/**/
Subscribe Twitter

Minggu Klinik - Cek Darah Dan ECG


Cer teka apa yang jadik...?


Motif gambar? Boleh agak tak apa yang aku nak sampaikan kali ni?.

Haaa...korang nak tau tak, minggu ni minggu melawat klinik gamaknya. Nak diet punya pasal, gastrik datang menyerang. Belum setel gastrik, alergic plak datang. Hai la nasib...!



Klinik UTM
Skudai, Johor

Setiap hari 8 pagi - 5 petang (kecuali kecemasan dibuka malam)

Tel: 07-5530999





Gara-gara nak turun berat badan, gasak la baham lemon tiap hari. Tak cukup dengan lemon biasa, aku pegi hadapnya minum serbuk lemon yang aku beli online. Lepas seminggu perut pedih, dada berat, bila tarik nafas je rasa sakit.

Terfikir, alamak ada kaitan dengan jantung ke ni? Apa pun aku pergi dulu klinik dan dari cerita aku tu, doktor rasa aku gastrik bukan jantung.




Bila makan ubat klinik dalam seminggu pun tak baik lagi. Pergi lagi klinik yang sama, doktor tu kata kalau nak lebih detail buat lah ECG untuk cek jantung. Tapi dia berfirasat memang aku gastrik.

Aku tak tunggu lama, esoknya terus ke klinik UTM untuk buat ECG dan sekaligus cek darah untuk kencing manis dan kolesterol.




Alhamdulilah, ECG aku cantik dan tiada masalah jantung. Tiada kencing manis, tiada darah tinggi cuma yang tak sedapnya, kolesterol ja tinggi sikit.

Doktor bagi ubat cair darah dan jugak ubat kolesterol. Still aku tak makan sebab risau lagi.






Pergi balik jumpa doktor klinik. Bila dia tengok result dia kata ok jantung awak sihat, comel. Alhamdulilah syukur. Hehe sempat buat lawak ya doktor.

Tapi dia tak benarkan aku makan ubat kolesterol tu dulu sebab tak elok untuk jangkamasa panjang. Ikut bacaan tu still border katanya.

Dia minta aku berusaha turunkan sendiri dengan bersenam dan jaga pemakanan. Lepas enam bulan datang jumpa dia lagi.

Dia berkeras kata aku memang gastrik dan suruh aku habiskan ubat yang dia bagi dan jaga pemakanan. Kalau tak baik jugak dalam seminggu, dia suruh aku buat scope. Dari citernya menakutkan hati ja. Owh tidak...Baik lah doktor akan saya folo jaga makan ya. Hee...




Nak dijadikan citer, kononnya dek tak nak makan ubat klinik, aku cuba la ikut petua kat facebook cara untuk turunkan kolesterol. Letak daun kari 3 helai dalam air teh panas dan minum. Hasilnya lepas dua hari aku minum, tekak perit, susah nak telan dan suara serak serta sakit tekak.

Jumpa lagi doktor dan diberi ubat sakit tekak dan sebagainya. Adey brapa banyak ubat daaaa aku kena hadap ni?




Nak dijadikan citer lagi, lepas sejam aku telan ubat sakit tekak tu, mata aku rasa pedih dan gatal. Oh tidak, alergic ubat plak melanda. Apa lagi jam 2 pagi ke klinik untuk ubat mata bengkak.




Jam 4 pagi semakin bengkak dan perit. Adoyai tak tido semalaman sebab risau tak bole buka mata esok sebab melekit.




Esoknya aku jumpa semula doktor yang bagi ubat tu. Dia kata ubat yang dia bagi aku tu tak da bahan alergic untuk aku sebab dia dah maklum. So sekarang nampaknya dah 3 benda alergic yang aku tak bole telan kalau dalam ubat tu ada bahan nsaid, methycobalt dan naproxen. Uwaaaa...help me...!

Korang mesti beringat tau, siapa yang ada alahan ubat doktor kena maklumkan sebab doktor pernah nyatakan bahaya tentang ubat alahan ni. Macam-macam alahan ikut individu. Ada yang bengkak mata, bengkak muka, sesak nafas dan bole mengakibatkan kematian. Beware uolls...!




Alhamdulilah aku dah semakin pulih. Sehari ja azab. Dapat MC. Sekarang muka pun dah comel seperti sedia kala dan bole makan dengan gembira. Hehe...




Itu ja la nak habaq citer aku ulang alik ke klinik minggu ni. Sekarang memang dah serik, dah mula bersenam dan bersukan semula serta jaga pemakanan. Doakan aku kuat dan taat dalam berpantang ni. Amin...!


Makanan ke minuman nih? Ngeh-ngeh...



















Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak