/**/
Subscribe Twitter

Sejarah Johor Di Ekspo Johor Berkemajuan 2017


Panglima Muda Johor...


Belum habis lagi citer Ekspo Johor Berkemajuan ni ya. Walau pun dah seminggu tapi masih di celotehkan kat ofis aku ni. Makanya kita up la story pasal ekspo tu. Jom...



Ekspo Johor Berkemajuan 2017
Dataran Mahkota
Kota Iskandar
Johor





Sebenarnya tak da plan pun nak ke Ekspo ni sebab jauh. Tapi memandangkan lepas habis belanja dapur tak kemana, jadi singgah la sekejap kat situ. Dah la pakai baju tak proper, abaikan ja la labu. Bukan orang nak tengok pun kan? Hahaha...

Banyak khemah didirikan di luar. Sekali dengan toilet pun ada disediakan. Mudahnya zaman sekarang ni kan?. Semua ada depan mata. Boleh tahan jugak ramai pengunjung yang datang. Tak sangka rajin jugak yang harung panas terik semata-mata nak ke situ. Tak kecuali aku. Huhu...













Mula-mula cari bahagian jualan rumah. Mak ai, semua harga mahal-mahal. Tak pa, kita layan plak bahagian lain. Menarik jugak semua yang ada kat situ.

Berselisih dengan Menteri Besar Johor tapi tak sempat ambil gambar cuma hubby aku ja sempat bersalam dengan dia sambil bercakap apa ntah. Maklum diaorang pernah jumpa dalam majlis kerajaan negeri.







Ronda punya ronda sampai la ke satu tempat ni. Tempat dimana semua berkaitan Sultan Johor dari Sultan yang pertama sampai sekarang. Dalam banyak-banyak gambar, gambar kat bawah ni paling aku suka. Stylo sangat.




Tak lepas peluang, aku join sekali bergambar dengan segala barang dan harta kat situ. Sekali sejarah dan segalanya berkenaan dengan negeri Johor dipaparkan.










Paling win sekali Al Quran berhuruf besar. Pernah guna Al-Quran macam ni zaman kecik dulu. Tu dia, tak payah pakai kanta segala. Jelas dan nyata untuk dibaca. Kalau malas jugak tak tau la nak kata.




Tengah ronda, lalu la putera Sultan Johor melawat kawasan. Bole tahan ensem la diaorang tu. Baik dan peramah pulak tu.







Cari benda tersemubunyi sekali. Sapa jumpa aku bagi hadiah. Hahaha...




Jumpa plak tempat askar. Apa lagi, aku memang suka tengok senapang atau pistol, mula la nak cuba. Seb baik abang askar tu rajin melayan karenah aku. Huhu...







Ada jugak gerai artis disediakan untuk berniaga. Nampak Zara Zya, Lisdawati dan Ogy. Yang lain tengah bersiap. Terjebak la aku beli pes nasi goreng Ogy sekali ditarik bergambar dengannya semata-mata dah sokong beli produk dia. Muah ciked...




Jom tinggalkan pesanan dan kenangan untuk Johor tercinta katanya. Tulis jangan tak tulis. Yuhu...







Last sekali sampai kat tempat peliharaan haiwan macam lembu, kambing, ayam dan sebagainya. Ada demo susu lembu diperah terus gunakan alat moden. Sampai si lembu tu terkencing dek kuatnya susu diperah. Kahkah lawak la ko lembu.




Satu tempat yang aku tak nak masuk adalah mini zoo. Pasal apa? Aku dah nampak pak anjang aki kat situ. kalau nak tengok aku jerit, cuba la heret aku masuk. Haha...

Perut lapar tekak haus. Apa lagi, landing tempat makan sambil dengar cabutan bertuah yang DJ panggil. Aku tau aku tak da peluang sebab tak sempat ambil borang. Dah habis laaaa...




Ok ni ja nak share. Jumpa lagi lain kali. Bye...!


Nantikan kemunculannya...







Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak