/**/

Pages

Subscribe Twitter

Rambut Licin Dan Lembut Dengan Aura Hijab Shampoo


Licin dan lembut...


Sapa kat sini ada masalah berkaitan rambut? Tak kira la dari segi penjagaan, rawatan dan sebagainya. Kalau ada, meh baca sharing aku pasal satu produk penjagaan rambut ni. Maklum lah kan, rambut itu mahkota wanita. Eh...betol tak aku cakap ni? Jangan pusing lain eh...hehe.



Aura Hijab
Shampoo & Conditioner With Perfume

RM99.90 (200ml)





Sebenarnya aku tak da masalah berkenaan rambut ni. Tapi dek kerana hasutan di facebook dan instagram, aku terpanggil untuk mencuba produk ni. Tak lain tak bukan produk shampoo Aura Hijab. Lagi la bila tengok iklan yang retis-retis ni kata bau wangi dan tahan lama, lagi la aku terpanggil nak mencuba. Dah addict beli barang online gamaknya aku ni. Muahahaha...




Bila dapat ja shampoo ni, terus aku cium bau. Hmmm...camna nak cakap ek? Bau buah pun ada, bau bunga pun ada. Ada macam bau perfume Flash Jimmy Choo. Tak kisah lah bau apa pun, yang penting wangi. Tak sabar rasanya nak guna nak tengok betol ke bau wangi tu tahan lama?




Bila guna, tak da la wangi sangat yang macam artis kata berjam-jam tu bau wangi tu tak hilang. Bau tu sekejap ja masa kita guna waktu tu. Mungkin sebelum ni aku pernah guna shampoo yang lebih wangi dari ni sebab tu aku rasa shampoo ni biasa ja. Atau diaorang tu pakai dalam kuantiti yang banyak kot sebab tu wangi berjam-jam. Hehe...




Apa yang aku nak share kat sini setelah 2 minggu aku gunakan shampoo ni adalah...jeng...jeng...jeng...nak tau tak? Kalau nak tau, kena cuba sendriri la. Haha...

Pertama sekali dan yang buat aku suka tentang shampoo Aura Hijab ni adalah botol dia yang comel dan ringan. Senang nak bawak ke mana ja. Tak yah la korang bersenget bahu nak letak dalam bag travel nanti.

Kedua adalah bau dia yang seakan membangkitkan rasa segar untuk seketika dan rasa tak sabar nak guna shampoo ni sebab satu bilik air bole lekat bauan shampoo ni.

Ketiga sebab gunakan kuantiti yang sikit ja dah boleh menghasilkan buih yang banyak. Bukan macam sesetengah shampoo yang perlu gunakan kuantiti yang banyak kalau korang nak bermandikan buih di kepala.

Keempat memudahkan kerja sebab Aura Hijab ni 3 in 1. Shampoo, conditioner dan vitamin rambut. Sesuai la dengan aku yang memang malas nak guna conditioner. Memang dari dulu pun aku tak guna conditioner sebab aku tak da masalah rambut kusut atau berbau atau sebagainya.

Kelima yang aku perasan rambut aku dah sedikit tebal dari biasa sebab bila bertoncet tu selalunya kena buat tiga lilitan getah tapi kali ni dua lilitan je dah ok. Ajaib sungguh...walla. Siapa yang ada masalah rambut gugur aku sarankan guna lah shampoo Aura Hijab ni.

Keenam rambut terasa lembut, lurus dan licin. Selain senang di dandan, rambut tu tak kusut dan tak mengerbang bila dah kering. Dek kerana kelicinan rambut tu, aku terpaksa tukar pengikat rambut yang lain untuk toncet. Bila berjalan, rasa terbuai-buai lembut je rambut ni.




Tips dan sharing untuk korang kalau nak ikut cara aku jaga rambut. Biasanya aku akan shampoo rambut sehari sekali. Kebiasaannya aku bershampoo bila mandi petang. Sebab malam kita tak kemana-mana dan ianya akan kering secara semulajadi.

Sekiranya perlu shampoo di pagi hari, aku akan make sure rambut kering dulu baru ditoncet dan pakai tudung. Kalau nak cepat aku guna hair dryer. Tak pernah aku biarkan rambut basah diikat dan dikepam dalam tudung.

Jangan beralasan tak sempat atau sebagainya. Rambut sendiri, sendiri jaga la kan. Bila dah terbela, tak perlu kuarkan banyak belanja untuk ke salon semata-mata nak buat rawatan rambut yang asalnya jadi macam tu sebab diri sendiri yang malas nak jaga. Sudahnya salahkan produk atau sebagainya. Tak semua la macam ni hanya segelintir ja la kan..#jangankecamaku.




Ok la, cukup ni ja la yang dapat aku kongsikan buat masa ni. Beli Aura Hijab ni pun sebab terjebak dengan hasutan media sosial. Tapi alhamdulilah tak sia-sia sebab produk shampoo Aura Hijab ni memang best. Harga berbaloi dan setanding dengan kualiti yang diberikan.

Apa lagi korang, laju-laju la beli Aura Hijab ni. Atau korang nak aku belikan pun bole jugak. PM je aku eh. Semua beres. Hehe...




Jumpa lagi di lain siaran. Jaga dan belailah mahkota wanita, lambang keunikan dan kewanitaan serikandi sejati dengan sebaiknya. Gitew...!


Win...






























Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai