/**/

Pages

Subscribe Twitter

Excited Tengok Sukan Sea 2017


Mari bersukan...


Walaupun Sukan Sea 2017 telah melabuhkan tirai nya, tapi aku tetap teguh dengan tirai blog ku ini. Masih terasa lagi bahang kemeriahan Sukan Sea yang lepas. Meh la kita tepek sikit citer tersebut kat dalam blog kenangan ni untuk bacaan di kala sunyi. Cewah bermadah berhelah plak pagi hari ni.



Sukan Sea 2017
MITEC
Kompleks Kerajaan
50480 Kuala Lumpur





Tak banyak yang dapat aku kongsikan sebab datang sini pun tanpa dirancang. Semua tempat aku memang main redah ja. Tapi setakat ni berbaloi la.

Pertama kali jejakkan kaki kat MITEC ni. Bayaran parking RM10. Waaa...mesti kaya sebab banyak kenderaan datang selama Sukan Sea berlangsung kat situ.




Sebelum tu sempat lagi cari makanan dulu sebab perut dah nyanyi lagu keroncong Mak Loyah. Kiosk kecil ja dan harga memang mahal dari biasa. Nasi Beryani Rm14 tak termasuk air.







Dah kenyang dan ada tenaga, apa lagi pergi la ke kaunter pendaftaran tanya dan tengok jadual permainan apa yang ada.




Malas nak tulis, aku snap je gambar. Senang citer. Seb baik staf tu pun sporting.




Sebelum tu nak bagitau. keluar masuk kat situ kena periksa dek Polis dulu ya, ala-ala pemeriksaan imigresen gitew. So leceh...




Tempat bertingkat dan ada hall yang ditetapkan untuk setiap acara permainan. mak ai, tinggi giler escalator tuh...tapi don wori Meed Mickey tak gayat. Hahaha...




Plan awal nak tengok gymnastic tapi malangnya tiket dah habis. Hamboi...cepat betol habis kan? Maklum acara paling win sekali abad nih...Hehe.




Acara pertama yang aku hadap adalah perlawanan hoki. Lupa plak pasukan apa. Aku enjoy tengok sebab aku memang minat hoki dan bekas pemain hoki sekolah. Gitew...eksyen sket nih, haha.







Selesai acara tu, aku hadap plak perlawanan pingpong. Ni bosan sebab aku tak berapa nak minat dan permainan sangat hambar. Tak rancak langsung. Kejap je stay sini.







Haaa...yang ni aku paling enjoyzzzz....nak tau apa? lawan pedang la apa lagi...




Serius tak berkedip mata aku tengok. Terasa macam aku plak yang bertarung kat pentas tu. Muahahaha...




Kalau ada lagi kat mana-mana acara ni aku akan tengok. Seronok wei...





Kat gelanggang bola tampar pun aku sekejap ja sebab tak berapa nak minat. Lain la kalau bola keranjang, aku bole hadap dari awal sampai akhir.







Acara boxing pun best jugak la. Bole tahan diaorang tu walau pun badan masing-masing tak berapa nak besar. Enjoy sikit ja la.







Tiada bayaran dikenakan hanya perlukan tiket masuk saja untuk tengok boxing. Yehaaaaa...




Tu ja la beberapa acara yang sempat aku tengok. Sebelum balik, sempat menyinggah kedai cenderahati dan tshirt. Mahal giler harga beb, tak kuasa nak beli.




Dapat jugak minum air milo ais percuma. Sedap plak tu. 3 cawan terus aku hirup. Haus sangat gamaknya. Huhu...







Ok, ni ja kenangan Sukan Sea 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur tempohari.




Jumpa lagi di lain entry...daaa!!!



Best jugak sukan nih...haha







Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai