Gegar Vaganza musim ke 4 kembali lagi. Yeyyyy....
Hamboi sukanya Pn Blog bila sebut gegar vaganza ni ya?. Ada apa je yang buat minat sangat nak tengok dan folo tu? Haaa...nak tau meh ikut story aku ni sampai habis.
Gegar Vaganza Musim 4
2017
Setiap Ahad 9 malam
Astro Ria 104 dan Ria HD 123
Live setiap sabtu 8.45 malam
Mesti korang dah tau siapa yang join kali ni kan? Meh skodeng, kot la korang terlepas pandang.
1) Aishah
2) Elyana
5) Raja Azura
6) Syura
Penyanyi Lelaki:
1) Aqasha
2) Ferhad
3) Firman
4) Hazami
5) Lan Kristal
6) Tia Jinbara
Setakat penyanyi yang join kali ni semuanya aku tak berapa minat. Tapi aku puji vokal masing-masing. Kalau korang tanya, siapa yang aku sokong, setakat ni aku sokong Aishah untuk penyanyi perempuan. Bak kata Dato Ramli, suara sama ja dari zaman anak dara sampai sekarang. Dari size S sampai XXXL...(ni aku tambah). Hahaha...
Penyanyi lelaki plak aku sokong Firman. Suara unik dan memang tak da tandingan, walau pun aku rasa Hazami atau Lan Kristal bakal bolot salah satu anugerah nanti. Gitew juri jemputan bagi pandangan. Hahaha...
Kalau nak di ikutkan aku tak suka nak folo konsert macam ni. Masa gegar vaganza pertama dulu aku tak folo pun. Gegar vaganza kedua baru aku folo. Tu pun tanpa sengaja. Dek kerana kekepohan Nabil dan Jihan la yang buat aku seronok nak folo. Setakat penyanyi yang join tu memang tak la rasanya. Ampuuunnnn...
Macam biasa bila mula ja gegar vaganza kat TV aku dah get ready dengan jajan semata-mata tak mo gerak kalau lapar. Pembukaan semalam agak hambar dan tak seperti yang dijangkakan. Nasib baik ada Nabil dan Jihan sebagai penyelamat. Macam biasa, kalau ada budak dua orang ni memang tak kan jadi rasmi smua konsert. Jadi caca marba. Hahaha...
Walau pun agak suka dengan keletah diaorang tapi harap Nabil, Jihan dan juga Dato Ramli dapat kontrol sikit kata-kata lawak tu. Kesian aku tengok Hetty semalam terpengong tak faham apa yang diaorang lawakkan. Hehe...
Penaja plak diharap dapat kontrol sikit sikap kat atas pentas. Jaga title dan peribadi tu sikit. Jangan over sangat. Nanti orang kecam, sentap tak bole terima, dah sendiri melenting. Huhu...
Benda-benda macam ni kita kena alert sebab kekadang benda kecik macam ni la yang akan buat orang hilang minat nak menonton sampai habis dan episod seterusnya. Dalam bahasa kasarnya meluat. Kihkih...
Suka jugak tengok lawak Dato Chef Wan dengan Dato Vida, walau pun ada ketikanya nampak riak bengang kat muka masing-masing. Haaa...siapa perasan air muka diaorang tu? Yang perasan tu kita geng sebab kita alert. Hahaha...
Harap untuk minggu seterusnya dapat lah cari juri yang betol-betol dapat bagi komen yang meletops berpandukan persembahan yang ditunjukkan. Bukan sekadar cakap ok bagus..saya suka..haa kalau macam tu punya komen aku pun bole bagi. Muahahaha...
Cer tengok program omputih, cara diaorang komen persembahan memang mantap berdasarkan apa yang diaorang nampak bukan setakat cakap good..good..ja.
Ok la tak nak bebel lelama nanti meraban plak aku ni bersiaran. Apa pun aku harap industri kita akan berkembang sihat selari dengan sihat dan kembangnya badan penyanyi-penyanyi kita. Kah-kah...
Jumpa di lain entry. Hepi watching guys...!!!