Kalau semalam up citer Hari Raya Aidilfitri, hari ni kita up citer Hari Raya Aidil Adha plak ya. Sementara nak setelkan citer yang lain, aku hupdate la citer ni dulu. Belum basi jugak lagi ya...!
Selamat Hari Raya Aidil Adha 2017
Dari Meed Dan Keluarga
Macam biasa sambutan Hari Raya Adil Adha selalu disambut kat rumah adik aku di USJ. Semua berkumpul kat tengah-tengah antara selatan dan utara ya.
Tapi kali ni acaranya berlainan sikit dari biasa. Setel pergi rumah sedara mara yang ada. kitaorang buat tour keliling Kuala Lumpur. Tapi memasing tak mo drive. Jadi kita berMRT, LRT dan apa-apa T lagi la. Haha...
Sebelum tu rombongan Cik Meed ni pergi redah bangunan tinggi dulu, One City...sesaja jenjalan habiskan masa.
Wajah dua beradik yang gayat berada kat tempat tinggi. Yang penting maintain senyum. Dalam hati tuhan ja tau. Kecut yang amat. Haha...
Setel kat situ, baru la pergi station LRT nak mulakan pengembaraan. Cewah, bunyi macam pelancong asing ja. Muahahaha...
Aku ni kalau naik kenderaan yang bergerak kat tempat tinggi ok lagi. Jangan la yang lalu terowong bawah tanah tu, haish, memang ketar lutut. Macam-macam fikir, takut selisih jalan ke, tanah runtuh ke, tak da elektrik ke, Ishh...memacam la kalau dah jadi warga emas ni fikir bukan-bukan ja.
Waa..best giler lama tak naik ala-ala keretapi ni. Selalu drive ja. Kebetulan hari cuti, maka banyak la tempat kosong. Jadi main hentam ja la duduk sampaikan tempat yang tak sepatutnya pun kitaorang redah duduk je.
Tak pa, kalau ada OKU naik, kita bertukar tempat la kekdahnya. Tak yah kecoh-kecoh ya para hadirin sekelian.
Paling aku suka gambar ni. Pandai anak aku snap. Elok ja mak sedara dan anak sedara posing. Walla...
Plan pertama naik MRT ke KLCC. Lama jugak tak meronda satu bangunan tinggi ni. Apa lagi, jom gerak sekarang...
Perut dah keroncong, apa lagi cari makan dulu la. Sakan cari tempat duduk nak makan kat KLCC yang ramai manusia masa tu. Panglima bungsu tak tinggal dengan fevret Auntie Anne's dia tu. Huhu...
Lepas tu secara tak sengaja tershopping plak. Mula-mula tak nak beli tapi terjebak jugak dengan hasutan adik aku. Maka beratus ringgit la melayang kat situ. Tak pa, sekali sekala katanya. Lawa tak kasut dan handbag boria kitaorang?. Hehe...
Dah kata macam pelancong haruslah bergambar sakan. Sempat berposing kat ceruk mana yang kitaorang rasa berkenan.
Habis shopping kat situ, plan nak makan satay kajang. Maka berdedai la kitaorang ke LRT seterusnya. Hampir maghrib sampai kat station Kajang. Malangnya kedai satay kajang Hj Samuri tutup. Baru teringat hari raya mesti la tutup. Adey...
Tapi rupanya Hj Samuri meninggal sebab tu tutup bukannya sebab hari raya. AlFatihah...
Akhirnya kitaorang bertolak balik dengan perasaan hampa dan kelaparan. Masuk ja kereta, habis segala kerepek yang ada kitaorang bedal sementara nak sampai ke kedai makan. Dah rezeki mamak rupanya, maka perhentian pengembaraan kitaorang tamat kat situ.
Bila famili kakak sampai esoknya, kitoarang pergi plak bershopping kat Kenanga City. Selalu rajin ke GM Klang tapi kali ni saja nak tukar angin. Siapa yang tak nak ikut lepak ja kat rumah. Maklum kekadang orang lelaki ni malas nak ikut sebab bosan tunggu orang perempuan bershopping dan pilih barang.
Habis la jugak beratus ringgit kat Kenanga City tu. Tak pa, bukan selalu datang sini lagi pun harga murah. Ceh...ayat sedapkan hati sendiri. Murah pun kalau dah beli banyak mau beratus jugak kan? Haish...ni antara barang rembatan setelah terjebak hasutan kaum sendiri. Hehe...
Sempat jumpa sahabat kolej dan anak-anaknya. Terubat rindu di hati kami yang dah lama tak jumpa. Sayang sahabat ketat-ketat. Muah ciked.
Macam biasa, bila berjalan tu mesti ada selit makan-makan. Lagi sekali main redah ja makan kat mana. Bak kata bapak aku, hentam saja la labu janji kenyang. Haha...
Ok ni ja nak citer aktiviti yang kitaorang buat untuk hari raya haji tahun ni. Kalau jumpa tiga beradik, bila shopping mesti beli barang sepasang, macam zaman boria kecik-kecik dulu. Dari jauh dah tau tu adik beradik sebab pakai baju sepasang dan corak yang sama cuma warna je kekadang lain.
Sapa kat sini yang belikan keperluan anak-anak, baju dan kasut sedondon? Kalau ya, kita geng...huhu.
Jumpa lagi di lain siaran. Daaa...!