/**/

Pages

Subscribe Twitter

Kemeriahan Festival Filem Malaysia 29 Di PWTC


I AM MEED...


Holla...baru ada masa nak setel citer ni. Apa lagi, kalau bukan majlis grand kat PWTC yang lepas. Sambil tu bole la layan gambar semua artis yang hadir ke Festival Filem Malaysia 29 hari tu. Stay tuned...!



Putra World Trade Centre (PWTC) 
41, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur
50480 Kuala Lumpur

Setiap hari 7.30 malam - 12 malam

Tel: +60 3-2614 6999





Kali ni aku diundang sebagai wakil dari pihak MHAM yang merupakan salah seorang penaja program FFM29 tahun ni. Aku hadir bersam CEO syarikat dan beberapa ahli yang lain.







Tak lupa jugak kali ni aku bawa anak sulong dan kakak serta abang ipar sekali untuk turut sama meriahkan majlis yang berprestij ni. Gitew...




Macam biasa, sesi karpet merah dimulakan selepas maghrib. Sementara menunggu ahli lain sampai, sempatlah aku mengabadikan beberapa keping gambar bersama artis yang tiba awal. Artis pertama untuk kenangan bergambar kali ni adalah Fizo, my fevret retis. Walla...




Tak lupa jugak, aku pun join sekali lalu karpet merah dan abadikan beberapa keping gambar berposing atas pentas. Dah jangkit jadi artis jugak katanyer...Huhu !







Setel karpet merah, aku bergegas masuk ke dewan sebab acara akan dimulakan. Kali ni Zizan jadi pengacara. Kalau Nabil yang dipilih, mesti lagi meletop kebaboms...! Acara rasmi pun bole jadi tak rasmi kalau Nabil yang handle.




Dewan kurang penuh nak dibandingkan dengan tahun lepas. Macam biasa, akan ada sorak menyorak berlaku yang mana biasanya fans artis tu sendiri. Yang aku tak faham kenapa la suara perempuan, bertudung plak tu, terjerit-jerit, sampaikan beberapa penonton geleng kepala tengok gelagat diaorang tu. Haish memalukan sungguh !.




Nak bercakap pun tak selesa sebab sistem bunyi yang kuat. Selama 3 jam duk terperap dalam tu menahan kebingitan sistem.







Meh aku share sikit filem apa yang menang dan sebagainya. Pelakon pemenang yang lain semua sure korang dah tau kan?.

Adiwira mendahului carta dan mengalahkan pesaingnya iaitu Redha, Interchange, Hanyut dan Desolasi.

Filem Abang Long Fadil 2 pulak merangkul Anugerah Box Office dengan jumlah kutipan sebanyak 17.3 juta. Wow...!




Aku suka tengok artis penyampai hadiah yang mana rata-rata memakai baju yang sangat cantik. Tak lupa juga ada beberapa artis yang memang berlagak DIVA dan macam orang lupa diri.

Maaf cakap la ya, jangan korang ingat korang dah jadi artis, korang bole rasa diri korang tu dah bagus sangat. Tanpa peminat, korang tak kan ke mana. Biasanya artis wanita la yang terlebih over ni.

Ada yang layan peminat dengan muka masam mencuka, nak bajet diri tu bagus sangat. Kalau ya pun korang rasa letih atau geram dengan boyfren atau apa pun, sila lah maniskan muka tu depan peminat dan jangan nak eksyen sangat. kalau rasa malas nak layan, jangan jadi artis. Senang citer...




Ada juga yang berlagak macam bagus, bila peminat nak bergambar, of course la diaorang kena himpit, berebut dan terpegang. Tak perlu ko menjerit kat situ dengan suara yang kuat sambil cakap jangan tarik-tarik ok.

Hmmm...ni la artis yang ibarat kata Nabil, korang ingat korang dah bagus sangat? Bajet suci bagai...! Haha...

Bila tengok kejadian macam tu berlaku depan mata, terus aku pun rasa menyampah dengan segelintir artis yang macam ni. Tak sesuai panggil artis tapi panggil retis sebab menggeletis. Wakakaka...

Aku dapat rasakan yang retis ni akan hilang peminat sebab ramai penonton yang menyaksikan kejadian tu dan mencebik bibir. Masak la korang lepas ni wahai retis...!

Ok lupakan kisah tu, meh folo story aku ni sampai habis.




Selesai majlis tepat jam 12 malam tu, semua penaja diminta datang ke dewan makan untuk sesi jamuan. Semua artis join makan, yang kesemuanya makan dan minum berdiri hokay...tak da double standard.

Selang 10 minit baru la lampu dipasang. Masa tu barulah rasa meriah sikit dan dapatlah tengok dan berbual dengan artis yang ada. Aku tepek sikit ja la eh gambar diaorang kat sini. Kalau banyak sangat nanti ada yang muntah hijo plak. Kih-kih...

Sesi bergambar bersama pelakon lelaki. Semua peramah dan best sangat borak...




























Sesi bergambar dengan pelakon wanita plak. Cantik baju masing-masing. Lip lap bagai...



















Majlis selesai sepenuhnya jam 1 pagi. Kesimpulannya majlis tahun ni tak semeriah majlis tahun lepas. Terimakasih jugak pada CEO MHAM, Pn Fazilah dan suami atas jemputan sebagai wakil syarikat untuk ke majlis berprestij ini.




Semuga Festival Filem Malaysia 30 nanti akan lebih meriah dari FFM29 ni. Cheeriooo.....!


Diva Lavidasss...













Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai