Aku saja-saja jer nak join class zumba ni. Bukan Zombie eh...hehe. Nak merasa penat ke idok. Asyik bersenam je boring la.
Senaman menari ni mengambil masa selama 1 jam tanpa henti. Mengah jangan cakap la. Huhu...
Peace Studio
113B, Jalan Sutera Tanjung 8/2
Taman Sutera Utama
81300 Skudai, Johor
masa: 8 malam - 9 malam
Tel: +60 7-554 9478
Sampai ja aku daftar dan bayar RM15 (untuk percubaan). Kos sebenar RM600 - RM800 sebulan . Nak jugak merasa berzumba ni macam mana kan? Ok meh folo story aku ni sampai habis.
Sampai je kat studio tu aku tengok semua nya bangsa Cina, tak ada pun Melayu, aku sorang jer. Semua perempuan dan ada sorang ja lelaki. Semua pakai pakaian ketat-ketat. Mak aii malu ja rasa.
Aku pakai tshirt besar dan seluar sukan, yang lain semua pakai legging je. Hmmm...nampaknya lepas ni aku kena ber legging jugak la. Hoho...
Ada yang muda, ada yang tua, semua bercampur sekali. Memang gempak la situasi kat situ sebab semuanya bising bercakap sesama diaorang. Muzik pun kuat sampai nak bercakap pun kena menjerit. Aiyooo...
Aku ja terkulat-kulat sorang. Tapi macam biasa, aku dah dapat kawan kat situ coz akak korang ni is peramah. Cia...cia...
Bila start ja muzik, tanpa panaskan badan aku terus ikut menari. Mak aii rancak gilos tak berhenti plak tu 1 jam. Hmm...berpeluh jugak la. Adoyai rasa beratnya nak gerakkan badan, maklum la dah berisi sangat. Kui-kui...
Silap aku tak pakai kasut yang disarankan dengan betul. Akhirnya menari rancak punya pasal, lutut aku terseliuh kerana kasut tu longgar dan tercabut. Mak ai nak nangis rasa tapi aku teruskan juga menari sebab malu nak berhenti. Menahan la rasa sakit sambil ketap-ketap bibir. Hahaha poyo kan...sanggup tuh...!
Akhirnya tamat masa 1 jam. Aku pun turun tingkat satu, tapi dalam hati rasanya tak akan join lagi kot zumba sebab terlalu penat. Kalau bersenam seni lagi best berpeluh. Mungkin aku akan cuba untuk beryoga pulak, tapi zaman bila la nak pergi. Tungguuuu ja la, ngeh-ngeh...
Macam biasa, habis ja program, apa lagi...ngap la kat Uncle Jo's restaurant pulak kan...hehe...!
Jumpa lagi sayang-sayang...muah ciked !