Kali ni kita ke Muzium yang menceritakan kisah dan sejarah pelombong bijih timah dan bangsa Hakka. Banyak sangat ilmu yang korang akan dapat kat muzium ni.
Tiada bayaran dan tiada harga tiket dikenakan. Cuma sumbangan seadanya. Meh folo aku sampai habis cerita. Rugi kalau korang tak folo tau. Hehe...
Muzium Han Chin Pet Soo
3, Jalan Bijeh Timah
30100 Ipoh, Perak
Setiap hari 9.30 pagi - 5 petang
Isnin tutup
Tel: : +605-241 4541
Tempahan dalam talian di http://www.ipohworld.org.
Masuk percuma tetapi sumbangan digalakkan
(Dewasa RM10, Kanak-kanak RM5)
Dari luar nampak kecil ja bangunan tu tapi bila masuk ke dalam, mak ai besar, luas dan panjang. Ada tiga tingkat dan dibahagikan ke beberapa bahagian di mana korang akan dibawa mengikut petanda aras bernombor yang diletak di lantai.
Terdapat 4 lawatan setiap hari dan setiap sesi berlangsung selama satu jam setengah. Jadi kalau perut korang lapar, boleh la pergi makan dulu. Maksima 20 orang ja dibenarkan masuk untuk setiap sesi lawatan sebab korang akan dibawa oleh staf untuk beri penerangan dan menjelajah ke setiap sudut pameran.
1) Meja Makan
Kawasan pertama adalah tempat makan. Mak ai, panjangnya meja ni. Kerusi kayu pun tak kurang elegan nampaknya. Tengok pinggan tu, pinggan ayan, kalau masa aku kecik dulu mak letak nasi dan ikan rebus kat situ bagi kucing makan. Haaa..jangan usik barang-barang kat situ eh nanti tuan punya rumah (Leong Fee) tu marah. Dia tengok ja tau apa korang buat. Haha...
Jubin yang mewah menghiasi setiap ruang makan. Cermin besar dia pun bukan sebarang cermin. Ada pantulan imej tapi korang tak kan nampak imej berganda korang dalam cermin tu. Unik sangat buatannya. Maklum bukan calang orang yang duduk kat situ tau. Orang kaya katanyer.
2) Mata Wang
Pelbagai bentuk dan jenis matawang yang diperbuat dari tin ada dipamerkan kat situ. Macam-macam bentuk matawang berupa haiwan antaranya ayam, kura-kura, ikan dan buaya. Ada jugak dibuat dalam geometri lain tapi aku tak sempat snap dekat. Terlupa daaa...
3) Perlombongan Dan Pengeluaran Bijih Timah
Area ni menunjukkan peralatan dan cara yang digunakan oleh pelombong pada waktu tu. Dihiasi lukisan mural yang cantik sebagai latar belakang dinding.
Ada bilik kecil untuk menonton dokumentari hitam putih mengenai industri perlombongan bijih timah di Malaya. Lebih kurang 10 atau 15 minit kalau tak silap aku tayangan bergambar tu. Dari proses penggalian, mendulang (cara tradisional) dan menggunakan mesin (cara moden terkini) dan beberapa kaedah pengeluaran dan perkapalan yang lain.
Dalam masa yang sama jurucakap menunjukkan satu bilik tidur yang digunakan oleh seorang wanita untuk membersihkan dan menyediakan segala makanan dan sebagainya. Senang citer macam bibik la. Aku jenguk kejap ja. Seram wei. Haha...
4) Dapur
Pelbagai barangan lama korang bole nampak kat bahagian dapur ni. Dulu tak da gas jadi diaorang gunakan kayu api untuk memasak makanan khas untuk peniaga kaya Hakka makan kat situ.
Korang nampak tak tin milo, quaker oat dan horlicks yang tak berubah sampai sekarang. Punya la lama brand ni kat Malaysia, tabik spring la...
Hujung ceruk bangunan sekali bahagian yang telah diubah menjadi "square town", yang diletak pelbagai barangan yang berkaitan dengan timah dan cara penjualnnya. Lukisan mural pintu sangat cantik yang dilukis oleh pelukis melayu (aku dah lupa namanya).
Ada skala untuk menimbang timah dan pasir hitam halus yang masih belum diproses menjadi produk yang sebenar. Halus giler teksturnya. Berkilat plak tu.
Tangan ni gatal jugak nak angkat beg berisi timah tu, mak ai tak terangkat beb, berat betol. Mau patah bahu kalau hari-hari angkat berat macam tu. Huhu...
5) Tempat Berehat / Hisap Rokok
Pelbagai bentuk peralatan candu korang bole tengok kat sini. Siap ada dua replika manusia sedang khayal hisap candu bersandarkan bantal sejuk yang dibuat dari marmar (orang Cina tidur atas bantal keras). Aku cuba angkat replika bantal tu. Ingat kan ringan sekali berat beb. Tak sakit leher ke diaorang tidur guna bantal kaca macam tu ek?.
Hamboi bukan main relax lagi diaorang ni hilangkan ketagih candukan? Siap disediakan katil kayu besar dan bantal yang comel plak tu. Majoriti orang Hakka habiskan duit, masa dan tenaga layan ketagih candu ni.
6) Rumah Dan Sejarah Pelacuran
Pelbagai cerita menarik tentang pelacuran kat area ni. Ada gambar hitam putih pelacur Jepun kat Tanah Melayu waktu tu. Orang kaya masa tu memang ada lebih dari satu bini. Bukan setakat bini ja, gundik pun berduyun. Walla...
Bila korang pergi sana, korang baca lah sendiri ya kisah diaorang ni atau dengar je la apa yang staf tu sampaikan. Menarik tau. Banyak benda jugak yang aku tanya. Poyo je, tetiba minat sejarah. Hahaha...
7) Bilik Lounge VIP / Clubhouse
Kat tempat ni paling seronok sebab banyak patung korang bole jumpa. Aku siap main cucuk-cucuk badan diaorang tu. Jangan diaorang marah dan hidup sudah la kan? Muahahah...
Kat sini hanya orang kaya je yang bole lepak. kalau miskin tak mampu jangan berangan nak lepak sini. Kiranya bilik paling ekslusif dalam bangunan ni. Besar dan lapang plak tu, memang sesuai untuk dijadikan sarang permainan dan enjoy.
Orang kaya plak datang situ pakai baju tradisional atau barat. Ala suka meniru orang Eropah la masa tu. Diaorang akan main mahjong, poker dan banyak lagi yang aku tak tau apa nama permainan judi tu. Sambil tu diaorang akan dihiburkan dengan nyanyian oleh perempuan lawa dan dihidangkan dengan minuman keras yang mahal.
Ingat kan dah habis rupanya ada lagi satu tingkat kat atas. Fuyooo...mengah naik tangga.
8) Bilik tidur dan peralatan
Kat sini paling seronok, sebab korang akan dapat tengok beberapa bilik dan barangan lama yang menarik. Lampu minyak tanah, sabun mandi dan paling menangkap mata aku adalah ubat gigi Darkie. Sapa pernah guna ubat gigi jenama ni? Sekarang dah tukar pada nama Darlie (nama bapak mertua aku). Kih-kih...
Lagi satu yang aku nampak adalah ketoh. Korang yang dah hidup lama dan pernah merasa zaman batu tu mesti tau pasal ketoh ni kan? Biasanya orang Cina yang guna ketoh ni sebab dulu nyonya tua jiran aku ada guna ketoh ni. Kalau tak silap aku ketoh ni digunakan untuk buang air kecil dan meludah. Masing-masing malas nak bangun dari katil kot jadi membeser je la kat situ. Ceh...
Ada dua jenis ketoh rupanya. Bulat untuk perempuan bujur untuk lelaki. Baru la aku tau ni sebab dulu hanya nampak nyonya tu guna ketoh bulat ja. Haha...
Sempat lagi aku try topi orang Hakka kat luar bilik. Ayoyo takutnya...jangan ikut aku balik eh, aku pinjam pakai kejap ja. Ngeh-ngeh...
Last sekali kitaorang turun semula ke tingkat bawah. Kat sini ada peti besi lama dan mesin taip old school. Tetiba hati sayu teringat atuk dan nenek sebab benda-benda tu aku jumpa masa duduk dengan diaorang.
Sebelum keluar dari muzium, korang kena sumbat duit kat dalam tabung macam peti pos surat yang disediakan kat situ. Tujuannya digunakan untuk penyelenggaraan muzium tu nanti. Nak beli cenderahati pun dialu-alukan. Tapi mahal la...
Apa yang dapat aku ringkaskan, Han Chin Pet Soo ni pada asalnya adalah Kelab pelombong bijih timah bangsa Hakka di mana peniaga-peniaga Hakka yang kaya datang makan dan berjudi kat sini.
Ok la ni ja aku dapat share dengan korang. Korang kena datang Muzium ni. Rugi tau kalau tak masuk muzium ni. Daa...