Hai...kali ni nak share satu lagi produk terkenal seantero donia katanyer...! Meh folo aku sampai habis.
Mamadil Wash For Ladies
RM55
150ml
Actually ramai dah bagitau aku tentang produk Mamadil ni. Dah gatal tangan jugak la nak membeli online sebab dah termakan kata-kata pengguna di media sosial. Malas nak mencari kat Johor ni. Online senang, tak payah buang masa dan tenaga cari kedai dan sebagainya.
Nak dijadikan citer, satu hari tu lepas hantar stok kat agen, aku ternampak kedai Jamu Ratu Malaya dan Mamadil. Dek kerana tak da kemana, aku singgah la sekejap dua-dua kedai tu.
Plan asal nak beli minuman kolagen dan produk beauty care. Katanya best sangat sebab geng bas sekolah dah cuba. Bila dah tengok produk, cuba dan nilai sendiri, aku tak jadi beli. Sebabnya tak sesuai dengan kulit sebab bila pakai tu nampak tak sekata sebab kulit aku jenis kombinasi. Memang confirm-confirm tak sesuai dengan foundation jenis cream.
Frust jugak la sebenarnya sebab tak sesuai dengan kulit. Korang pun jangan main beli ja tau produk yang di canang bagus ni sebab belum tentu sesuai dengan kita. Kulit kita kan berbeza makanya lebih elok kalau dapat tengok depan mata dan guna sendiri dulu. Dah lah mahal, rugi duit woi...!
Dek kerana tak nak kecewa dan sebab dah datang, aku beli jugak lah pembersih wanita Mamadil ni. Dari balik tangan kosong at least nampak jugak barang yang nak diheret.
Ternyata tak salah aku memilih untuk membeli pencuci wanita ni. Selain botol yang cantik, pink gitew...comel ja aku tengok botol tu. Lain dari botol biasa untuk pencuci wanita.
Bau pun bole tahan wangi. Letak sikit ja dah ok sebab isinya pekat. Kiranya bole tahan berbulan la. Jimat sangat wei. Berbaloi dengan harga yang agak murah tu.
Macam biasa, aku tak akan bagitau apa bahan yang terkandung dalam tu sebab korang bole tanya Pak Cik Google. Aku cuma akan citer apa yang aku rasa dan dapat bila dah gunakan sesuatu produk tu. Kata pun review kan? Kalau dah panjang berjela dan nak bagitau semua benda baik buat rencana je. Muahahah...
Berkenaan khasiat dalaman ke luaran ke yang macam testimoni kata, tu bergantung pada individu. Bagi aku biasa ja sebab aku tak da masalah kat area tu. Aku memang suka-suka ja guna sebab tu dah banyak jenama aku cuba. Setakat ni tak da alahan ya sebab tu aku berani tukar jenama apa pun nak-nak yang sedang hangat di pasaran.
Ok la, tu ja yang dapat aku kongsikan untuk review produk kali ni. Jaga dan belailah mahkota wanita dengan sebaiknya. Nak pakai lama tu...hehe...bye !!!