selepas 20 minit berlalu aku diminta bangun dan menukar pakaian dan jika hendak mandi haruslah 1 jam selepas rawatan diberikan untuk mengelakkan angin.

Tapi sepanjang rawatan memang la banyak jugak angin dari aku dan staf tu keluar. Kebetulan atau sememangnya dua-dua yang berkepala hangin. Kui-kui...




Sebelum keluar aku diminta timbang badan dan berat jadi 64.50 kilo jer. Hahaha...tak menjadi ke moi? Alasannya dia kata mungkin aku tak buat rawatan angin kat bahagian perut tu. Ok la, layan kan ja la labu...

Aku juga diberi pilihan adakah berminat untuk membuat rawatan slimmimg untuk 20 sesi berjumlah RM4888 dan kerana aku buat rawatan kat situ so dia bagi less hanya RM3888. Memang tak la aku nak buat rawatan slimming tu. Lepas tu dipaksanyan aku untuk facial dengan harga menarik RM29.90. Itu pun aku tolak. Maaf ya, muka aku ni mahal sket, certain produk jer boleh terima. Muahahaha...

Sure kecewa minah tu sebab tak dapat tackle aku kali ni....yezz !!! Tak pa, ko cuba ambil hati orang lain plak ya.




Selepas bergambar dengan staf terbabit dan berposing ala kadar di area spa tu, apa lagi aku kena melayan tekak la yang dah kebuluran ni.




Sempat lagi snap gambar dengan replika menarik depan kedai berdekatan spa tu. Wakakaka...




Nasi beryani nahi so aku ke restoran asam pedas. Maka habis la RM35 kat situ.




Ok ni ja la coretan untuk spa kali ni. Tak rekomen la tempat ni. Selain rawatan yang tak best, tempat amatlah terceruk peruk camna la nak panggil pelanggan gamaknya.




Ok jumpa lagi di lain siaran. Tata titi tutu...!


Ngerinya dengan pembekam macam nih...












Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai