/**/

Pages

Subscribe Twitter

Birthday Anak Bungsu


Panglima Bungsu


Alhamdulilah...tepat jam 12 malam, 12 November 2017, genaplah usia anak bujang aka panglima bungsu 16 tahun.

Ibu doakan semuga anak ibu Muhammad Muhaimin Fahami dipanjangkan umur, dimurah dan dimewahkan rezki, menjadi anak yang soleh dan berjaya serta bahagia di dunia dan akhirat. Menjadi kebanggaan ibu, ayah dan abang-abang. Amin...!



Muhammad Muhaimin Fahami Bin Poad

16 Tahun





Macam biasa, upacara sambutan tiup lilin bagai diadakan di restaurant pilihan besday boy. Panglima bungsu ni memang tak suka tiup lilin, diraikan depan ramai orang. Malu katanya. Tapi ada aku kesah, sambutan tetap sambutan, majlis mesti diraikan. Gitew kekdahnya...







Restaurant pilihan kali ni adalah Bigfood F&B terletak berdekatan tapak rumah lama tempat aku dilahirkan dan dibesarkan. Aku story kat next entry la ya nostalgia zaman kanak-kanak.

Bigfood ni memang tempat keraian agaknya sebab termasuk anak aku ada 5 sambutan besday dijalankan. Biasanya tingkat atas restaurant dijadikan port untuk raikan majlis santai ni.

Aku pun suka jugak tempat ni sebab makanan sedap dan layanan cepat dan pantas. Ni pun aku akan story kat next entry ya, macam biasa kat bab jalan-jalan cari makan.







Sapa spot gambar ni ada persamaan? #tiruvasianakberanak...like mother like son sangat nih !!!







Dek kerana malu, upacara potong dan suap kek dijalankan kat rumah. Maklum la dah besar panjang, segan la kan?.

Apa pun, kemeriahan tetap terasa sebab kitaorang macam biasa la riuh, nak-nak aku yang kepoci sangat ni. Haha...

























Macam biasa jugak, hadiah berupa wang tunai saja diberikan bila masing-masing dah besar panjang ni. Kalau masa kecik dulu, memasing akan beli satu hadiah untuk besday boy. Sekarang semua dah berubah mengikut masa.




Rindu zaman anak-anak ni masa kecik dulu. Bila besday diaorang aku la insan yang paling sibuk uruskan majlis sambutan termasuk hadiah. Gembira dapat tengok anak-anak diraikan. Semuga menjadi kenangan manis sepanjang zaman dan menjadi ikutan untuk meraikan keluarga bila masing-masing dah berkeluarga nanti.




Sayang anak-anak ibu ketat-ketat. Muah...!!!


Nak makan kek atau nak terkam tikus?




Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai