/**/

Pages

Subscribe Twitter

Review Hotel Six Seasons, Kuala Lumpur


Pasrah...


Lama dah tak review pasal hotel. Macam serba salah nak review hotel ni tapi aku rasa perlu kot aku review. Waa...macam suspen je bunyi. Meh folo kalau nak tau kisah seterusnya. Stay tune...!



Hotel Six Seasons
Lor 3/137C, Bedford Business Park
58200 Kuala Lumpur

Tel: +60 3-7972 3868

Deluxe King Room Best 198.48 with breakfast





Bole dikira aku lepak kat hotel yang mahal. Dek kerana kesibukan yang amat, aku lambat booking untuk stay kali ni. Redah ja la ya.

Cari punya cari kat web, terbekenan dengan hotel ni sebab tengok macam besar, cantik dan kemas.

Hakikatnya, bila tiba hari yang sepatutnya, rasa macam frust bila tengok keadaan hotel yang ditunjukkan kat web. Tak sama langsung. Kat web macam bangunan tinggi bertingkat. Tiba sana hanya ada 4 atau 5 tingkat ja. Parking terhad. Adoyai...




Lif disediakan sampai tingkat 3 je. Aku kena menapak lagi setingkat sebab bilik aku tingkat 4. Fuyooo nasib baik tak bawak beg berat.




Buka ja bilik, lagi sekali aku frust sebab bilik kecil tak setanding harga. Situ la katil, situ la ruang tamu, situ la toilet.







Nasib baik ada hair dryer pengubat hati marah walau pun tak berapa nak best sebenarnya.













Tempat menyimpan barang dan peti keselamatan pun gelap tak nampak apa. Siap guna lampu handphone nak guna peti keselamatan tu. Haish...




Bertambah frust bila strika tak da. Kena call customer service. Diaorang hantar strika ja. Papan strika takda. Macam mana nak strika ni? Nak tonyoh kat muka korang ke? Adey...

Gasak la aku strika baju kat atas meja beralaskan kain selimut hotel. Ceh...memang frust aku semalaman.

Ada menu pun tak guna sebab benda yang lebih penting tak disediakan. Apa daaa....







Dek kerana marah, esoknya aku turun jugak untuk breakfast semata-mata tak nak membazir. Lagi sekali aku rasa frust sebab makanan dan minuman kat situ tak sedap. Hampeh betoi...













Cuma persekitaran hotel ja la bersih dan boleh dipuji. Yang lain out...







Aku tak rekomen la hotel ni. Maaf ya boss sebab tak dapat bagi review yang baik untuk hotel ni. I am sori...




Malas nak cakap lagi. Bye...


Tahun 2020...












Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai