/**/

Pages

Subscribe Twitter

Dinner Di Contena Concept, Cafe Cabin, Johor Bahru


Rekomen Cafe nih...


Sekarang ni pelbagai tempat makan muncul. Beraneka gaya dan tempat makan ada. Ala hipster katanyer. Cafe itu, cafe ini, semuanya wujud macam cendawan tumbuh. Tak tahu nak pilih mana satu.



Contena Concept , Cafe Cabin
112, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad
80250 Johor Bahru, Johor

Setiap hari 5 petang - 2 pagi

Tel: +60 12-796 2239






Kali ni aku nak ajak korang skodeng tempat ni. Best jugak la cafe ni. Ada dua tingkat, so korang pilih lah nak makan kat tingkat atas atau bawah. Tingkat atas ada disediakan bilik berhawa dingin dan biasanya tempat ni di book dulu. Kalau tak jenuh nak menunggu.

Tapi nasib aku baik masa tu aku datang tak perlu book, terus bole masuk. Alhamdulilah.




Sapa yang rasa nak gunting rambut, bole la kat sini sebab ada disediakan kedai menggunting rambut. Sementara tunggu makanan sampai, dah bole siap rambut korang dikerat-kerat. Muahaha...




Bahagian bawah merupakan dapur dan tempat bayaran. Senang citer nak lebih selesa lebih baik korang naik tingkat atas sebab lebih santai dan rasa tenang sket.










Kawasan kemas dan bersih. Aku suka pergi tempat makan yang tak da sekor pun lalat. Kalau tak, jenuh nak makan sambil melibas lalat. Spoil dan potong stim makan ja. Haish...




Pelbagai menu ada kat sini. Western pun sedap. Murah dan banyak plak tu makanan dihidangkan dalam pinggan. Tak macam separuh restoran yang harga mahal tapi isi ciput. Rasa masakan pun sedap. Air pun bole dipuji sedap. Memang rekomen la korang datang makan kat sini.







Aku makan tak hengat masa kat sini sebab sedap lagi pun murah. Semua benda nak rasa. Sudahnya tapau bawak balik. Kihkih...










Kalau korang nak buat sambutan birthday atau sebagainya bole la tempah bilik berhawa dingin ni. Tak rugi la sebab bayaran murah dan berbaloi dengan servis yang korang akan dapat.







Staf pun semua cekap dan pantas. Hidangan tiba tepat pada waktu. Thumb up untuk staf dan owner.




Cumanya tempat parking je terhad. Berpusing jugak nak cari parking sesuai sebab berdekatan dengan jalanraya dan traffic light. Korang bole bayangkan la camna dia punya sibuk tu? Kalau orang yang baru belajar memandu memang susah la lagi la bab parking memang kena terer baru bole datang sini.




Ok la ni ja yang aku nak share kali ni. Cuba makan kat sini tau sebab harga berbaloi dengan servis dan mutu makanan yang akan korang dapat. Tata titi tutu...!


Concept apa nih...hehe









Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai