Welcome 2 d world..
Ello kesayangan semua...apa aktiviti korang minggu lepas? Aku dan geng bas sekolah pergi mengembara. Dari tajuk, mesti semua orang akan tertanya-tanya. Rumah Hutan? Apa tu? Haa...meh teruskan bacaan sampai habis sesi pengembaraan kitaorang.
Rumah Hutan *Bonda Rozita Ibrahim*
Lot 1972 Jalan Lama Genting
44300 Batang Kali Selangor.
LANDMARK : AIR TERJUN SG. PINANG
Setiap hari 7 pagi - 7 malam
Tel: Bole PM aku ya sebab nombor yang diberikan berbeza-beza.
Kitaorang dah plan sebulan nak ke rumah hutan ni. Awalnya empat orang akan pergi tapi last minit sorang tarik diri. Makanya tinggal kami bertiga je la pergi mengadap dan mengembara.
Pergi bertiga tapi naik kereta mak datok besar. Tak pa, kita tong-tong eh janji selesa sepanjang perjalanan. Muah ciked...
Senang citer kitaorang ni main redah je pergi ke sana sebab beberapa kali geng aku buat appointment tapi tak berbalas. Kitaorang main folo Pakcik Waze ja pergi ke sana. Jalannya sama macam nak menghala ke Genting Highland. Masing-masing plan nak lepak Genting Highland lepas setel semua tapi tengok keadaan la.
Akhirnya sampai la ke destinasi yang dituju. Bila mula masuk hutan je, aku terus cakap dengan geng, eh takut la, dah la kita datang bertiga perempuan ja tak bawak lelaki, ni masuk hutan tak nampak rumah pun sebijik, nanti apa-apa jadi, susah...jom balik. Haha tu ayat penakut aku keluar dari mulut sampai kena marah dengan geng. Dasar penakut macam ni la...buwek...!
Dah la penakut, tak suka pakai seat belt, ha jawab la terlentang terlungkup aku kat seat belakang bila geng aku brek. Rasakan, tak mo pakai tali pinggang sangat kan?. Tapi sudahnya terbahak-bahak memasing ketawa. Lucu plak bila ingat semula.
Akhirnya di penghujung puncak, nampak la sebuah rumah. Belek punya belek, ok betol ni rumahnya sama macam kat IG Rozita. Yang sengalnya kitaorang ni nak jugak drive kereta sampai depan rumah walau pun ada tertulis parking area kat bawah bukit. Korang bayangkan Vellfire masuk hutan, tak ke jenuh kereta tu nak gerak. Dah la kereta baru, sayangnya...len kali kita bawak Hilux eh, baru adventure sket. Hehe...
Apa lagi, terpaksa drive kereta turun semula dan parking bawah bukit. Mula lah sesi mendaki. Adoi tolong, penat wei...mengahnya warga emas ni nak mendaki. Hahaha...
Ada dua jalan sebenarnya tapi kitaorang tersilap pilih jalan yang belum bertar. Jalan yang dah bertar plak menjunam ke bawah macam gambar ni. Scary u...
Bila dah sampai je, staf bertugas kata, laaa...napa tak bagitau. Biasanya bila dah sampai, call diaorang, nanti ada staf yang akan ambil guna 4 wheels drive atau kereta lain diaorang bawa naik sampai depan pintu rumah. Patut la nampak kereta banyak parking kat bawah tadi. Huhu...
Dek kerana kitaorang tak buat proper appointment dan kerana staf kesian kot sebab datang dari jauh, makanya giliran untuk mengurut pada jam 5 atau 6 petang. Adey, lama giler wei nak tunggu. Perut dah keroncong mak loyah.
Sorang staf kata, bole makan hidangan yang di sediakan. Tukang masak Indonesia yang masak dan sediakan. Syaratnya sorang urut, dua orang dapat makan. Dua orang urut, empat orang dapat makan.
Ada lagi sorang staf kata, siapa nak makan bole tapi dikenakan bayaran. Tak tau mana satu betol. Len kali letak arahan kat situ ya senang dirujuk. Confius ahkak-ahkak gojes ni.
Ada jugak makanan lain dijual kat situ. Nak minta tolong staf masakkan maggi pun bole. Hulur ja wangnya gerenti siap semuanya tinggal ngap je. Telur itik pun hadooo. Jangan tak tau...
Nak beli produk JRM pun ada kat situ. Harga lebih murah sket dari harga biasa.
Dek kerana kitaorang ada bawak bekalan, kitaorang makan bekalan sendiri ja. Apa lagi kalau bukan jajanan. Habis semuanya. Roti, buah-buahan, kerepek semua habis dibelasah. Nak ronda GPO kat Genting malas, so lepak la kat situ sampai petang.
Tetiba mata terpaku kat satu sudut. Sila baca arahan keras ni ya. Ngeh-ngeh...
Sementara tunggu, kitaorang meronda naik ke tingkat atas untuk skodeng. Apa lagi berfoto sakan la. Mak ai lawa giler ukiran rumah ni. Nampak tegap, mahal dan berseni. Semuanya custom made. Walla...
Setel bahagian atas, skodeng plak bahagian belakang dan dapur rumah hutan ni. Cantik pemandangan keliling rumah dilitupi kehijauan daun. Nyaman rasa...
Bonda Rozita datang ke rumah hutan tu pada hari Sabtu dan Ahad ja. Kalau korang nak jumpa, buatlah appoinment hari tu kot la ada nasib bole jumpa Bonda. Kali ni jumpa Bonda Meed ja eh...hehe.
Ada tiga tukang urut perempuan (Mak Siti, Buk Terami dan Buk Ainun) dan dua tukang urut lelaki (Tok Ayah dan Pak Amin). Korang boleh pilih mana yang korang nak. Kalau separuh badan macam bahu atau kaki (lebih pada saraf), tukang urut lelaki yang buat tapi mesti ditemani orang lain. Pakej seperti dibawah:
*TUKANG URUT Mak Siti, Buk Terami, Buk Ainun*
*PAKEJ A - RM250*
-15min Rendam Kaki Garam Flakes
-15min Sauna Herba
-1jam 30min Urutan Wanita (fullbody)
*PAKEJ B - RM150*
-15 min Rendam Kaki Garam Flakes
-1 jam Urutan wanita (fullbody)
*TUKANG URUT TOK AYAH*
*PAKEJ A - RM250*
-15min Rendam Kaki Garam Flakes
-15min Sauna Herba
-1jam 30min Urut cari Urat (fullbody)
*PAKEJ B - RM150*
-15 min Rendam Kaki Garam Flakes
-1 jam Urut cari urat (fullbody)
*PAKEJ KANAK-KANAK (TOK AYAH) - BAWAH 10 TAHUN
30MIN URUT RM40
PAKEJ - KHAS RAWAT BATIN SAHAJA - RM70 (30MIN)*
- 10min Rendam Kaki Garam Flakes
- Urutan khas Batin Lelaki ( 15-20min )
*Urutan pada point2 urat saraf kaki & pengkal peha* - TAK URUT FULLBODY
Nak urut FULLBODY, ADD ON :
+ 1 JAM BERURUT RM130
+ 1 JAM 30MIN BERURUT RM180
*PAKEJ A -SELAIN DARI MASALAH BATIN *Seperti yg dinyatakan diatas* - RM250*
- 15min Rendam kaki Garam Flakes
- 15min Sauna Herba
- 1jam 30min Urut cari Urat (FULLBODY)
*PAKEJ B -SELAIN DARI MASALAH BATIN *Seperti yg dinyatakan diatas* - RM150*
- 15min Rendam Kaki Garam Flakes
-1 jam Urut cari urat (FULLBODY)
*PAKEJ KANAK - KANAK*
10 TAHUN KEATAS & 18TAHUN KEBAWAH -
- 30MIN URUT RM50 -
*HARGA PAKEJ DIATAS TERMASUK :*
🔷 1X MAKAN (*Makanan disediakan PERCUMA bagi yang mengambil mana-mana pakej urutan SAHAJA)
🔷 PENGANGKUTAN /DRIVER (Jemput & hantar dari bawah bukit Rumah Hutan Bonda) - NO CHARGES
Aku ambil pakej B dan diurut oleh Buk Ainun. Geng lagi sorang pun Buk Ainun. Geng lagi sorang Buk Terami. Aku nyakat panggil dia Buk Jerami. Muahahaha...
