Pelukis yang sama melukis kat dinding bangunan di Pulau Pinang, turut melakarkan karyanya kat dinding bangunan Ipoh ni. Ingat lagi tak nama mamat tu? Sapa lagi kalau bukan Ernest Zacharevic. Eh betol ke aku eja nama dia ni? Haha...
Ada 7 lakaran yang popular dan menarik yang boleh dibanggakan oleh penduduk Ipoh. Cewah, skima giler ayat aku kali ni. Jom folo aku dekat-dekat.
Art Of Old Town
19-1, Jalan Tun Sambanthan
30000 Ipoh, Perak
Korang jangan risau sesat sebab kat sini semua lukisan tu terletak berdekatan antara satu sama lain. Pusing keliling bandar ja. Kalau korang rajin, jalan kaki la. Aku naik kereta sebab malas nak keluarkan peluh. Bole gitu?.
1. ORANG TUA MINUM KOPI
Jalan Dato Maharajalela
GPS: 4.59787, 101.076169
Terpukau sekejap tengok lukisan ni. Macam hidup ja orang tua tu kalau korang renung mata dia. Gambar ni terletak kat dinding berdekatan Old Town White Coffee. Korang mesti cari muka pakcik ni tau sebab dia dah kim salam korang. Muahahaha...
Tiap dinding tu akan ditepek plat besi ni untuk korang baca berkaitan lukisan yang korang nampak tu.
2. KOPI O
Jalan Tun Sambathan
GPS: 4.597151,101.078703
Mamak, kopi O tarik satu...ececeh drama plak kat sini. Awat la tinggi sangat lukis tu, kalau tak bole aku perambat bagi habis. Hehe...
3. EVOLUSI
Jalan Bijeh Timah
GPS: 4.596343,101.079138
Penceritaan bagaimana payahnya melombong bijih timah masa tu. Yang buat aku geram kat sini sebab ada bas parking kat situ. Macam mana la nak bergambar?.
Patutnya kenderaan akan di clamp kalau park kat situ sebab mencacatkan pemandangan. Haish...
4. TRISHAW
Narrow Road dari Jalan Bijeh Timah
GPS: 4.59525,101.078556
Alolo...kesiannya tengok pakcik ni bawak sampah. Meh aku tolong meh, boleh dapat upah. Jenuh dia menyusun beg plastik hitam tu. Agak-agak ada apa dalam tu ek? Sampah atau barang kitar semula atau harta karun? Hehe...
5. KAPAL TERBANG KERTAS
Jalan Sheikh Adam
GPS: 4.597715,101.076882
Haaa...berpusing aku cari mural ni. Rupanya dekat sebelah bangunan orang tua minum kopi tu ja. Sila jalan kaki sebab dekat sangat. Bazir minyak kereta ja. Mural 2 kanak-kanak naik kapal terbang kertas. Jom terbang sama dengan diaorang. Zam zam ala kazam...
6. HUMMINGBIRD
Jalan Panglima
GPS: 4.596704,101.07843
Sapa tau ni burung apa? Kesian dia cari makan kat pokok tau. Eh tapi mana pokoknya? Ada sesapa nampak? Huhu...
7. BUDAK PEREMPUAN
Jalan Bandar Timah
GPS: 4.597004,101.078213
Tengah buat apa jugak la budak kecik ni? Nak ambil sangkar burung ke? Hmmm...buat la apa yang ko nak, aku temankan kat sebelah je eh. Hehe...
Ok ni ja lukisan hangat yang patut korang cari kalau ke Ipoh. Rugi kalau tak bergambar kenangan dengan lukisan dinding yang bermakna ni.
Ada jugak beberapa lukisan yang aku rasa macam lawa. Korang tengok la kat sini. Lukisan lain aku bagi kat next entry.
Haaa...ada sesiapa kat sini jadi ahli STG yang tengah popular tu?. Meh sini, nampak tak aku gigih bergambar depan kedai makan STG. Tapi bukan STG bisnes korang la eh. Kebetulan ja namanya ni...kuang-kuang.
Bila dah letih berjalan, apa lagi terus masuk Old Town White Coffee la sebab dah lapar serta haus. Order sekali banyak tanpa tengok harga. Sekali nak bayar, hambek ko...haha.
Aku ada nampak satu bahagian best kat sini sama macam kat Surabaya dulu. Jeng...jeng...tadaaa...pengecas handphone. Kalau korang rasa bateri handphone tak cukup korang bole la datang cas sekejap kat sini. Free ja.
Bila handphone dah penuh, apa lagi, aku sambung posing keliling Ipoh la. Ronda Station Keretapi dan mana ceruk yang ada.
Ok uolls, jumpa di entry lain. Bye...!