/**/
Subscribe Twitter

Riang Ria Hari Raya Aidil Fitri 2017


Maaf zahir dan batin...


Belum basi lagi ya citer Hari Raya tahun 2017 ni. Maklum kebizian sampai terlepas pandang nak update. Peace yooo...!



Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2017
Maaf Zahir Dan Batin
Dari Meed Dan Keluarga





Tahun ni giliran rumah aku untuk berkumpul. Kakak dari Perak dan adik dari USJ dijangka tiba kat rumah pada malam raya. Persiapan semua dah buat termasuk mencari baju raya sama warna tema. Nasib baik aku sekeluarga belum beli baju raya masa tu. Maka keliling Johor la cari warna maroon untuk tema tahun ni.

Cari punya cari jumpa la jugak tapi harga mahal la sebab dah last minit. Nak buat camna, kena jugak la kuar beratus ringgit untuk sepasang baju. Confirm baju aku paling mahal sebab aku sorang ja permaisuri kat rumah tu. Muahahaha...




Nak dijadikan citer, famili akak aku ja dapat beraya bersama di pagi raya sebab famili adik aku kena teman mak mertuanya beraya dulu. Petang raya baru diaorang sampai JB. Makanya tak tercapai la untuk beraya tiga keluarga bertemakan warna baju yang sama.

Famili kakak aku pun tak lengkap. Maklum la bila anak memasing dah besar kena redha la kalau diaorang ada kehidupan sendiri dan pasrah bila tiba giliran mereka ke rumah mertua plak. Kalau tak nak sunyi, korang beranak la ramai-ramai nanti akan ada peneman kalau yang lain tak da kat rumah. Ngeh-ngeh...

Hidangan raya yang aku buat kali ni ringkas ja. Tapi sedap tau...#masukbakulangkatsendiri...haha.




Pagi raya, macam biasa, bersalam-salaman, berfoto-fotoan, berjalan jalanan. Huh bahasa rojak mana la yang aku guna ni. Bedal ja la kan...
















Bab bersalam-salaman ni memang ditunggu. Selain dapat ongkos, memang macam-macam gelagat bole nampak bila nak minta maaf tu. Tak sempat nak update video bersalaman aku dengan kakak. Memang kelakar giler. Hahaha...

Kita kena ajar anak kita bersalaman sesama mereka jugak biar keadaan ni dah terbiasa dan akan terus diamalkan.






























Tapi kali ni rasa meriah sebab adanya si cilik comel cucu pertama akak aku. Dia la yang paling untung. Dapat duit raya banyak, dapat baju dan kelengkapan diri, semuanya FOC. Macam nak jadi budak kecik semula ja kan, tak payah fikir masalah, senang hidup.




Setel acara utama dipagi raya, plan beraya ke rumah saudara mara plak. Kali ni merayap jauh sikit. Balik kampung arwah bak jumpa mak dan bapak sedara. Meriah sekali-sekali balik kampung. Seronok jumpa cousin yang jarang dapat jumpa dan mengimbau kenangan bermain di kampung tiap kali balik jumpa Atuk dan nenek.

Kali ni lebih pada raya berjalan jalan shoping dan cari makan. Banyak la benda yang dirembat kali ni lagi la bila tiga beradik dah berkumpul, apa lagi, semua angkut la. Huhu...




Sebelum masing-masing balik negeri masing-masing, sempat lah ziarah kubur arwah mak dan bak. Alfatihah untuk mereka yang dah tiada.




Ok ni ja nak story kali ni. Jumpa lagi di lain siaran. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin. Daa...!


Situasi yang sering terjadi...

















Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak