/**/
Subscribe Twitter

Sedapnya Kacang Pool Haji Di Larkin, Johor Bahru


Jom serbu...


Korang pernah makan roti cicah kuah kacang tak? Selalunya satay je kan kita cicah kuah kacang. Kalau belum pernah, meh ikut aku makan roti cicah kuah kacang aka kacang pool. Resepi asli dari Johor gitew...!



Kacang Pool Haji 
No. 12, Jalan Dato Jaafar
Taman Dato Onn
80350, Johor Bahru

Setiap hari 7 pagi - 12 malam

Tel: +60 13-737 7997





kalau datang Johor Bahru ni korang mesti singgah restoran popular ni tau. Mana lagi kalau bukan restoran Kacang Pool Haji milik bekas suami pelakon Wan Maimunah ni.

Aku pernah jumpa sekali ja dengan Wan Maimunah masa dia jaga salah satu cawangan kacang pool ni kat Larkin. Peramah orangnya.

Pelbagai menu ada kat restoran tu. Aku siap belasah dua menu sekali gus dek kerana kelaparan di Afrika. Teruk betol bunyinya kan? Hehe...

Cuma satu ja aku harap dapat lah perbaiki lagi kertas menu tu. Dah teruk sangat dan buruk dah kertas laminate tu.










Pertama aku telan kacang pool dan kedua aku baham mee rebus plak. Sedap wei, korang mesti cuba dua-dua hidangan ni tau.







Hidangan kacang pool ni merupakan kacang pool yang dimasak bersama daging cincang. Ada plak hiasan kat atas tu macam bawang, cili potong dan limau kasturi. Paling win sekali telur mata ala2 benjo kat atasnya.

Makan pulak dengan roti tebal yang dibakar rangup di luar tapi lembut di dalam. Walla...mak mertua lalu belakang pun ko tak sedar wei...Huhu...

Harga bergantung pada bahan yang dipilih. Harga set biasa iaitu roti dan kuah tu ja RM5. Kalau nak tambah roti lagi korang kena bayar Rm1.50 untuk sekeping roti.

Kacang pool daging lembu RM6.00. Kacang pool daging kambing RM9. Ala, makan yang set biasa pun dah rasa sedap, tak payah tambah yang mahal-mahal. Haha...





Mee rebus pun sedap jugak. Walau pun nampak ala-ala mee bandung dan kuah tak menarik, tapi rasa sedap tau. Siap ada hiasan tauhu, telur rebus dan tepung goreng perisa udang. Walawei...




Tempat bersih cuma susunan tak berapa nak kemas. Berselerak dan susunan tak menarik. Bole berlaga punggung beb. Suka hati korang nak duduk kawasan dalam atau luar restoran.







Masa nak balik tu, aku nampak bukan main banyak lagi stok roti yang sampai. Meriah benor dapur Pak Haji ni. Ngeh-ngeh...







Ok la sampai sini ja dulu, ada dua lagi cawangan kacang pool ni. Satu di medan selera berdekatan pejabat bomba Johor dan satu lagi kat pusat membeli belah Angsana di Bandar Baru Uda.

Singgah jangan tak singgah. Menyesal kalau korang tak rasa kacang pool Haji ni.




Ok chow dulu, tata titi tutu...!


Sedapnya telur itew...







Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak