/**/

Pages

Subscribe Twitter

Jamu Sweet Dara - Majun Mantap


Mantop wei...


Waaa....teruja tak baca tajuk kali ni? Confirm korang tak sabar nak tau lebih lanjut kan berkenaan Jamu Sweet Dara yang terkenal ni? Jom...baca terus lelaju tulisan aku ni.



Jamu Sweet Dara
RM40
(Pos RM8, SS RM12)





Kalau diberi pilihan antara jamu kapsul atau majun, aku lebih prefer pilih majun. Tapi setakat ni aku tak jumpa lagi majun yang se best arwah mak bidan aku buat dulu. Kekadang menyesal rasa di hati kenapa la aku tak belajar buat majun tu, padahal hari-hari hadap dia buat majun tu depan mata. Kalau tak, dah boleh buat sumber bisnes. Kihkih...

Setakat majun yang aku jumpa di pasaran memang tak sehebat majun mak bidan aku ni. Sampai la satu hari tu, aku terbaca tentang kisah Liana Rosli aka Kak KM yang viral di media sosial. Bila skodeng tu, teringin dalam hati nak cuba majun dia ni.




Nak dijadikan citer masa jumpa geng bas sekolah, aku buka la citer majun ni. Kebetulan geng sorang ni memang dia beli. Apa lagi, dengan muka tak malunya aku mintak sebiji nak cuba telan. Mana la tau, tak sedap atau sewaktu dengannya, so tak payah la aku order kan.

Bila rasa tu, eh macam lebih kurang yang mak bidan aku tu buat la. Apa lagi, lebih meluap la nak order. Masa nak balik tu, geng aku siap bagi aku lagi beberapa biji untuk dimakan kat rumah. Yuhu...tocey my fren...!




Kebetulan masa pergi FFM29 tahun ni, aku ada jumpa Liana Rosli ni. Sempat la borak dan bergambar dengan dia sekejap. Sempat jugak ambil no telefon dan sebagainya. Plan awal, nak ke kedainya esok tapi tak sempat sebab nak balik Johor dah lewat. Aku order online ja la.

Aku memang suka kalau nak cuba sesuatu barang tu, aku kenal dengan founder sendiri dan kalau dapat beramah mesra lagi la aku suka. Rasa teruja tu lain sket tau. Mesti korang pun rasa macam ni kan?

Macam Liana ni, walau pun dia gedik dan selalu dikutuk orang, tapi dia tetap jadi diri dia sendiri. Dia tak sombong dan tak lokek berkongsi maklumat dan apa saja yang dia tau. Layanan di media sosial pun cepat dibalas dan mesra pelanggan.




Bila barang sampai, aku terkejut jugak sebab majun tu datang setongkol macam tu. Tak macam geng aku beli, yang dah sedia tergentel kecik-kecik, tinggal ngap ja.







Bila call Liana, dia kata memang macam tu, kita yang gentelkan majun tu kecik-kecik ikut saiz yang kita nak. Aku pun apa lagi, gigih la gentel kecik-kecik macam yang dia kata. Lepas tu baru terfikir, napa la aku tak ambik ja secoet bila nak makan je. Tak payah susah-susah gentel bagai. Haha cerdik sangat ni.




Aku gentel kecik macam ni dan letak dalam dua bekas. Satu kat rumah, satu kat ofis. Senang nak makan tak payah bawak kat handbag setiap masa. Tinggal 2 biji ja tu ha untuk diperhabiskan. Huhu...




Kalau ikut sukatan yang dicadangkan korang kena makan 2 biji pagi / petang tapi aku makan sebiji ja setiap hari selepas makan tengahari. Aku lebih suka kunyah / gigit daripada telan terus sebab rasa majun tu yang pedas-pedas manis memang wow la. Baru terasa makan jamu aka majun. Bahan jamu tu terdiri dari manjakani yang memang confirm bagus untuk kesihatan wanita.




Anak dara seawal umur 13 tahun dah bole makan jamu ni. Dilarang makan waktu period dan mengandung. Haaa...sapa-sapa yang dalam situasi berkenaan kalau nak cuba harap bertenang dulu eh. Sabar separuh dari iman. Gitew...




Setakat yang aku makan jamu ni, badan memang terasa ringan, kurang rasa lapar, elok untuk siapa yang ada gastrik. Bila bangun pagi tu badan rasa ringan dan fresh tak da rasa sakit sana sakit sini. Alhamdulilah dah jumpa jamu aka majun yang dicari selama ni. Harap-harap lepas makan ni, badan aku bole jadi secomel mak Liana tu, Auntie Normah Damanhuri, memang meletop kebabom body tu walau pun dah berusia. Sumber inspirasi tau...




Jamu ni makan untuk 2 minggu so pandai la korang gentel ikut saiz seperti yang korang nak. Walau pun kat botol tak diberitau tarikh expired tapi Liana kata jamu tu bertahan selama 5 bulan dari tarikh penutup jamu dibuka oleh pembeli.

Ok la, cukup kot rasanya aku bagi review produk jamu ni. Nak repeat order lagi sebab dah nak habis. Kalau nak tau apa-apa lagi, bole ja roger aku untuk dapatkan info apa juga yang korang nak. Berbaloi beli jamu ni sebab harag mampu milik dan khasiat terbukti.




Jumpa lagi di lain entry, bye...!


Win...
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai

Set Mercik Minara Meyliqmoist


Jom try kosmetik organik...


Hai sayang-sayang semua. Apa khabar minggu ni? Harap semuanya cantik dan sihat selalu. Dah lama rasanya tak review produk kosmetik. Meh lelaju folo aku skodeng story kali ni.

Ada lagi beberapa produk keluaran Minara ni macam lipstik, cleanser, tapi aku plan nak cuba Beelovera Spray dan meyliq DD Cream dulu.


Beelovera Spray
RM69
50ml / guna 2 bulan






Meyliq DD Cake
RM79
15g / guna 3 bulan





Biasanya kalau untuk penjagaan muka memang banyak step dan banyak barang yang perlu dibeli dan diguna serta ditepek kat muka. Kalau bukan tepek sana tepek sini, bukan wanita normal la jawabnya tu. Muahahah...

Selalunya selepas cuci muka, aku akan guna, toner, serum, pelembap dan pelindung matahari barulah guna compact powder. Cer korang kira berapa banyak punya barang aku nak bawak kalau pergi travel. Tu baru untuk muka, untuk yang lain belum kira lagi. Mau berbeg-beg aku bawak. Huhu...




Bila dapat tau tentang produk Minara ni, yang dah diletakkan semua benda dalam satu bekas, walla...betapa sukanya hati aku ni. Tambah plak bila tengok artis semua dok bagi komen dan video guna produk ni mudah dan menjimatkan.

Terdorong dengan kata-kata tak perlu pakai bedak selepas guna krim ni, tak sabar rasanya nak contact syarikat tu dengan kadar segera.

Alhamdulilah cepat je admin syarikat jawab. Paling best sekali, siap ada offer combo set untuk beli lebih dari satu barang. Dapat free beg kosmetik lagi. Wow sangat ni.




Terus contact geng bas sekolah untuk share beli produk ni sebab lebih murah harga yang ditawarkan. Terkocoh kacah transfer bayaran sebab risau offer habis sebab kata ada beberapa set ja lagi.

Tak sabarnya nak try produk ni. kebetulan compact powder dah habis. Tunggu punya tunggu, barang tak sampai lagi. Bila wasap, kitaorang dimaklumkan stok habis. What...? Mula kata ada, dah transfer kata dah habis plak. Apakah....?

Malas nak bertekak, aku tunggu jugak la. Sabar..sabar..geng aku lagi la dah berangan nak pakai untuk pergi jemputan kenduri kahwin, lagi la berbulu je dia. Hehe...




Janji 2 minggu, tapi alhamdulilah seminggu barang sampai. Barang sampai dalam keadaan yang tak berapa nak bagus. Satu set tercabut tudung spray dan basah semua barang yang ada kat situ. Nasib baik semua barang tu berplastik.

Lagi satu set kemek sana sini kotak krim tu. Hodohnya nampak. aku nak sarankan la pada founder ni kalau nak pos barang tu, guna lah kotak untuk menjaga kekemasan barang tu bila sampai ke tangan penerima. Senang sikit hati penerima bila dapat barang dalam keadaan yang cantik. Diaorang bayar kos pos semua ok, so sila la bagi perhatian sikit bab macam ni.

Guna bubble pun tak sesuai sebab stil bole merosakkan barang tu. Posmen bukan tau nak berhati-hati pindah barang semua ni sebab banyak benda diaorang nak buat. So tanggungjawab korang la sendiri pikir nak cantikkan barang masing-masing dan gembirakan hati customer. Baru akan ada repeat order.




Meh aku kenalkan dan kongsikan sikit pengalaman guna produk yang aku order ni hasil dari iklan media sosial. Maklum katanya semua diperbuat dari bahan organik. Harus lah cuba kekdahnya.

Beelovera Spray ni bukan semburan air biasa tapi lebih pada moisturizer jenis cecair. Cepat meresap kat kulit. Bila sembur tu, kulit korang akan rasa sejuk, lembap, tegang dan anjal sebab dihasilkan dari pati mentimun, collagen dan madu. Bau pun wangi.

Tapi aku tak suka sembur kat muka sebab pemicit tu ketat dan aku rasa tak sesuai kot sembur ni sebab tak kan jadi sekata. Lagi satu, sila tutup mata waktu sembur kalau korang tak nak buta. Ngeh-ngeh lawak petang...

Aku suka letak kat tapak tangan lepas tu sapu dan dap dap terus kat muka. Lebih sekata dan rasa semua area muka kena serapan spray tu. Tapi tangan korang akan rasa melekit sikit la. Kejap ja don wori.




Meyliq DD Cream @ cake ni pun bukan macam foundation biasa tapi dia lebih pada merawat dan menukar kulit korang jadi lebih cerah dan menutup cela yang ada. Senang citer macam budak sekarang kata, nampak flowless gitew. Bau pun bole tahan wangi sebab ada pati madu, aloevera dan mentimun.

Agak-agak kalau muka korang ada lubang bulan tu, boleh la cuba guna meyliq DD Cake ni. Pakai sikit ja dah bole cover jerawat dan sebagainya. Lagi satu tak perlu risau nak pilih code warna sebab cream ni akan balancekan tone ikut darah. Tak perlu takut jadi Opera Cina hokayyyy.




Jangan terpedaya dengan iklan sangat la eh. Ikut kreativiti masing-masing. Korang bayangkan kalau korang dah guna DD Cream ni tetiba korang semburkan semula dengan spray tu, haaa..korang bayangkan kalau korang tak tekap sikit kat muka semula, cair la DD cream tu...aiyooo !. Logik tak aku cakap ni?

Aku cuba guna spray dan DD cream sahaja tanpa guna compact powder. Awal pagi memang ok tapi bila tengahari mula nampak bercapuk. Dari jauh memang nampak glowing gitewww... tapi bila dekat ya ampun...tak kuasa nak tengok...kering dan bercapuk. Huhuu...

Hari kedua lepas spray, aku guna DD Cream dan last sapu compact powder plak. Haaa...kali ni baru ok. Senang citer bagi yang kulit kering, aku sarankan korang tepek bedak lepas guna DD cream tu. Bole kira senang jugak la nak apply dan bawak travel nanti.




Dah nak masuk 2 bulan aku guna DD cream ni, belum habis lagi. Jimat la dari segi wang ringgit. Walaupun harga agak mahal tapi berbaloi untuk dibeli.




So apa lagi korang, bole la cuba guna set merecik Minara ni. Mudahkan kerja bersolek dan kualiti bertepatan dengan harga yang ditawarkan.




Jumpa lagi di lain siaran...daaa !!!.


Salah bedak atau...?










Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai

Berimaginasi Di Funtasy House Trick Art, Ipoh


Jom berimaginasi...


Eh...eh...camna bole tertinggal lagi satu citer jalan-jalan kat Ipoh ni?. Adoyai...nasib baik aku perasan, kalau tak, memang ralat sungguh.

Apa lagi, meh folo aku rapat-rapat skodeng citer kali ni. Are u ready...?



Funtasy House Trick Art
16, Jalan Market
30000 Ipoh, Perak

Tel: 05-255 0007

9 pagi - 6 petang (weekday)
9 pagi - 8 malam (weekend & public holiday)

Dewasa (Ada MyKad) – RM15
Dewasa (Tiada MyKad) – RM19
Pelajar (Ada kad pelajar) – RM10
Warga Emas (60 tahun ke atas) – RM10
Kanak-kanak (4 – 12 tahun) – RM10
OKU – Percuma





Kalau dari luar nampak kecik ja bangunan ni. Entah banyak ke idok gambar trick tu nanti? Walaupun harga bayaran tu tak berapa nak mahal, tapi terkesan jugak kalau tak banyak gambar kan?







Rupanya sangkaan aku ni menyimpang jauh sama sekali. Sekali masuk dalam bangunan tu memang nampak besar dan 3 tingkat. Wah, jenuh ni nak berposing sakan.




Lepas buat bayaran, staf akan bagi korang beg plastik untuk letak kasut korang kat rak yang telah disediakan. Masuk ja pintu pertama, ada beberapa gambar yang best.




Ok aku bagi turutan ikut pintu masuk eh gambar-gambar ni semua.



Ground floor










































1st floor



































2nd floor












































Aku rekomen korang pergi sebab tak rugi dan berbaloi dengan bayaran. Bila dah setel semua korang akan ditunjukkan gambar-gambar korang yang di snap oleh staf kat sana. Bukan free eh, kena bayar tau. Tak silap aku RM10 sekeping.





Walau pun macam biasa ja sebenarnya feel nak masuk Fantasy House ni tapi rasa terhibur jugak sebab banyak lukisan yang cantik-cantik dan menghiburkan. Ada kawasan yang menyeramkan, hepi, teruja dan macam-macam lagi yang korang akan dapat rasa sendiri bila masuk rumah ni.




Ok la uolls...jumpa lagi di next entry jalan-jalan cari makan plak. Daa dii duu...!.


Fuyooo...takutnya...























Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai