/**/

Pages

Subscribe Twitter

Melawat Gaharu Tea Valley Di Gopeng, Perak


Nice View...


Korang kenal pokok gaharu tak? Silap-silap tak pernah nampak, kenal jauh sekali kan? Meh folo aku rapat-rapat, aku nak tunjuk macam mana rupanya pokok gaharu tu.



Gaharu Tea Valley Gopeng / Agarwood Plantation
Jln Sungai Itek
31600 Gopeng, Perak

Setiap hari 9 pagi - 6 petang

Tel: 05-351 1998

Dewasa RM10. Kanak-kanak RM5.





Ingat gaharu ni hanya bole buat minyak wangi ja. Mahal pulak harganya. Rupanya bole dibuat minuman jugak. Pelbagai versi teh pulak tu diadunnya. Pandai ja manusia ni mencipta ya.

Jalan menuju ladang teh gaharu tu melalui perkampungan melayu. Tak pasti orang asli atau apa.




Sampai je, mata terpukau dengan pintu gerbang ala-ala tembok besar China. Walawei, dah sampai oversea la. Haha...

Staf kat pintu gerbang tu siap cakap selamat datang ke Tembok Besar Gopeng. Gitew...




Masa aku sampai tu cuaca panas yang amat. Lupa nak bawak topi. Kawasan parking luas. Korang bole parking sesuka hati korang nak belah ceruk mana.







Aku decide nak pergi ronda kawasan luar dulu sebab kalau hujan diaorang hentikan pengembaraan luar. Ececeh mengembara la sangat kan? Huhu...










Cepat-cepat beli tiket dan beratur naik van yang sedia menunggu. Tiket tu untuk free ride naik van dan dapat sekali free sample teh gaharu. Wow...










Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit di mana ada 3 tempat perhentian destinasi yang korang perlu turun dan bersantai sampai bosan. Biasanya ambil masa 15 atau 20 minit ja.




Pemandu van merangkap tour guide menceritakan sejarah ladang gaharu ni. Owner ladang, David Ho dapat 200 batang anak pokok gaharu dari Jepun dan ditanam kat ladang ni. Hanya 70 batang pokok ja yang menjadi itu pun ambil masa 15 tahun nak hidup. Sekarang ni ladang tu ada 200,000 batang pokok gaharu. Ni ja yang aku ingat. Haha...




Driver bagitau jugak ada satu rumah burung kat situ yang agak besar dibuat untuk dapatkan 'bird nest'. Siap dia panggil rumah tu 'banglo mewah' untuk burung-burung. Yuhuu...




Kalau korang tengok keliling kawasan ladang ni, memang cantiklah pemandangan hijau dedaunan tu. Sejuk dan redup ja walau cuaca panas terik masa tu.

Salute la kat driver sebab terer drive kat kawasan curam dan berbukit tu. Ala-ala roller coster beb. Risau ja terbalik van comel tu.




Ada 3 lokasi yang patut korang pergi. Korang akan dihantar ikut turutan yang aku citer ni.


Viewing Stage





Perhentian pertama ni ada bangunan 3 tingkat untuk korang ambil pemandangan seluruh ladang. Ground floor disediakan TV untuk korang tonton penerangan berkenaan pokok gaharu ni. Ada jugak ditunjukkan peralatan yang digunakan dalam proses untuk menghasilkan teh. Ada jugak longgokan kayu-kayu gaharu yang dah rosak.










Kalau rajin, baca la rencana yang ada ditepekkan kat situ. Jangan bising atau buang sampah merata sebab ada penunggu yang tengok kat situ. Haaa..ni dia penunggu tu. Muahahah...







Tingkat dua ada beberapa lukisan mural yang korang bole berposing sakan. Cer tengok aku bergaya sakan ni ha. Teruja ke idok nak dtang sini? Kahkah...







Tingkat tiga, kosong ja cuma dijadikan tempat untuk berposing dan snap keseluruhan view ladang teh ni. Aku naik kejap ja sebab gayat. Hahaha...







Sempat lagi berposing keliling kawasan kat situ sebab cantik sangat view kat situ. Bole jadikan wallpaper desktop. Hehe...



Hugging Park





Haa...ni kawasan peluk-peluk. Tapi bukan berpelukan sesama manusia tau. Peluk binatang. Haa...? Binatang hidup ke mati? Aiyoo...







Kat sini ada disediakan kawasan rehat santai sementara menunggu ketibaan van ambil korang ke destinasi seterusnya. Kat sini banyak lukisan binatang kat pokok-pokok. Aku pilih yang comel ja la nak peluk, yang tak comel tak mo peluk.




Dekat kawasan ni lagi banyak pokok lukisan binatang. Aku malas nak ronda sampai ceruk dalam sebab penakut. Pose dekat-dekat ja. Angin sepoi-sepoi bahasa dan tak da nyamuk sekor pun aku nampak terbang sana sini. Maksudnya bersih la kawasan ni. Terpelihara katanyer...




Ralit perhati keindahan view kat sini. Ada kolam yang dihiasi kertas warna warni, dah macam nak sambut raya cina plak. Huhu...




Apa pun, lukisan pokok gaharu tu memang awesome !.



Lovers Park





Apa plak ni? Tempat bercinta plak ke? Huhu...

Kat sini korang akan nampak lover's tree, maksudnya kalau korang perhati betol-betol, pokok besar ni bercantum sesama sendiri sampai ke penghujungnya. Sehidup semati gamaknya. Maklum tengah bercinta. Haha...




Area situ ada pelbagai bentuk binatang dan jugak kunci cinta yang digantung pengunjung. Korang nak sangkut jugak, silakan. Nanti dah 10 tahun datang balik la tengok ada lagi tak kunci tu kat situ? Korang rasa...?.







Ada jugak kolam ikan yang ditaburi bunga teratai. Rumput dibuat ala-ala dam pun ada. Meh main dam haji. Hehe...

Senang citer sekali imbas tengok macam ala-ala taman China la. Nak joging area tu pun bole.




Malas nak tunggu lama, aku naik ke atas balik untuk tunggu van, sebab malas nak berebut-rebut dengan penumpang lain. Sempat lagi aku main piano kat situ. Tu pun lukisan jugak tau. Drama sangat Pn Blog nih. Wakaka...




Tamat lah 3 tempat yang perlu dilawati. Driver akan bawak korang semula ke destinasi pertama iaitu kedai dan pameran teh gaharu.




Kat area ni lagi best sebab dapat lagi barang free lagi. Kui-kui...




Sebelum masuk sempat aku posing area luar kedai dulu dan tempat makan minum. Kemaas dan teratur ja susunannya.










Bila masuk kedai, korang akan diberi minum teh gaharu pelbagai rasa. Nak beli kat situ pun bole. Bukan teh aja yang ada, mee segera gaharu pun ada tau. Confirm lepas makan korang akan tergaru-garu...kihkih...
















Area dalam lagi ada bilik pameran semua berkisarkan teh gaharu ni. Korang bole posing apa style pun kat sini sebab tak ramai tau tempat ni sebab dia terceruk. Korang akan perasan bila korang nak pergi toilet je. Kalau tak, aku rasa ramai yang tak perasan pameran ni wujud kat bilik tu.













Aku suka foto aku yang comel ni. Setuju tak? Jangan muntah hijo eh..hehe...




Kalau korang nak beli pokok nak tanam kat rumah pun bole. Ada berani?.







Ok la, ni ja info yang dapat aku share kat sini. Ingat tau, nak datang call dulu tanya hujan ke tak sebab kalau hujan, outing tak beroperasi so rugi ja nanti korang datang dari jauh.




Tamat lah sudah jalan-jalan ke Ipoh, Perak. Sayonara...!


Agreed...






































Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai