/**/
Subscribe Twitter

Jamu Sweet Dara - Majun Mantap


Mantop wei...


Waaa....teruja tak baca tajuk kali ni? Confirm korang tak sabar nak tau lebih lanjut kan berkenaan Jamu Sweet Dara yang terkenal ni? Jom...baca terus lelaju tulisan aku ni.



Jamu Sweet Dara
RM40
(Pos RM8, SS RM12)





Kalau diberi pilihan antara jamu kapsul atau majun, aku lebih prefer pilih majun. Tapi setakat ni aku tak jumpa lagi majun yang se best arwah mak bidan aku buat dulu. Kekadang menyesal rasa di hati kenapa la aku tak belajar buat majun tu, padahal hari-hari hadap dia buat majun tu depan mata. Kalau tak, dah boleh buat sumber bisnes. Kihkih...

Setakat majun yang aku jumpa di pasaran memang tak sehebat majun mak bidan aku ni. Sampai la satu hari tu, aku terbaca tentang kisah Liana Rosli aka Kak KM yang viral di media sosial. Bila skodeng tu, teringin dalam hati nak cuba majun dia ni.




Nak dijadikan citer masa jumpa geng bas sekolah, aku buka la citer majun ni. Kebetulan geng sorang ni memang dia beli. Apa lagi, dengan muka tak malunya aku mintak sebiji nak cuba telan. Mana la tau, tak sedap atau sewaktu dengannya, so tak payah la aku order kan.

Bila rasa tu, eh macam lebih kurang yang mak bidan aku tu buat la. Apa lagi, lebih meluap la nak order. Masa nak balik tu, geng aku siap bagi aku lagi beberapa biji untuk dimakan kat rumah. Yuhu...tocey my fren...!




Kebetulan masa pergi FFM29 tahun ni, aku ada jumpa Liana Rosli ni. Sempat la borak dan bergambar dengan dia sekejap. Sempat jugak ambil no telefon dan sebagainya. Plan awal, nak ke kedainya esok tapi tak sempat sebab nak balik Johor dah lewat. Aku order online ja la.

Aku memang suka kalau nak cuba sesuatu barang tu, aku kenal dengan founder sendiri dan kalau dapat beramah mesra lagi la aku suka. Rasa teruja tu lain sket tau. Mesti korang pun rasa macam ni kan?

Macam Liana ni, walau pun dia gedik dan selalu dikutuk orang, tapi dia tetap jadi diri dia sendiri. Dia tak sombong dan tak lokek berkongsi maklumat dan apa saja yang dia tau. Layanan di media sosial pun cepat dibalas dan mesra pelanggan.




Bila barang sampai, aku terkejut jugak sebab majun tu datang setongkol macam tu. Tak macam geng aku beli, yang dah sedia tergentel kecik-kecik, tinggal ngap ja.







Bila call Liana, dia kata memang macam tu, kita yang gentelkan majun tu kecik-kecik ikut saiz yang kita nak. Aku pun apa lagi, gigih la gentel kecik-kecik macam yang dia kata. Lepas tu baru terfikir, napa la aku tak ambik ja secoet bila nak makan je. Tak payah susah-susah gentel bagai. Haha cerdik sangat ni.




Aku gentel kecik macam ni dan letak dalam dua bekas. Satu kat rumah, satu kat ofis. Senang nak makan tak payah bawak kat handbag setiap masa. Tinggal 2 biji ja tu ha untuk diperhabiskan. Huhu...




Kalau ikut sukatan yang dicadangkan korang kena makan 2 biji pagi / petang tapi aku makan sebiji ja setiap hari selepas makan tengahari. Aku lebih suka kunyah / gigit daripada telan terus sebab rasa majun tu yang pedas-pedas manis memang wow la. Baru terasa makan jamu aka majun. Bahan jamu tu terdiri dari manjakani yang memang confirm bagus untuk kesihatan wanita.




Anak dara seawal umur 13 tahun dah bole makan jamu ni. Dilarang makan waktu period dan mengandung. Haaa...sapa-sapa yang dalam situasi berkenaan kalau nak cuba harap bertenang dulu eh. Sabar separuh dari iman. Gitew...




Setakat yang aku makan jamu ni, badan memang terasa ringan, kurang rasa lapar, elok untuk siapa yang ada gastrik. Bila bangun pagi tu badan rasa ringan dan fresh tak da rasa sakit sana sakit sini. Alhamdulilah dah jumpa jamu aka majun yang dicari selama ni. Harap-harap lepas makan ni, badan aku bole jadi secomel mak Liana tu, Auntie Normah Damanhuri, memang meletop kebabom body tu walau pun dah berusia. Sumber inspirasi tau...




Jamu ni makan untuk 2 minggu so pandai la korang gentel ikut saiz seperti yang korang nak. Walau pun kat botol tak diberitau tarikh expired tapi Liana kata jamu tu bertahan selama 5 bulan dari tarikh penutup jamu dibuka oleh pembeli.

Ok la, cukup kot rasanya aku bagi review produk jamu ni. Nak repeat order lagi sebab dah nak habis. Kalau nak tau apa-apa lagi, bole ja roger aku untuk dapatkan info apa juga yang korang nak. Berbaloi beli jamu ni sebab harag mampu milik dan khasiat terbukti.




Jumpa lagi di lain entry, bye...!


Win...



















Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak