/**/

Pages

Subscribe Twitter

Cantik Bersama Produk Safi Balqis


Set Remaja...yuhuu


Siapa guna produk jenama SAFI, sila angkat tangan, kita geng.

Gitew intro produk kali ni. Nak share sikit je sementara citer lain belum siap sepenuhnya. Stay tuned...!



Rangkaian Produk Safi Balqis





Aku ni suka sangat menerai pelbagai produk terutama produk yang laris di pasaran. Ni semua gara-gara termakan hasutan geng bas sekolah atau terjebak dengan godaan media sosial. Tapi nak di jadikan citer, semua yang aku cuba setakat ni tak berapa nak ngam dengan aku. Bila habis produk tu aku akan cuba produk lain.

Tapi tak pada produk jenama SAFI ni. Meh nak citer camna aku bole pilih produk ni.

Waktu belasan tahun, penuh muka aku ni dengan jerawat nak-nak bahagian dahi. Adey, tengok pun geli. Nasib baik aku jenis tak gatal tangan suka picit-picit jerawat tu, kalau tak, mau muka aku berlubang-lubang macam permukaan bulan. Hehe...




Jenuh aku cuba guna krim thailand yang penutup atas warna hitam tu, rembat mak aku punya krim semata-mata nak nampak putih dan nak hilangkan jerawat. Tak menjadi jugak. Guna clensing scrub Avon pun sama tak hilang jugak. Guna hazeline snow, nivea, johnson, holiday on ice, bedak cap nyonya, semuanya tak jalan.










Last sekali korang tau aku guna apa? Guna petua sorang bidan ni suruh aku sapu muka dengan kain bekas darah haid kita. Basuh dulu la bukannya ko redah ja sapu kat muka tu. Basuh bersih dulu kain tu. Perah dan sapu ke seluruh muka sambil selawat. Ada berani korang buat tak? Hehe...

Aku buat pun sekali ja, tu pun gara-gara dah tak tahan tengok muka sendiri. Ajaibnya dan nak dijadikan asbab dan yakin agaknya, jerawat kat muka terutama dahi beransur kecut dan hilang. Walla...sukanya hati ku. Sampai la sekarang jerawat payah nak datang. Syukur sangat...!

Ok berbalik kat topik kita ni semula, petua kat atas tu kalau korang rasa nak cuba, cuba la ya. Mana tau serasi, hehe...

Habis sekolah, aku mula berjinak dengan produk Safi ni. Alhamdulillah memang berbaloi aku cuba. Selain harganya yang murah waktu tu, kesan produk pun best. Bila dah bekerja, mula lah gatal tangan nak cuba pelbagai produk yang ada. Maklum dah berduit sikit katakan. Kui-kui...




Jenama paling mahal aku cuba waktu tu adalah AG2000. Memang best... Lepas tu aku cuba Loreal. Ok jugak. Habis ja aku cuba Safi Rania, kekonon kan ikut umur. Safi Balqis kan untuk remaja ja. Bila guna Safi Rania, muka jadi merah dan gatal. Owh tidak, bengkak dua hari muka aku ni. Siap bertuam dengan ais je. Tolonggg...!!!

Serik giler nak guna produk lain lepas tu. Kembali ke asal guna produk Safi Balqis ni. Maklum muda belia sepanjang masa. Hahaha...




Ada sekali tu gatal tangan lagi cuba produk Mary Kay. Hambik ko muka aku jadi merah, pedih dan bengkak lagi. Adoyai tidak berkesan malah merosakkan muka. Sadis betol.

Beralih semula ke produk Safi Balqis ni. Alhamdulilah ok sampai sekarang. Tapi sedang berkira-kira nak cuba produk Jamu Ratu Malaya plak ni. Muahaha...

Sepupu aku plak sampai sekarang dia sesuai dengan bedak cuticura. Senang citer dia kata sapu kat muka sapu kat badan. Tu ja la yang dia pakai dari zaman remaja sampai sekarang. Awet muda jugak aku nampak sepupu aku ni gara-gara cuticura.




Moral of the story, kita jangan terikut-ikut dengan trend sekarang, berapa banyak produk berlambak keluar macam cendawan tumbuh. Bila kita dah serasi dengan satu produk tu, teruskan la guna.

Macam aku ni, confirm produk yang aku guna sekarang ni terbaik untuk aku dan harga pun murah. Tu pun gatal tangan nak cuba produk lain. Sila marah diri sendiri hokay...!!!




Ok sekian ja la ya. Jumpa lagi korang, bye-bye...!


Mana satu nak pakai dulu nih...?








Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai