/**/

Pages

Subscribe Twitter

Jari Anak Bujang Melecur


Hari kedua selepas rawatan pertama...


Korang pernah kena minyak panas atau melecur tak? Sakit ke tak sakit? Teruk ke tak teruk?

Meh nak story sket pasal panglima tengah aka anak bujang kedua aku ni yang terkena minyak panas baru-baru ni.


Poliklinik Puteri & Surgeri
Taman Sri Putri
Skudai, Johor

RM150





Tengah syok lunch dengan geng bas sekolah, anak aku whatsap katanya nak ajak aku pergi klinik petang ni sebab jari tangan dia melecur. Bila tanya teruk ke tak, dia jawab sikit ja. Ok la, petang ni kita pergi jumpa doktor kesayangan ya nakkk...!

Sampai rumah, aku tengok jari dia, mak ai, bukan sikit tu, dah kira parah dah tu. Cer korang tengok, teruk ke tak tu? Ngeri kan? Sesi soal jawab pun bermula la sebab aku dah geram. Ni bukan sikit tapi dah teruk. Adoyai la anak...

Al kisahnya dah 3 hari dia kena minyak panas tu kat tempat praktikal study dia. Bole plak dia buat tak kisah dan yang paling aku tak faham pihak pengurusan bole plak buat bodo? Kan tu kira tanggungjawab korang? Kalau tak nak bertanggungjawab, jangan ambil budak praktikal, senang citer. Betol tak korang?




Kebetulan klinik panel aku tutup hari tu. So kena pergi ke klinik panel lagi satu yang agak jauh dari rumah. Sepatutnya doktor peribadi kitaorang bertugas, tapi hari tu dia tak kerja plak sebab bercuti.

Doktor ganti tu kata, selamba ja dia bagitau, doktor awak tu dah tua so dia nak berehat buat amal ibadat lebih kat rumah dengan famili. Uwaa..gitu eh doktor? Hehe...

Tapi best jugak doktor ni. Kepochi dan lebih kurang sama ja perangai dia dengan doktor fevret aku tu. Sambil borak sambil cucuk sana cucuk sini, dah setel kerja. Mulut tak habis-habis bebelkan anak aku yang katanya sayang sangat nak simpan jari tu sampai jadi teruk macam tu. Bhahaha...

Apa lagi, doktor kata kena dressing la jari tu. Sebelum tu dia injek ubat bius biar anak aku tak rasa sakit masa dressing nanti.

Bila dah start kebas, doktor pun bersihkan la nanah yang dah ada tu sampai hilang. Giler sakit aku rasa masa doktor tu sental luka dan nanah sebab tengok anak aku berkerut walau pun dah dibius. Siap kuar darah merah banyak sangat. Haaa...pengajaran tu. Sapa suruh ko simpan lelama benda tu? Merasa la sekarang kan? Huhu...

Doktor bagi ubat untuk seminggu dan minta datang setiap hari untuk dressing dan tukar balutan. Adey, dah jadi satu kerja plak kan? Datang hadap nurse hari-hari. Muahaha...




Setel ja dressing tu, pergi kaunter ambil ubat dan dapat MC 3 hari. Dah la bayaran rawatan pada hari tu beratus ringgit sebab dah lebih dari had ofis cover bayaran. Ni bila hari-hari dressing, kena bayar RM25 - RM35 sekali dressing.

Nak habaq jugak ni, aku dapat tau dari klinik, pihak pengurusan praktikal anak aku siap call klinik tu tanya betol ka anak aku dapat MC dan sakit apa? OMG...nak ja aku sound balik diaorang tu, dah la tak bertanggunjawab atas student, lagi nak soal siasat kesahihan MC yang di bagi Doktor. Ko ingat anak aku ni suka-suka ponteng ke?

Kalau tak kerana kebagusan dia duk hadap tanggungjawab dia as student kat tempat ko, dan tak nak ambil MC, tak kan benda ni jadi teruk macam ni. Kalau ko kena baru ko tau rasanya sakit ke tidak.

Ofis aku pun ada ambil student praktikal, tapi tak lah sezalim tempat korang. Student kat sini kitaorang layan macam anak sendiri. Jaga kebajikan diaorang baik-baik. Aku pun baru dapat tau dari sorang staf kat sana, pihak pengurusan kat situ tak bagus sebab tu ramai student praktikal tak tahan dan berhenti separuh jalan.

Nasib baik hari ni aku good mood, kalau tak, memang aku dah bagitau dah kat mana tempat anak aku praktikal ni. Choi sangat...jangan membuli hokay...!




Alhamdulilah dah tiga hari buat rawatan, nampak dah kesannya semakin baik. Tak pa la nak, asal muka handsome, jari tak ensem, tak pa la...kihkih...!

Tips untuk melecur atau terkena minyak panas, cepat-cepat la korang lalukan atau rendam dalam air sejuk selama 5 minit atau lebih. Jangan rendam dalam ais atau air yang berais, nanti lagi teruk kesan lecur tu.

Basahkan tuala kecil dan tuam atas lecur tu untuk elakkan lepuhan tu pecah. Balut longgar-longgar dan kalau dah ok esoknya bole la cari aloe vera untuk hilangkan kesan lecur tadi.

Ada jugak yang kata bole guna telur, tepung, serbuk kopi, kapur sirih, ubat gigi dan sebagainya. Tapi aku tak sarankan sebab risau akan jadi lebih teruk dan memudaratkan.

Aku dah cuba guna minyak asmak bila melecur, alhamdulilah baik cepat dan tak melepuh. So apa lagi, dapatkan segera minyak asmak dari aku untuk simpanan kat rumah korang. Gitew sempat promosi uolls...!

Sekian untuk kali ni. Kalau korang ada info atau petua untuk baikkan melecur ni meh la share kat sini untuk tatapan semua pembaca yang lain.




Tata titi tutu...!


Sila guna topeng bila memasak...hehe






























Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai