Memandangkan mutu air di setiap negeri sekarang tak berapa bagus, aku pasti setiap rumah sekarang mesti ada penapis air. Bezanya hanya brand dan model terkini saja.
Masing-masing ada taste sendiri dalam memilih produk yang rata-rata akan pilih produk yang terbaik untuk seisi keluarga. Betol tak apa yang aku cakap ni?
Penapis Air Coway
RM4600 (cash)
RM140 bulanan (sewa beli selama 5 tahun)
Penapis air pertama yang aku guna jenama zulian sebab aku dah terjebak dalam MLM tu. Nak buat camna, pasang ja la. Lepas tu aku guna jenama RX Water. Lama jugak aku pakai brand ni. 12 tahun jugak la setia bersama RX Water. Tiap 2 minggu atau aku rajin paling tidak sebulan sekali aku basuh filter dalam tu. Senang ja bukan susah sangat.
RX water ni pasang kat paip singki dapur tu, tadah dalam botol kosong, terus letak dalam peti ais untuk di togak sejuk-sejuk. Bila buka peti ais jumpa botol air berbotol-botol. Kalau semua malas nak isi air dalam botol tu maka tadah la untuk minum sendiri ja.
Biasanya aku yang buat kerja remeh tu semua sebab aku akan basuh semula botol kosong tu dulu baru isi air yang baru. Cerewet tak aku? Sementara nak tunggu aku rajin buat semua tu, maka berderet la botol kosong tunggu giliran untuk diisi. Hahaha...
Bila keluar penapis baru jenama Coway, Cuckoo dan apa ntah lagi, makin advance plak kemodenannya. Siap ada tok nenek air panas,sejuk segala. Hebat sangat ciptaan canggih terkini. Sampaikan susah plak nak memilih mana satu paling bagus.
Dek kerana aku dah semakin sibuk dengan kerja dicampur pulak kemalasan melanda, aku decide nak tukar la penapis air ni. Sekali lagi terjebak dengan hasutan media sosial. Tapi bukan senang nak hasut aku untuk ambil keputusan tukar penapis ni tau.
Faktor utama adalah aku tak nak berhutang. Tapi bila memikir nak bayar cash dan sekelepuk, sayang la plak duit kan. Acaner tu?
Tapi fikir punya fikir punya fikir, akhirnya aku decide nak pilih Coway sebagai penapis air baru. Sekali lagi confuse nak pilih mesin kecil atau mesin besar.
Mesin kecil ada 4 suhu (panas, sejuk, suam, biasa), tu aku suka tapi kena letak atas para yang confrm akan kacau tempat letak barang dapur. I is tak suka hokay kalau semak dan sempit atas dapur ni.
Mesin besar pulak selain kandungan air lebih banyak, dia tak mengganggu tempat, senang citer jimat ruang la. Ada tempat yang aku khaskan untuk letak mesin tu cumanya ada 3 suhu ja (panas, sejuk, bias). Suam tak da eh.
At the end aku pilih yang besar sebab faktor utama tak nak semakkan ruang dan air lebih banyak, bila ada keraian atau adik beradik aku datang tak risau kehabisan air dengan cepat. Haaa...cerdik tak aku fikir jauh. Muahahahaha...
Abaikan keadaan dalam gambar ni sebab belum berkemas lepas staf coway datang pasang hari tu.
Sekejap ja pun staf coway datang pasang. Selang 2 jam atau bila penanda air dah penuh, korang dah boleh gunakan dengan jayanya. Untuk lebih kemas, elok sediakan kepala paip berasingan sebab tak ganggu perjalanan air biasa dan air penapis.
Akhirnya, terpasang la sebiji mesin Coway dalam rumah aku. Sukanya tak terkata. Pasal apa aku suka sangat? Haaa...ni beberapa sebabnya.
Pertama: Tak perlu aku buang masa basuh botol dan tadah air yang biasanya aku habiskan hampir sejam nak buat benda tu je.
Kedua: Korang nak minum air apa ja? Tak yah tunggu lama, putar ja butang ikut suhu mana yang korang nak. Nak panas, sejuk, biasa, nak penuh, nak separuh, ikut korang la. Kualiti air pun sedap dan fresh. Memudahkan kerja dan meringankan tugas betol mesin ni. Kihkih...
Ketiga: Tak payah buang masa nak bersihkan penapis air ni sebab tiap dua bulan sekali coway lady akan datang bersihkan satu mesin tu luar dan dalam. Korang tinggal tandatangan je kat handphone dia, membuktikan dia dah datang bersihkan mesin korang.
Keempat: Bil elektrik pun tak naik tinggi. Biasa-biasa ja. Maksud kat situ tak da perubahan dan tak da beza bab bayaran elektrik ni. Jimat sesangat.
Kelima: Bayaran bulanan pun tak semahal mana kalau korang nak bandingkan dengan korang beli air tiap hari kat mesin yang diletakkan kat kedai-kedai. Kita tak tahu tahap kebersihannya sebab aku nampak semua yang dah guna tu main biarkan ja penutup mesin tu terbuka dan terdedah.
Keenam: Korang tak payah pening-pening fikirkan bila nak tukar filter dan sebagainya sebab semuanya termasuk warranty pihak coway yang sediakan dan ingatkan. Korang hanya perlu guna dan bayar ja la bulan-bulan tolak dari akaun bank selama 5 tahun. Mudah sangat.
Coway bagi tempoh 2 tahun untuk sewa beli ni. Lepas dua tahun kalau korang tak nak guna coway ni, korang bole pulang semula. Tapi ya la buat apa nak pulang kalau kualiti air jadi bagus dan servis tiptop kan? Sambung ja la sampai 3 tahun lagi lepas tu dah jadi hak milik korang sepenuhnya. Cuma korang perlu bayar servis setahun sekali ja.
Yang masih tercari-cari, terfikir-fikir, tertunggu-tunggu, tersurvey-survey, terbincang-bincang dengan famili tu, lebih baik la buat keputusan segera sebab rugi tunggu lama-lama macam aku ni.
Serius cakap wei, aku bukan agen tau nak hasut korang tapi aku dah guna sebab tu la aku dah rasa dan nak kongsi kebagusannya dengan korang. Rugi korang nanti kalau lambat pasang coway.
Setakat enam bulan dah guna coway ni memang tak rasa rugi sebab memudahkan kerja dan servis yang tiptop dari pihak coway. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Apa lagi korang, jom laju-laju pergi cari coway untuk mensejahterakan kehidupan. Korang bukan saja akan dapat air yang bersih, tapi jimat wang, masa dan tenaga.
Sambung lagi story lain plak di entry akan datang, daaa....!!!