Bagi aku urutan biasa ja sebab aku dah biasa berurut. Cuma caranya ada sikit beza terutama di akhir urutan. Aku tak mo share kat sini sebab sensored. Nak tau, korang pergi la rasa sendiri. Awesome...
Walaupun disediakan kain batik, tapi untuk yang tak biasa berkongsi dan tak selesa guna kain orang lain, baik lah bawak sendiri. Korang bawak lah kain batik untuk berkemban waktu mengurut, towel kecik untuk alas bantal dan kain untuk alas tilam. Kalau korang malas bawak, guna ja la apa yang dah disediakan. Jangan banyak songel.
Air rendaman kaki akan ditukar selepas orang ke tiga gunakan. Maksudnya rendaman tu perlu dihabiskan sebanyak tiga kali penggunaaan baru ditukar air yang baru.
Aku harap lepas ni bonda dapat berikan arahan agar ditukar selepas setiap orang habis gunakan, dalam erti kata lain tak perlu berkongsi air rendaman. Faham-faham ja la ayat aku ni kan.
Aku tak ambil rendaman kaki ni jadi aku hanya perlu bayar RM130 ja.
Tiap sorang tukang urut disediakan sebiji rumah untuk mengurut. Ikut citernya nanti rumah mengurut sekarang ni akan dijadikan chalet kalau pusat mengurut sebetolnya dah siap dibina.
Bagi yang tinggal jauh boleh lah lepak situ kalau nak buat rawatan hari berikutnya. Jimat masa dan tenaga tak yah kuar masuk jauh-jauh. Siapa suka kedamaian bole la lepak kat situ berhari-hari.
Kami mula berurut sekitar jam 6 petang. Kena berjalan ke rumah yang disediakan kat bawah bukit tu untuk menuju ke rumah tukang urut masing-masing yang telah ditetapkan oleh staf yang bertugas. Bayaran dikenakan selepas urutan selesai.
Kitaorang habis berurut jam 8 malam. Setel ja naik semula ke rumah dan jumpa staf untuk buat bayaran. Aduhduh mendaki lagi gamaknya.
Korang bole buat tempahan seterusnya jika berminat nak teruskan rawatan. Kitaorang booking untuk next month. Kali ni plan bawak hilux plak. Huhu...
Masa nak turun bukit tu minta tolong staf untuk bawak kitaorang ke kereta. Ada sebiji kereta tersangkut kat tepi jalan sebab gelap dan lorong tu sempit. Terpaksa driver dan staf tu tarik guna tali. Kitaorang tak tolong sebab nak balik cepat dan tempat gelap.
Perjalanan ke Kuala Lumpur ambil masa 45 minit. Terus check in hotel dan cari makan area Kg Baru. Lepas tu balik hotel semula dengan muka masing-masing dah kepenatan. Jom tido awal esok pagi nak ke misi seterusnya, apa lagi kalau bukan bershopping perabis duit katanyer. Yeyyy....
Ok ni ja dapat share untuk kali ni. Harap info di atas dapat membantu korang seadanya. Apa pun minggu ni minggu paling best sebab dapat berjimba ria dengan kawan sekolah rendah dan menengah. Hepi dan non stop pot pet pot pet dari pergi sampai balik. Yuhuu...
Jumpa lagi kekawan. Daaa....!
Hambik koooo...scary