Holla uolls...jumpa lagi di entry jalan-jalan cari makan. Kali ni aku nak share satu restoran yang cantik, menarik, romantis serta makanan yan sedap.
LAT'S Place
Puteri Harbour
Persiaran Sri Puteri
Nusajaya, Johor Bahru
Mesti korang pernah dengar atau salah seorang peminat tegar kartunis Lat kan? Ops Dato Lat. Hehe...
Dia ada buka restoran tau kat Johor ni. Best habaq hang restoran ni. Memang lain dari yang lain. Rugi kalau korang tak pergi sini.
Masuk je restoran ni, korang akan rasa macam duduk dalam kampung halaman. Pelbagai jenis pokok seperti rambutan, durian, dan pisang ada kat situ. Penuh simbolik dan cantik semua lukisan yang ada kat situ.

Masuk je korang akan dilayan dengan penuh hormat. Sambil duduk sementara menunggu juadah dihidangkan, korang akan dihiburkan dengan nyanyian dan tarian.
Selain alunan muzik yang gemalai, pantulan lampu beraneka warna cahaya akan korang nikmati. Ditambah lagi dengan alunan bunyi burung dan kriket. Alahai syoknya rasa.
Bukan setakat nyanyian dan tarian je, korang akan ditemani satu suara yang dikenali sebagai pak Mat dalam citer Lat tu, yang akan bercerita kisah lat dari dulu.
Ada juga beberapa suara kawan-kawan Pak Mat yang lain seperti Pn Hew, Tong dan rakan-rakan mereka yang lain menemani celoteh Pak Mat. Yang pastinya diaorang adalah staf restoran tu jugak.
Harga makanan kat situ setanding rasa. Aku puas hati sebab perut dah kenyang. Hati terhibur. Kawasan persekitaran pun menarik dan kemas serta bersih. Tak rugi melabur duit untuk makan kat sini.
Selesai makan, aku duduk sekejap menikmati pemandangan lukisan yang cantik kat situ. Tiba-tiba aku ditarik oleh salah seorang staf tu untuk sama-sama menari dan kemudiannya di temuramah.
Senang citer berchit chat dengan Lat menggunakan teknologi animasi interaktif yang canggih dan sistem bunyi yang mengagumkan. Walla...dah macam retis gamaknya. Muahahaha...
Nak beli cenderahati pun ada kat situ. Aku tak beli sebab aku bukan pelancong. Ngeh-ngeh...
Macam biasa, sebelum balik, aku berposing sekitar restoran dan memang kagum dengan idea Dato Lat ni untuk merealisasikan impian kartunnya ke alam nyata.

Sebelum keluar dari restoran, korang akan ditanya samada nak beli tak gambar yang diaorang rakam secara sembunyi. Disertakan sekali frame gambar Lat. Aku beli ja la sebab harga murah.
Syabas untuk pemilik restoran ni dan aku rekomen korang datang sini.
Okay la ni ja yang dapat aku share kali ni. Jumpa lagi di lain kali. Daaa....